Followers

Sunday 16 December 2012

BAB 5...BERDOSAKAH AKU MENCINTAIMU



‘Aduh... ibu... sakit’ tangisanku memecah kerana kesakitan yang dirasai di dahiku. Aku yang bermain dengan Abang Ril dan kawan – kawanku yang lain, tergelincir dan dahiku terkena batu di tepi rumah toh mah kami. Melihat dahiku berdarah dan tangisan kuatku, semua kawan sepermainanku lari bertempiaran kerana takut kena marah dengan toh mah memandangkan aku dan abang Ril adalah cucu kesayangan toh mah. Takut mereka disalahkan. Hanya Abang Ril yang menghampiriku dengan matanya yang berair.
Aku yang melihatnya menangis terus memberi perhatian kepadanya, perasaan pelik melihat abang sepupuku menangis tanpa alasan lebih terasa berbanding kesakitanku.

‘Abang Ril kenapa menangis?’ aku yang masih sendu tidak tahan dengan drama airmata sepupuku itu.

‘Abang rasa bersalah Qay, sebab abanglah Qay jatuh dan berdarah macam ni. Abang ni terukkan? Maafkan abang Qay. Maafkan abang’ tangisannya semakin menjadi.
Melihat tangisannya, tangisanku dengan automatic berhenti sendiri.

‘Abang Ril tak salah pun. Bukan abang yang tolak Qay. Qay yang tak berhati – hati sampai terjatuh’

‘Tapi abang sepatutnya jaga Qay. Qaykan sepupu abang. Abang patutnya jaga Qay bukannya bermain macam budak kecil sampai membiarkan Qay jatuh berdarah macam ni’ tangisannya masih belum temui titik nokhtahnya. Aku yang kesian dengan sepupuku itu terus menyapu air matanya.

‘Tapi, abang Ril mana boleh jaga Qay sepanjang masa, Takkan abang Ril nak jaga Qay sampai bila – bila. Qaylah kena jaga diri sendiri. Manalah tahu abang Ril tinggalkan Qay.’ Menutur ayat terakhir itu, suaraku menjadi perlahan.

‘Kenapa Qay cakap macam tu? Kenapa abang nak tinggalkan Qay? Dengar sini Qay, abang janji dengan Qay yang abang akan jaga Qay sampai bila – bila. Abang takkan biarkan Qay cedera atau menangis macam tadi selepas ni.’

Mendengar janji sepupuku air mataku sekali lagi menitis. Bukan kerana sakit tetapi kerana terharu.

‘Qay....’

Aku terkejut dengan suara lantang yang kedengaran kuat itu. Aku melihat ibuku yang sedang memegang dulang berisi makanan itu merenung mukaku tanpa berkelip.

‘Maaf bu, lama sampai?’ aku yang gelabah terus lap air mataku yang mengalir tadi. Tak sangka aku terharu mengingat kisah silamku sehingga mengalir air mata. Janji yang telah dilupakan tak perlu dikenang lagi Qay. Tak berbaloi.

‘Tak lah baru tadi’ ibuku terus menoleh ke sisi sambil meletak dulang di atas katilku. Aku sempat melihat, ibu lap air matanya yang bergenang. Adui. Memang tak guna betul aku ni. Bukan sahaja aku yang menangis namun buat orang lain menangis juga. Suka sangat mendera perasaan orang lain, perasaan semua orang yang aku sayang. Apalah nak jadi dengan aku. Aku melepaskan keluhan berat.

‘Ibu dah makan?

‘Belum Qay. Qay makanlah dulu, nantilah ibu makan. Ibu tunggu ayah dengan ibu mertua kamu balik dari hospital dulu’

‘Hmm’. Mendengar perkataan hospital, air mataku sekali lagi bergenang. Rasa bersalah mengamit seluruh jiwaku.

‘Abang Ril?’ suaraku masih sendu.

‘Tak tahu. Dia tak balik lagi sejak semalam’. Muka ibuku menjadi kelat dan suaranya dingin apabila bercakap mengenai menantunya itu.

‘Ibu, janganlah ambil hati dengan cakap dia semalam. Dia sedih tu.’ Aku cuba memegang tangan ibuku dengan tanganku yang sudah disimen seminggu lalu.

‘Dahlah malas ibu nak bercakap pasal orang lain. Kamu pun sama juga. Fikir pasal diri sendiri dulu. Jangan fikir pasal orang lain aje.’ Muka ibuku menjadi merah. Namun reaksi ibuku hanya membuahkan ketawa dari pihakku.

‘Ibu comellah bila marah, patutlah ayah sayang sangat dengan ibu’. Aku cuba mencubit pipi ibuku namun sempat dielak olehnya.

‘Hah, hah.. tangan itu walaupun bersimen mahu bergatal lagi ye. Tak payah nak bodek ibu. Kamu tak bagitahu pun ibu tahu yang ayah sayang ibu. Kamu tu.. hah.. tahu suami kamu tak sayang mahu juga kau kat dia.’

Mendengar kata – kata ibuku hatiku menjadi sayu.

‘Ibu bukannya apa Qay, ibu tak sanggup melihat anak ibu dilayan macam ni. Dihina, dicaci, dipukul macam 
kucing kurap. Ibu tak sanggup. Ikut ayah mahunya dipancung si Amril tu, namun memandangkan salah dipihak kamu kerana perangkap dia. Tangan ayah terikat Qay. Fikirlah balik apa yang berlaku semalam nak. Buatlah keputusan yang baik untuk diri sendiri nak. Untuk sekali berhenti berfikir demi orang lain, fikir untuk diri sendiri.’

Mendengar keluhan dari ibuku, aku tidak tahu hendak buat apa.

‘Nanti – nantilah kamu fikir. Makan ni dulu’ ibuku mula menyuapkan makanan dan aku tanpa dipaksa membuka mulut sambil memikirkan hal semalam.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Kenapa Ril sanggup buat sampai macam ni pada Qay?’ bapa mertuaku menyinga sambil menunjuk jarinya ke arah aku yang baru balik rumah sejak seminggu di hospital.

‘Apa yang Ril buat? Abah patut tanya apa yang perempuan tu ...” belum pun suamiku habis hujahnya, pipinya menerima tamparan dari ibu mertuaku.

‘Perempuan yang Ril kata tu, adalah sepupu Ril, isteri Ril. Ril ingat Ril boleh buat apa aje dekat dia dan tiada akan soal kamu. Dia ada keluarga Ril, bukannya anak yatim macam bini muda kamu tu. Tak ada yang datang menghadap walaupun dah mati.’ muka ibu mertuaku memang merah menyala.

‘Mama’ suara suamiku meninggi. Rasa – rasanya kalau bukan ibu mertuaku yang mengeluarkan kenyataan itu mesti sudah dikerjakan dengan suamiku. Aku sendiri terkejut dengan kenyataan dikeluarkan oleh ibu mertuaku. Sememangnya arwah anak yatim piatu tapi janganlah ungkitkannya lagi.

‘Dia tu yang rampas Ril dari arwah ma, dia perangkap Ril. Dia gunakan toh mah untuk kahwin dengan Ril. Yang mama libatkan arwah apa hal. Arwah hormat dan sayang kita semua walaupun tak pernah bersemuka selepas berkahwin.’ suamiku menyambung lagi. Aku yang duduk jauh pun dapat mendengar bunyi dia mengetip giginya kerana geram.

‘Ril... jaga mulut kamu tu sikit. Ingat, kamu sedang cakap mama kamu. Takkan Ril lupa yang akad sesuatu perkahwinan tu di tangan perempuan, talak di tangan lelaki. Dia berbuat begitu sebab dia cintakan kau Ril. Kalau kamu tak suka patutnya kau lepaskan dia awal – awal, bukannya seksa dia sampai begini. Lagipun kalau betul arwah dan kamu hormat kami, sayang kami patutnya kamu datang jumpa kami, minta restu kami bukannya kahwin secara rahsia dan membelakangkan kami sebegini.’

‘Dia yang perangkap Ril, kalau Ril lepaskan dia awal – awal, mesti Ril yang disalahkan oleh kamu semua. Jadi Ril bagilah hak talak kat dia. Kalau dia nak sekarang juga saya boleh ceraikan dia. Bukan saya yang terhegeh – hegeh nak kat dia.’

‘Ril..., mama tak pernah ajar kamu jadi begini. Kenapa kamu bertukar sebegini Ril? Kenapa kamu bertukar menjadi lelaki berhati kejam? Tak bolehke kamu terima si Qay sekelumit pun Ril? Dia masih lagi menganggap kamu suaminya walaupun kamu telah seksa sebegini teruk. Walaupun tiada kata maaf daripada kamu, dia masih memaafkan dengan tidak membesarkan kes penganiayaan kamu. Kalau bukan ehsan dia, kamu sekarang dah ada kat lokap sebab mendera isteri Ril’. Mama cuba berdiplomasi dengan suamiku untuk menerimaku namun melihat wajah bekunya, aku tahu yang caranya tidak berjaya.

‘Sudahlah tu Liyana, tengok muka anak awak pun dah tahu yang dia tak endahkan kata kamu. Dia dah lupa qada dan qadar tuhan Liyana. Dia dah lupa ini semua takdirnya, untuk menerima Qay sebagai isteri bukan Aimi. Kalau jodoh dia dengan arwah mesti takkan terjadi sebegini.’

Aku yang mendengar isi hati pak longku, terasa sendu. Dia tidak menyalahkan aku dan menerimanya sebagai takdir. Terima kasih papa. Melihat suamiku, aku tidak tahu reaksinya kerana dia hanya menundukkan kepala.

‘Mungkin awak boleh lupa daratan Ril namun bukan abah, kalau bukan disebabkan ayah Qay kita mungkin tidak berjaya seperti ni Ril, tidak kaya seperti ini sehingga membolehkan kamu pasang dua...’ belumpun papa habiskan keluhannya suamiku yang berdiam diri mencelah.

‘Sebab tu abah jual Ril kat perempuan tukan?’

‘Amril Amsyar...” suara mama nyaring mengejutkan semua. Namun yang lebih mengharukan papa mula mengadu sakit dada. Semua ahli keluargaku menerpa ke arah papa termasuk suamiku. Cuma aku yang terpaku di sofa.

‘Kau jangan sentuh aku Ril, apa pun jadi kat aku lepas ni, kau jangan sentuh aku. Sanggup kau kata aku jual kamu. Aku abah kamu Ril. Kalau kau bagitahu awal – awal yang kau cintakan arwah, mesti aku dah kahwinkan kamu dengan arwah. Tapi ada kau cakap? Kau hanya kata tak nak kahwin DAMN IT’.

‘Man, aku dah buat keputusan. Aku yang membayar atas segala kesalahan yang dilakukan oleh darah dagingku. Walaupun dia tidak mengaku bersalah namun aku tidak dapat jadi manusia berhati batu sepertinya.’ Sebelha tangan papa memegang tangan ayahku manakala satu lagi memegang dadanya.

‘Kim sudahlah tu. Kita pergi hospital dulu. Kita bincang pasal ni lain kali.’ Ayahku cuba memujuk pak longku untuk tidak bersuara namun ia tidak menghentikan hujah bapa mertuak itu.

‘ Tak Man, keputusan aku muktamat. Saat si Ril menceraikan Qay, semua harta kami, segala – galanya akan jadi milik Qay. Aku tak nak satu sen pun jatuh ke tangan si bedebah ni. Aku dan isteri aku akan pergi ke rumah orang – orang tua. Lebih baik duduk sana dari duduk  dengan anak tak ubah macam binatang ni’

11 comments:

  1. sepatutnya Ril berterima kasih pada Qay...
    rasanya lebih baik Qay minta dilepaskan dari dapat suami yang x berhati perut....

    ReplyDelete
  2. Salam dik..

    Pergh..bagaimana mungkin Qay akan hidup bersama dengan Si Ril tu..kalau dalam hatinya cuma ada dendam yg kesumat.. kemarahan yg membara.. akan perilakunya yg menyebabkan episod luka yg hadir dalam hidup mereka bertiga..

    Pada pandangan akak ..biarlah perhubungan mereka diakhiri dengan perpisahan kerana ini sahaja yang akan menenangkan suami orang..tiada guna famili Ril memaksa Ril untuk menerimanya kerana dalam hati Ril memang tiada namanya..

    Kalau lah namanya pun suaminya enggan menyebutnya ..biarlah Qay yg berundur dan berlalu pergi dari hidupnya kerana cinta bukan segalanya..kerana cinta yg didambakan melukakan dan menyakiti hati hati semua org yg dikasihi dan disayangi ..apa ertinya ..kalau lah hanya disini noktahnya perkawenan mereka..Qay kena redha akan takdirnya ..biarlah pengalaman ini menjadi pengajaran baginya yg begitu naif tentang cinta dan kehidupan..cinta yg hanya bertepuk sebelah tangan dan ingin memilikki org itu hingga memerangkapnya adalah satu kesilapan ..itu bukan cinta namanya tetapi obses..mungkin ..selepas ini Qay akan menjadi matang dalam membuat keputusan dalam meniti hidupnya..

    Teruja nak tahu..adakah mamat poyo tu akan menceraikan Qay setelah dia kehilangan isteri yg dicintainya sepenuh hati..dan adakah arwah sempat meninggalkan zuriat untuknya dan adakah Qay akan menuntut fasakh dan move on ..tanpa melihat jejak jejak yg ditinggalkan olehnya bersama dgn Ril..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Ida. sememangnya itulah hakikat yang perlu Qay lakukan namun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti ye.

      Delete
  3. qay minta cerai lah....si ril ni x sedar diri...
    eeeeeiiiii...rasa nak cekik2 jer...

    ReplyDelete
  4. Qay tinggalkanlah dia buat sementara. Pergi sambung belajar ke luar negara ke. Tenangkan diri dan fikir balik apa yg telah berlaku dan kemudian buatlah keputusan dgn matang.

    Selalunya org akan menghargai kita apabila kita sudah tdk ada didepan mata.

    Kmas

    ReplyDelete
  5. ape kh cinta bleh membuta kn hati or hati yg buta kerna cinta???namun sape lh kite nk perjudi kn hidup andai ketentuan ilahi dh termaktub sape jodoh kite,andai dh jodoh tu pd kite tk payah perangkap pape pun pasti itu lh takdir kite...namun ALLAH tk menzalimi hamba nyer melain kn kite yg zalimi diri!so sadar lh dari leka qay,berdosa gak memaksa hati org mencintai kite kerna suami tk pernah redha.pikir lh ngan tenang kerna cinta kat suami buat suami mu menjadi pendosa kerna mmenganiaya isteri..lepas kn cinta mu andai itu bakal melepas beban di hati suami mu,beri lh peluang pd nye melakar bahgia disisi insan yg bakal ditemu kn.qay cari lh sinar baru disi insan yg bakal menghargai diri mu...sedeh lh dek hukhuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Norihan sebab menjiwai watak Qay.. rasa terharu sangat..

      Delete
  6. Salam, ada gak lelaki yang setia bercinta macam ni ya. Hati yang tak boleh dirawat lagi hingga melebihkan cinta manusia daripadaNya.

    ReplyDelete
  7. Salam, tak sabar nak baca lagi ni...

    ReplyDelete