Followers

Thursday 13 September 2012

Bab 3




Gelak Ketawa Raff dan Susan mengamatkan suasana restoren eksklusif itu.

“Thanks for the gift Raff. It is so beautiful”, Susan membelek rantai tangan berlian yang dihadiahkan oleh Raff semalam. Hadiah itu telah disertakan dengan undangan makan tengah hari pada hari itu. Dia sendiri terkejut apabila dia mendapat hadiah itu semasa membuat shooting semalam. Kejutannya bertambah apabila mengetahui gerangan yang menghantarnya.

“Its’ beauty is nothing compared to yours”. Raff memasukkan benang. Melihat muka Susan yang semakin merona, Raff semakin galak. “Moreover, kecantikannya terserlah bila berada di tangan kamu”. Lalu dia mencapai tangan Susan lalu menggusapnya lembut.

“You are so sweet Raff”. Sememangya hujah lelaki lebih manis dari gula. Lembut gigi dari lidah. Raff yang mendengarnya memberi senyuman yang menggoda.

‘Hish boleh cair hati aku ni kalau ini berterusan’. Hatinya kembang kuncup kerana mendapat perhatian lelaki kaya dan handsome di hadapannya. Pakej lengkap. Namun hatinya masih dilanda gundah. ‘Dia ni lelaki orang Susan, lelaki mentor awak, Rita. Jangan nak cari masalah’. Dengusan halus menandakan ketidakpuashatian Susan ketika itu.

‘Ada aku kisah? Dia sendiri yang datang pada aku. Kalau dia jaga betul – betul, mesti lelaki dia tak cari yang lain. Nak tolak tuah? Sorrylah. Dah dia datang aku, aku terima ajelah. Lagipun poket dia penuh beb’. Susan sempat menangkan dirinya sambil memberi senyuman manis kepada lelaki di hadapannya sambil membalas gengaman Raff.

Sibuk menyulam kasih, tiba  - tiba kaki Raff ditendang kuat. “Ouch”. Raff menyeringai kesakitan. Dengan amarah yang tidak terkawal dia melihat kelibat yang menendang kakinya itu. Dia merenung tajam kelibat itu namun reaksi kelibat yang tenangnya seperti tiada apa yang berlaku meningkatkan suhu kemarahannya.

“Hoi budak apa tendang – tendang ni? Mak bapa tak ajar hormat orang lebih tua ke?” Suaranya bertambah satu oktaf.

“ Mama dan baba pak cik tak ajar untuk hormat orang muda ke? Nama saya Aniqlah pak cik bukan hoi”.  Teguran dari budak kecil entah dari mana menjatuhkan ego Raff, lebih – lebih lagi melihatkan Susan yang tersengih mendengar percakapan petah budak itu.

“ Hish budak ketot ni, loyar buruk sungguh. Aku hempok kepala kau ni, baru tahu. Kurang ajar betul”. Raff mengepal penumbuknya. Hatinya mengelegak. Pertama, dia tidak suka langsung dengan kehadiran budak itu di saat dia tengah dating. Kedua, dia sendiri tidak suka kepada kanak – kanak. Baginya mereka menyusahkan dan tanggapannya menjadi betul dengan melihat budak ketot di hadapannya itu. Ketiga, panggilan pak cik oleh budak itu. Ingat saya tua sangat ke nak panggil pak cik? Melihat kemarahan Raff, Susan memegang tangannya sebagai tanda bersabar. Sekilas memandang Susan pandangannya dialihkan kepada budak dihadapannya. Namun tiada pula riak takut pada muka ‘budak ketot’ itu.

“Hish .. Hish …Hish” Aniq sempat mengeleng kepala, “Pak cik yang nampak macam kurang diajar . Sampai hati pak cik nak pukul budak kecil yang handsome dan cute macam Aniq. Berdosa tau pukul orang ! Lagi – lagi budak handsome macam Aniq ni. Tuhan marah pada orang macam pak cik ini.. Pak cik nanti masa sembahyang minta maaf tau kalau tak tuhan bakar pak cik dengan api. Kesian pak cik nanti. Aakiitt….”. Perkataan sakit ditariknya.

Tersentak dibuat Raff mendengar ceramah free dari budak ketot itu. Egonya terguris dengan kenyataan itu. Sememangnya hal – hal berkaitan sembahyang sudah lama terhapus dari siari hidupnya. Namun semuanya ditolak tepi. Egonya enggan member masa kepada akal untuk memproses. ‘Sibuklah ‘ketot’ ni, ingat diri dia imam muda ke? Baru setahun jagung pandai nak nasihat orang. Rasa nak cili aje mulut budak ni’.

“Apa awak nak sebenarnya ah?” Muka seriousnya masih tertayang.

“Sebenarnya begini pak cik. Tadi pak cik langgar saya sampai ais krim saya jatuh, pak cik tak minta maaf pun. Pak cik lalu macam tu aje” . ‘ Budak ketot’ itu menunjukkan tempat ais krimnya jatuh tadi. Sememangnya dari tadi dia mencari ‘pak cik’ yang menjatuhkan ais krimnya namun baru terjumpa semasa ingin mencuci tangannya tadi.

“Stop calling me ‘pak cik’. Saya bukan pak cik awak dan saya tak hingin ada anak buah macam awak. Perasan bagus. Lagi satu, kenapa pula saya kena minta maaf dari awak. Awak tu yang tak memegangnya dengan kuat sampai terjatuh dan mana provenya?”

‘ Pak cik ni, minta prove pula. Takkan Aniq nak  suruh pak cik Mac Taylor dari CSI datang siasat kut. Baba selalu kata, kita lelaki tak baik libatkan orang lain dalam selesaikan masalah kita. Kita man to man talking. Pak cik minta maaf dan Aniq akan maafkan pak cik. Simple kan”. Mendengar penjelasan panjang lebar budak kecil itu, Susan yang asyik mendengar tergelak.

“You’re so cute Aniq”

“Tq sayang. Memang pun Aniq cute. Girlfriend – girlfriend Aniq pun selalu kata macam tu. Kalau sayang sudi, sayang pun boleh jadi girl friend kepada Aniq yang cute mute ni”. Sempat lagi Aniq mengenyitkan matanya.

Raff yang melihat datenya sedang dingorat oleh budak kecil di depan matanya, bertambah panas. Suhu kepanasannya melebihi suhu di luar restoren itu yang sedang membakar kulit manusia yang sedang lalu lalang. Kesian yang tak pakai sunblock.

“Hoi budak, lebih baik awak blah dari sini sebelum saya hilang sabar.” Seboleh bolehnya, dia ingin mengawal suaranya supaya drama mereka tidak menjadi tontonan umum.

“Raff he is just a kid”. Susan terang – terang menunjukkan ketidakpuashatian terhadap Raff  yang kasar kepada seorang budak kecil.

“Aniq, sayang minta maaf atas pihak ‘pak cik’ ni ye”. Raff membuntangkan mata kepada Susan ayng mengelarkan dirinya sayang dan lebih teruk melabelkannya pak cik kepada budak itu.

‘Kalaulah aku tak angau dengan kau, sekarang juga aku halau kau Susan’. Mengumpat Raff dalam hati dengan perasaan geram.

“Hmm, tak pelah sayang. Aniq dah maafkan pak cik ni. Saling maaf bermaafan kan amalan mulia yang dinasihati oleh nabi. Mama selalu ingatkan Aniq tentang itu. Lagipun Aniq juga minta maaf kerana tendang kaki pak cik tadi. Jangan marah – marah ye pak cik.”

‘Pak cik lagi. Anak siapalah ni. Kalaulah aku jumpa bapa dia, aku hempuk kepala dia ni’ gumam Raff tidak puas hati sambil merenung tajam Aniq yang berlalu dari temapt duduk mereka. Melihat Susan yang asyik merenung lenggok budak ketot itu, mendengus kuat. Raff takkan awak kalah dengan budak setahun jagung ni.
-------------------------

“Aniq sayang, kenapa lambat ni. Lamanya anak mama cuci tangan”

“Aniq pergi jumpa kawan mama”

“Kawan? Kawan mana pula Aniq? Aniq mana ada kawan kat sini? Kita kan baru pindah sini. Lagipun Aniq belum daftar tadika pun lagi”. Tanya lelaki di sebelah ‘mama’dengan dahi yang berkerut.

“Baru kenal baba. Entah Aniq dah suka sangat dekat dia walaupun ini kali pertama Aniq jumpa dia. Aniq pun boraklah dengan dia lama sikit”.

“Boy ke Girl?”

“Young lady. Sesuai sangat jadi mama baru. Nanti Aniq kenalkan ye”. Aniq terus menunjukkan riak terujanya.

“Aniq”. ‘Mama’ memberi renungan tajam kepada Aniq.

“Cantik tak?”

“Abang!”. Giliran suaminya pula menerima habuan dengan bonus cubitan lagi. Sang suami hanya gelak melihat muka monyok isterinya.

“ Tak lah baba. Mama lagi cantik. Mana ada girl lain setanding mama. Kan baba?”

“Betul. Mama is the best. Baba pun sayang sangat kat mama kamu. Mana boleh ada perempuan lain standing mama”. Sang suami memegang tangan isterinya yang kelihatan sudah memerah keran malu.

“Ooops.. Tunggu dulu baba mama. Aniq tutup mata dulu ni”. Melihat telatah Aniq, suami isteri terus tergelak.

“ Anak beranak sama aje. Dahlah jom.” Isteri terus membangun dari tempatnya, malas hendak layan kerenak suami dan anaknya.

No comments:

Post a Comment