Followers

Monday 18 November 2013

SIAPAKAH AKU DIHATIMU - BAB 1




“Aku terima nikah Sameera Safiyah binti Abdullah dengan mas kahwin RM 999 tunai”, dengan sekali lafaz Ziq telah menamatkan zaman bujangnya dalam usia 29 tahun. Dalam hati, dia berdoa agar keputusan yang telah diambilnya ini adalah yang terbaik untuk semua pihak terutama isterinya yang baru dinikah itu. Ziq yang mengenakan baju melayu serba putih berkain samping warna hitam bersulam benang emas cukup mempersonakan mata yang memandang. Ada antara anak dara yang datang ke majlis, cemburu dengan isteri Ziq yang berjaya menambat hati jejaka pujaan mereka, tidak terlepas juga soh seh mak anak dara yang terlepas dari menjadi mak mertua jejaka campuran Melayu Arab ini.

Selepas majlis lafaz nikah, Ziq dikerumuni ahli keluarganya sampai ke bilik pengantin yang menempatkan isterinya, Sameera yang dipanggil Sam.  Sam kelihatan sungguh jelita bak puteri dengan memakai busana putih gading yang disulam dengan batu Swarovski.

‘Sungguh cantik si dia, terasa ingin jatuh cinta berkali -kali, ingin membelai tubuhnya yang tinggi dan ramping tu, menzahirkan rasa cinta di hati ini’. Satu suara kedengaran dimindanya seiring dengan jantungnya yang hilang rentak normalnya.

‘Jangan nak merapu Ziq, kawal perasaan awak tu’ satu lagi suara mencanggah suara di mindanya.

‘Tapi dia dah menjadi isteriku yang sah, salahkah aku nak menyimpan perasaan ini’, Ziq melawan balik suara itu.

‘Memang salah dan awak pun tahu sebabnya Ziq, Awak nak ke terseksa dikemudian hari?’ Ya memang dia tahu hakikat disebalik perkahwinannya. Dia kalah dengan suara itu. Dia perlu mengawal dirinya dari menaruh perasaan terhadap isterinya. Sememangnya ia satu penyiksaan.

“Ziq,… Ziq ….oh Ziq… budak bertuah ni dah pergi planet mana ni? Takkan terpegun sampai begini tengok bini sendiri. Kalau ye pun, tunggulah malam sikit” Mak Sunya bersuara. Ziq tersedar dari keterlanjurannya.
Sam juga tersenyum malu dengan seloroh mak cik Ziq. Dengan penuh hemat Ziq melutut depan isterinya persis seorang putera raja yang ingin melamar puterinya, Ziq menyarungkan cincin berlian bermata tiga di jari manis isterinya. Dia perasaan tangan isterinya sejuk. Mesti dia gemuruh sekarang. Tanpa disangka tangannya dicium dengan penuh syahdu oleh Sam. Sebagai tindakan refleks dia sendiri telah mencium dahi isterinya dengan penuh kasih dan lama. Dia tidak sedar dan tidak dengar suara – suara sumbang membuat ejekan kerana apa yang terzahir adalah dari lubuk hatinya. Hatinya yang kian terpaut dengan wajah jelita di depannya. Walaupun terselit satu rahsia besar di sebalik perkahwinannya namun dia reda dan berjanji akan cuba memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang bertanggungjawab kepada isterinya.

Selepas upacara membatalkan air sembahyang dan menyarungkan cincin, pengantin baru telah menyibukkan diri mereka dengan sesi bergambar. Sambil – sambil itu, mereka terpaksa melayan tetamu yang hadir untuk meraikan penyatuan mereka.  Majlis akad nikah berlarutan sampai ke petang dan Sam telah pun meminta kebenaran untuk masuk bilik kerana keletihan. Hanya kelihatan Ziq yang melayan beberapa kawan yang datang lambat ke majlis.

Dalam kekalutan melayan tetamu, Ziq terlihat Rehan yang sedang menuju ke arahnya. “Tahniah Ziq, Selamat Pengantin Baru. Semoga alam perkahwinan awak bahagia” Ray sambil tersenyum sumbing.

“Terima kasih Ray tapi kenapa lambat sangat ni, dari tadi saya duk cari kamu tahu tak. Ingat kamu tak datang tadi”. Sempat pula Ziq menunjukkan ketidakpuashatian kepada kawan karibnya Rehan.

“Sorrylah bro, ada hal tadi, sebab tu terlambat” memberi alasan untuk kelambatannya.

“Hal apa yang yang lebih penting dari perkahwinan kawan karib ni ah? Apa kes bro? Jangan awak kata, awak pergi dating dengan si Maria tu pula”, sekali lagi Ziq tidak puas hati dengan jawapan Ray.

“Hish ke situ pula awak ni. Ia berkaitan awak dan Sam. Ziq saya tahu tempat dan masanya tak sesuai untuk berbincang berkenaan hal ini tetapi ia pasal rahsia awak.” Suara Ray lebih kepada berbisik.

“Maksud awak rahsia tu?” Ray mengangguk dengan sertamerta untuk pertanyaan Ziq. Mereka terus mencari tempat yang jauh dari tetamu dan berbincang dengan muka yang serius tanpa mengira tetamu yang beransur pulang.      

4 comments: