Sudah dua minggu sejak Abang Ril terlibat dengan kemalangan
itu. Dia telah dilanggar semasa menyeberangi jalan berdekatan kubur Aimi. Mengikut
keluargaku dia telah dihantar ke hospital oleh seorang yang tidak dikenali yang
pada ketika itu turut berada di situ. Hanya aku dalam keluargaku tidak
berpeluang berjumpa dengannya untuk mengucap terima kasih. Ini kerana masa kau
tiba di hospital, jam sudah pun menunjuk pukul 7 petang dan Abang Ril telah
dibawa ke bilik pembedahan. Dia patah 4
tulang di tangan kirinya dan perlu dipasang 6 skru. Mendengar berita ini, aku
menitis airmata di luar wad pembedahan. Aku menyesal kerana tidak dapat memberi sokongan kepadanya
sebelum masuk ke bilik pembedahan. Walaupun dipujuk oleh mama yang
kecederaannya tidak teruk namun hatiku tetap tersentuh. Aku menunggu sepanjang
malam sehingga dia sedar dan keesokan pagi aku ke kerja.
Selama seminggu Abang Ril berada di hospital dan selama
itulah jadual harianku menjadi ketat. Pada siangnya aku pergi ke kerja manakala
petang dan malam aku menjaga suamiku. Walaupun ditegah oleh keluaragaku dengan
alasan aku perlu berehat namun hatiku enggan mendengar. Hatiku ingin
bersamanya, hati seorang isteri ingin menemani suaminya. Namun aku tidak tahu
bagaimana untuk menjelaskan kepada keluaragaku. Akhirnya mereka mengalah dan
membiarkanku menemani Abang Ril sepanjang dia ada di hospital.
Aku yang memasak sarapan di dapur untuk Abang Ril sebelum
bersedia ke kerja terus teringat kepada
Abang Ril yang sedang berehat di bilik kami diatas. Sejak dia balik dari
hospital, kami berdua berkongsi bilik di rumah mertuaku. Rumah kami dibiarkan
kosong buat seketika. Walaupun berkongsi bilik tempat aku masih di sofa di
penjuru bilik kami. Namun aku tetap gembira aku dapat menemaninya semasa dia
memerlukan bantuan kerana aku sebelum kahwin telah menerima kasih sayangnya
penuh telus. Inilah masaku untuk membalas segala kebaikannya itu.
Walaupun pada mulanya kehadiranku tidak diterima oleh Abang
Ril namun akhirnya dia tidak bersuara lagi. Mungkin dia telah dapat menerima
kehadiranku di sampingnya, walaupun reaksinya tetap dingin seprti sebelum ini.
Aku masih ingat lagi hari kedua dia terlantar di hospital selepas pembedahan dan
aku menziarahinya selepas waktu bekerja.
‘Kenapa kau datang sini? Aku tak perlukan belas kasihan kau.
Kan sekarang masa yang baik untuk kau minta cerai dan ambil semua harta
keluargaku?’
‘Qay datang sini sebab Qay isteri abang. Tempat Qay adalah
bersama abang. Ini bukan belas kasihan namun ini adalah tanggungjawab dan bukti
kasih sayang Qay sebagai isteri abang. Abang
lagi penting dari segala harta di dunia dan keluarga abang adalah keluarga Qay
juga.’
‘Aku dah memberi hak talak dekat kau, kenapa kau tak gunakan
lagi? Akukan binatang, manusia seperti kau kenapa nak bersama aku?’
‘Maafkan Qay sebab kurang ajar dengan abang hari itu.
Tentang cerai tu, biarlah keadaan reda bang. Keluarga kita dalam keadaan hura –
hara. Qay tak sampai hati hendak menyakitkan hati ibu bapa kita bang. Biarlah
keadaan sekarang pulih nanti kita bincang pasal ni’.
‘Kau ingat dengan menjagaku aku, aku akan membalas budi kau
dengan terima kau sebagai isteri? Jangan mimpilah’
“Tidak bang, Qay tak mengharap lagi dah. Qay hanya ingin
menjaga bang untuk membalas budi abang sebab sanggup mengahwini Qay. Qay
sepatutnya dah tahu yang cinta tidak boleh dipaksa dan cinta tidak semestinya dibalas.
Namun Qay khilaf. Untuk itu Qay minta maaf. Kita tunggu abang sembuh dulu.
Nanti kita bincang baik – baik dengan keluarga kita. Kita bincang dengan papa
supaya tidak merampas harta abang kerana syarikat ini adalah usaha abang dengan
papa. Qay tidak berhak langsung.’ Aku meluahkan rasa hatiku dengan genangan air
mata. Mendengar kataku ekspresi muka Abang Ril berubah namun ia tidaka tahan
lama.
‘Tahu pun kau ye. Kalau kau menyesal lebih awal aku takkan
kehilangan Aimi dan aku takkan terdampar seperti ini.’
‘Hmm… aku masih disalahkan kerana kematian Aimi? Bila suami aku
ni hendak sedar atas kesilanpannya? Kenapa dia tidak dapat menerima takdir yang
telah tertulis ke atas kami.’ Aku hendak
menghamburkan kata – kata itu untuk mempertahankan diri aku namun tidak sampai
hati melihat keadaannya yang terlantar sakit.
‘Qay minta maaf jika abang masih fikir kematian Aimi adalah
disebabkan oleh Qay. Qay harap sehingga masalah keluarga kita selesai dan kita
berpisah dengan cara yang baik, abang dapat menerima Qay sekurang – kurangnya
sebagai sepupu yang abang telah sayang sebelum ini.’
Mendengar kataku ,
sekali lagi Abang RIl nampak terkejut namun reaksi mukanya berubah dengan cepat
dan dia memalingkan mukanya. Kali ini tiada kata balas yang sinis daripada
seperti selalu.
‘Qay…’
Panggilan ibu mertuaku menyentakku dari lamunan.
‘Ye mama..’
‘ Qay ok?’
‘ Kenapa mama tanya begitu? Mestilah Qay ok’
‘ Taklah Qay. Selama dua minggu ni, Qay pergi kerja waktu
pagi dan jaga Am waktu petang, mesti letih kan. Kenapa Qay tak berehat aje.
Lagipun sekejab lagi Qay kena pergi kerja kan? Biar mama yang masakkan untuk
Am.’
‘ Takpelah mama. Dah nak habis pun. Mama janganlah risau.
Mama pun kena jaga papa kan’. Sebetulkan bapa mertuaku itu masih memerlukan
perhatian walaupun dia semakin pulih sekarang.
‘Hmm papa sedang tidur nanti dia bangunlah.’
‘Qay..’ suara mama terasa sendu.
‘Ye mama, kenapa mama nampak sedih ni’
‘Maafkan anak mama ye Qay. Mama tahu Qay sedang terseksa
sebab anak mama, namun Qay sedang terima segalanya hanya sebab Qay adalah
isteri Amril’. Air mata ibu mertuaku tumpah.
‘Mama..’
‘Tidak Qay biar mama bercakap dulu. Mama tahu walaupun Qay
tidak mengungkit tentangnya , jelas sangat yang hati Qay terluka dengan
kelakuan Amril, dengan layanan Amril terhadap Qay.’
‘Tidak mama, Abang Ril tidak bersalah, cuma dia tidak dapat
menerima Qay sebab dia tidak mencintakan Qay. Dia juga terseksa dengan
kehilangan Aimi. Dia sebenarnya masih tidak dapat menerima kehilangan Aimi,
sebab tu dia menjadi sebegini rupa. Qay pasti, mama akan dapat balik anak mama
tak lama lagi.’
‘Mungkin betul mama akan
dapat balik anak mama tapi boleh ke Qay dapat suami Qay?’
‘ Mama, kenapa tiba- tiba bercakap macam tu?’ aku tidak
sedap hati dengan maksud tersirat ibu mertuaku itu.
‘Qay, mama faham jika Qay ingin meminta cerai dari Amril.
Qay perlu mencari kebahagian sendiri. Cukuplah dengan pengorbanan Qay.’
Akhirnya apa yang terdetik di hati aku tetap keluar dari mulut dari ibu
mertuaku.
‘Tak mama, Qay tak pernah korban apa pun, mungkin inilah
balasan yang Qay perlu terima kerana mencarik kebahagian anak mama. Qay pasrah
mama. Qay tahu abang Ril tak pernah dan takkan menerima Qay sebagai isteri
namun biarlah masa menentukan hala tuju kehidupan Qay. Qay janji Qay dah boleh terima apapun yang
telah tertulis untuk Qay.’ Aku menyuarakan isi hatiku yang telah ku tetapkan
lama.
‘Walaupun itu bermakna Abang Ril tidak tertulis untuk Qay.
Qay rela mama. Namun Qay akan menunggu sampai paap dapat memaafkan Abang Ril
dapat memberi balik hak abang RIl sebelum Qay pergi dari keluarga ini mama’.
Akhirnya air mataku ayng kutahan lama mengalir juga seperti isi hatiku.
‘Tidak Qay, tidak . walaupun Amril tidak menerima Qay, mama
dah anggap Qay sebagai anak mama sejak dulu’ diriku dipeluk oleh ibu mertuaku.
Airmatanya mengalir bersama sendu dan melihat keadaan ini air mataku mengalir
dengan lebih deras.
Meleraikan pelukan ibu mertuaku aku memalingkan diri dan ketika
itu aku terlihat suamiku sedang berdiri di tangga sambil melihat drama tangisan
kami. Namun tanpa kata, dia terus menoleh dan menuju ke biliknya semula.
@@@
Aku yang sudah bersedia ke kerja terus menoleh ke arah katil
yang kosong di bilik kami. Selepas aku masuk ke bilik selepas menyiapkan
sarapan, Abang Ril meninggalkan bilik. Itulah rutinnya setiap hari. Kalau aku
di bilik, dia pula di luar bilik. Cuma waktu tidur kami berada di bilik yang
sama. Keluhan ku terluah tanpa kesedaranku.
‘Tidak Qay. Berhentilah mengeluh. Hidup ini seperti novel
Qay. Dan pengarangnya adalah Dia Yang Maha Esa. Nampaknya kisah awak dengan Abang Ril hanya satu bab
dalam hidup kamu. Tabahkan diri kamu untuk melangkah Qay. Mana tahu mungkin
pengakhiran novel kau ni ada happy ever
after?’ aku sendiri tersenyum mendengar gumaman hatiku.
Sebelum melangkah ke keretaku, aku melihat bapa mertuaku sedang
duduk di gazebo sambil membaca surat khabarnya. Manakala kelibat mama dan Abang
Ril tidak kelihatan. Mungkin mama sedang menghidang makanan untuk Abang Ril.
Yelah, sudah menjadi rutin untuk aku masak manakala mama menghidangkannya
kerana Abang Ril tidak akan menjengkuk dapur kalau aku ada di situ.
‘Dah ready nak pergi kerja Qay?’
Suara papa yang tiba – tiba menyentak lamunanku.
‘Papa, papa mengejutkan Qay.’ Aku menepuk dadaku yang tiba –
tiba berdenyut laju kerana terkejut. Namun hanya bunyi ketawa bapa mertuaku itu
yang menjadi jawapan untuk ketidakpuashatianku.
‘Qay dari kecik sampai dah bersuami pun masih tak habis-
habis mengelamun ye’. Sisa ketawa papa masih lagi kedengaran.
‘Nak buat macamana papa, Qay dah memang lahir dengan sifat
begitu’. Akhirnya ketawaku juga terhambur. Memang sejak kecil lagi aku terkenal
dengan sikap mengelamunku yang merunsingkan mereka. Namun aku tetap menjadi anak
manja keluarga aku dan keluarga abang Amril. Mereka telah menyayangiku seperti
anak sendiri.
‘Nampak sangat anak papa ni tak pernah berubah. Sama macam
dulu. Sentiasa cuba menceriakan orang disekitarnya dengan sikap happy go lucky ye. Contohnya sekarang
walaupun hatinya remuk dia tetap tersenyum untuk menyedapkan hati papa’.
Walaupun bermula dengan gurauan, ayat terakhirnya menyentap aku.
‘Papa…’ aku terkedu untuk menyambung ayatku.
‘Anak papa seorang yang kuat. Papa tahu walau apapun yang
terjadi dia boleh mengharunginya dengan berani. Papa nak Qay bahagia. Papa tak
kisah jika Qay perlu berpisah dengan dengan Amril untuk kebahagiaan Qay.
Cukuplah dengan kesengsaraan yang Qay hadapi selama setahun ini Qay.’
Aku yang mendengar kata papa, tersentuh. Semuanya inginkan
kebahagianku, mereka tidak mengungkitkan kesalahanku memerangkap anak mereka
sehingga semua perkara ini terjadi. Kerana sikap tamakku keluargaku merana, aku
kehilangan satu – satunya kawan baikku dan Abang Ril yang begitu menyayangiku
menjauhkan diri, membenciku.
‘ Papa dah maafkan Abang Ril?’
‘ Entah Qay. Papa tak rasa papa boleh maafkan dia selepas
apa yang dia dah buat pada Qay. Papa kecewa dengan dia Qay.’
‘ Papa, sebenarnya Qay yang bersalah. Rasanya kalau Qay
tidak memaksanya kahwin dengan Qay mesti Abang Ril tak berubah sebegini dan
mesti Abang Ril bahagia bersama pilihan hatinya. Mama dan papa pun gembira. Kalau
perkahwinan ini tidak terjadi mungkin hanya Qay yang kecewa dan mungkin lama
kelamaan Qay sedar dari kekecewaan itu tetapi sekarang, Qay menyebabkan seluruh
keluarga kita menderita. Maafkan Qay papa. Maafkan Qay.’ Aku menangis sambil
melutut di hadapan bapa mertuaku.
‘Papa dah maafkan Qay. Qay buat sedemikian keran cinta Qay.
Kadang – kadang cinta membuatkan kita hilang pertimbangan. Sekarang Qay dah sedar
kesilapan Qay dan menjadi seorang wanita yang matang. Sekarang Qay dah tahu apa
yang baik dan buruk. Ingat Qay, segala – galanya tentang diri kita telah
tertulis. Kita tidak boleh menukarkannya atau menangisinya. Qay bersujudlah
kepada - Nya untuk kebahagian Qay. Papa pun akan berdoa atas kebahagiaan Qay.’
‘Terima kasih papa. Qay berharap satu hari nanti papa akan
maafkan Abang Ril seperti mana papa maafkan Qay.’
‘ papa…’ku ingin menyambung lagi namun tersekat.
‘ Ye Qay ada apa?’
‘ Papa tak serius tentang penyerahan harta tukan?’
‘Tak Qay, papa serius. Amril perlu diajar. Dia tu anak tak
kenang budi. Kalau bukan disebabkan oleh ayah Qay mesti kami takkan kecapi
kemewahan sebegini.’
‘Tapi papa, masa ayah tolong papa dia tak pernah mengharapkan
balasan, dan Qay juga berkahwin dengan Abang Ril bukan disebabkan kekayaan ini
papa’.
‘ kalau papa teruskan juga rancangan papa, Abang Ril akan
membenci Qay selama – lamanya kerana merampas hasil titik peluh papa dan Abang
Ril. Tolonglah papa, Qay tidak mahu dibenci oleh Abang Ril selamanya. Walaupun
tidak diterima sebagai isteri sekarang namun siapa tahu pada masa akan datang
Abang Ril boleh terima Qay sebagai sepupunya balik’.
‘ Tapi Qay..’
‘ tak papa, kalau papa betul – betul sayangkan Qay dan tidak
mahu Qay dibenci oleh ABang RIl selam – lamanya jangan rampas hak suami Qay
daripadanya. Tolong papa. Mungkin iniadalah permintaan terakhir dari Qay.
Maafkan Abang ril dan jangan rampas hak Abang RIl..
Melihat keadaanku bapa mertuaku terkedu dan menggangguk akhirnya.
@@@
Aku yang ralit menekan papan kekunci komputerku untuk
menyiapkan tugas yang telah diberi di firma yang diterajui oleh Encik Qayril
terganggu apabila Kak Wani, setiausaha Encik Qayril terpajak di hadapan mejaku.
‘ Kenapa kak Wani? Ada apa – apa ke? Atau saja nak mengelat
ni?’ aku mengusik Kak Wani yang sudah aku rapat sejak hari pertama aku
menjalani praktikal di sini. Selain kak Wani, kak Mariam dan kak Risha,
receptionist sudah menjadi geng aku.
‘ Mengelat apa bendanya Rina. Ni pakcik jual minyak kita nak
jumpa awak.’ Sempat lagi kak Wani melabelkan Encik Qayril sebagai pak cik jual
minyak.
‘Kenapa Kak Wani ada apa – apa ke?’ Encik Qayril hanya
berjumpa di biliknya sekirannya ada urusan sahaja, kalau tidak pak cik itu akan
berkunjung ke tempat kerja kami itu untuk aktiviti jual minyaknya.
‘Tak tahu pula Rina, dia hanya suruh panggil awak. Mungkin
dia nak jual minyak kat awak pula kut memandangkan tiada siapa yang membelinya
hari ni.’
‘Hisy kak ni nanti didengar oleh pak cik tu kang’. Walaupun
Encik Qayril seorang yang peramah takkan dia akan duduk diam mendengar orang
melabel dia pak cik. Ikutkan rupa dia mungkin baru awal tiga puluhan kut.
‘Alah sebab dia tak dengarlah aku kata, awak jangan pula pi
kata kat dia yang aku cakap macam tu. Naya aku nanti’. Aku yang mendengar
tersenyum. Takut juga kak Wani ni pada pak cik tu. Oopps….
‘Hmmm. Boleh asalkan tengah hari nanti akak belanja.’ Aku
sekadar ingin menduka kak Wani.
‘Lah… kena belanja pula. Takpelah. Boleh je. Lain kali awak
pula yang belanja’. Aku yang mendengarnya ingin membantah kerana aku ingin
sekadar bergurau.
‘ Saya pun awak kena belanja juga.’ Kak Mariam menyampuk. Alamak, dari mana pula Kak Mariam datang ni.
Janganlah dia salah anggap niat bergurau aku.
‘ Hish, kak ni, mana
boleh. Gaji akak lagi tinggi dari saya tahu tak . Sepatutnya akak yang belanja
kita orang.
‘Tak boleh. Kalau tak belanja akak report kat bos. Haha apa
macam.’ Aku yang tiada modal untuk bercakap hanya menjadi penonton untuk drama
mereka berdua ini.
Beginilah keadaan officeku setiap hari. Sekurang – kurangnya
hari aku di office sentiasa ceria dan ia menolong aku untuk melupakan sekejap
masalah aku. Tanpa memberi pandangan aku bangun menuju ke bilik Encik Qayril
yang khabarnya sedang menungguku. Lalu aku membuka pintu selepas pengetuk pintunya.
‘Masuk Qayrina. Duduk’
‘ Terima kasih Encik Qayril. Ada apa yang boleh saya bantu’.
‘Macamana dengan suasana office? Awak selesa? Semua staff
memberi tunjuk ajarkan?’ bertalu talu soalan ditujukan untuk diriku. Aku
tersenyum dengan soalan – soalan itu sebab ia jelas menunjukkan dia ingin aku
selesa di sini.
‘Ye Encik Qayril, saya gembira sangat bekerja di sini. Semua
staff memberi pertolongan bila diperlukan’. Ia itu adalah ikhlas dari aku. Aku
sangat gembira di sini, dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang merupakan waktu
kemuncak kegembiraan aku.
‘Baguslah begitu. Tiada yang menguratkan?’ walaupun suaranya
tegas namun aku tahu dia masih bergurau.
‘ Taklah Encik Qayril’
‘Sebenarnya, ada hal saya nak awak’
‘Ada apa bos?’
‘Suami awak sakit ke?’
Aku terkejut dengan pertanyaan bos. Bagaimana dia tahu?
Takkan kak Mariam bagitahu kut? Hanya dia tahu mengenai keadaan Abang Ril.
‘Jangan salah anggap saya terdengar awak sedang cakap guna
telefon di pantry dua hari lepas.’
‘Oh bukan sakit Encik Qayril tetapi kemalangan. Dia kemalangan dua minggu lepas. Sekarang dia
ada kat rumah.Berehat’
‘Mesti awak penat menjaganya kan?
Aku terkedu dengan soalan majikan aku tu.
‘Lingkaran gelap sekeliling mata awak tu masih kelihatan
walaupun awak cuba menyembunyikannya dengan make up Qayrina. Dan mata awak sembam, mesti awak banyak
menangis sejak kebelakangan ini kan?’.
Aku tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. Aku bukan penat
menjaga tetapi penat memikir masa depan. Menangisi masa depan aku dan keluarga
kau. Melihatkan kesenyapanku Encik Qayril bangun dari tempatnya dan
mendekatiku.
‘Qayrina, tak baik membazirkan airmata dengan sesuka
hati. Airmata awak sangat berharga .Pastikan
ia mengalir untuk alasan yang kukuh.’
Suara tu.. suara tu macam aku pernah dengar. Panggilan
Qayrina, mungkinkah dia orangnya. Kalau bukan kenapa jantungku berdegup
sebegini kuat melihatkan wajahnya yang penuh syahdu dan mendengar suaranya yang
penuh sendu untukku. Mungkinkah dia takdir aku?
‘Qayrina..’
‘Saya tahu , kita ni berlainan jantina dan bukan muhrim,
mungkin awak tidak selesa berkongsi masalah awak dengan saya. Namun awak ada
Mariam. Dia seorang yang baik hati. Dia
juga sudah berumahtangga. Mungkin dia boleh menolong awak untuk mengurangkan
beban hati awak.
Aku yang masih dalam keadaan mamai dengan perasaan keliru
hanya menggangguk.
‘Walaupun prestasi awak masih baik walaupun dengan semua
masalah yang awak hadapi, saya masih tidak mahu awak mengalami stress kerana ia
sedikit sebanyak akan menyebabkan awak lalai dalam kerja awak.’
Aku sekali lagi hanya mengangguk kepala kerana masih belum kuat untuk menjawab
soalannya.
‘Baguslah kalau macam tu. Awak betulkan balik yang saya
sudah tandakan dalam fail ini.’
‘Baik Encik Qayril. Saya keluar dulu’. Aku mempersilakan
diriku keluar kerana aku tidak dapat menahan diri lagi dari panahan matanya.Aku
sudah mula takut dengan dirinya.
‘Qayrina, hanya senyuman yang sesuai dengan muka awak bukan kesuraman.’
Walaupun kata – katanya padaku tiada maksud yang jelas, aku
tetap memberi senyuman ikhlas untuk tatapannya.
‘That’s better. Oh, one more thing. Tolong pass fail tu kat
Mariam esok. Sebab saya kan bercuti seminggu start esok.’
Aku dengan anggukan keluar dari bilik dan bersedia untuk
dihujani dengan pelbagai soalan.
‘Apa yang bos cakap?’. Ah kan aku dah kata. Kak Wani
memulakan sesi soal jawab.
‘Oh dia suruh betulkan balik kesalahan dan suruh passkan
fail ni kat kak Mariam esok sebab dia nak pergi bercuti’. Itulah yang harus
dijelaskan kerana perkara lain aku tidak mahu berkongsi entah kenapa aku rasa
ia terlalu private pula
‘Hah betullah tu. Pakcik tu nak pergi honeymoon lagilah’. Kak
Mariam membuat tebakan pantas.
‘Honey moon? Dengan siapa?’ aku jelas terkejut dengan
bicara Kak Mariam itu. Hatiku merasakan ada sesuatu yang tidak patut ku ketahui
akan terlerai sekejap lagi.
‘Adui.. Rina sayang. Dengan siapa lagi. Dengan isteri dialah.
AKak yang booking ticket untuk dia dan isteri dia tadi’. Kak Wani membuatkan
hatiku hancur berkecai sekali lagi.
‘Encik Qayril sudah Kahwin?’