Followers

Monday 18 November 2013

SIAPAKAH AKU DIHATIMU - BAB 1




“Aku terima nikah Sameera Safiyah binti Abdullah dengan mas kahwin RM 999 tunai”, dengan sekali lafaz Ziq telah menamatkan zaman bujangnya dalam usia 29 tahun. Dalam hati, dia berdoa agar keputusan yang telah diambilnya ini adalah yang terbaik untuk semua pihak terutama isterinya yang baru dinikah itu. Ziq yang mengenakan baju melayu serba putih berkain samping warna hitam bersulam benang emas cukup mempersonakan mata yang memandang. Ada antara anak dara yang datang ke majlis, cemburu dengan isteri Ziq yang berjaya menambat hati jejaka pujaan mereka, tidak terlepas juga soh seh mak anak dara yang terlepas dari menjadi mak mertua jejaka campuran Melayu Arab ini.

Selepas majlis lafaz nikah, Ziq dikerumuni ahli keluarganya sampai ke bilik pengantin yang menempatkan isterinya, Sameera yang dipanggil Sam.  Sam kelihatan sungguh jelita bak puteri dengan memakai busana putih gading yang disulam dengan batu Swarovski.

‘Sungguh cantik si dia, terasa ingin jatuh cinta berkali -kali, ingin membelai tubuhnya yang tinggi dan ramping tu, menzahirkan rasa cinta di hati ini’. Satu suara kedengaran dimindanya seiring dengan jantungnya yang hilang rentak normalnya.

‘Jangan nak merapu Ziq, kawal perasaan awak tu’ satu lagi suara mencanggah suara di mindanya.

‘Tapi dia dah menjadi isteriku yang sah, salahkah aku nak menyimpan perasaan ini’, Ziq melawan balik suara itu.

‘Memang salah dan awak pun tahu sebabnya Ziq, Awak nak ke terseksa dikemudian hari?’ Ya memang dia tahu hakikat disebalik perkahwinannya. Dia kalah dengan suara itu. Dia perlu mengawal dirinya dari menaruh perasaan terhadap isterinya. Sememangnya ia satu penyiksaan.

“Ziq,… Ziq ….oh Ziq… budak bertuah ni dah pergi planet mana ni? Takkan terpegun sampai begini tengok bini sendiri. Kalau ye pun, tunggulah malam sikit” Mak Sunya bersuara. Ziq tersedar dari keterlanjurannya.
Sam juga tersenyum malu dengan seloroh mak cik Ziq. Dengan penuh hemat Ziq melutut depan isterinya persis seorang putera raja yang ingin melamar puterinya, Ziq menyarungkan cincin berlian bermata tiga di jari manis isterinya. Dia perasaan tangan isterinya sejuk. Mesti dia gemuruh sekarang. Tanpa disangka tangannya dicium dengan penuh syahdu oleh Sam. Sebagai tindakan refleks dia sendiri telah mencium dahi isterinya dengan penuh kasih dan lama. Dia tidak sedar dan tidak dengar suara – suara sumbang membuat ejekan kerana apa yang terzahir adalah dari lubuk hatinya. Hatinya yang kian terpaut dengan wajah jelita di depannya. Walaupun terselit satu rahsia besar di sebalik perkahwinannya namun dia reda dan berjanji akan cuba memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang bertanggungjawab kepada isterinya.

Selepas upacara membatalkan air sembahyang dan menyarungkan cincin, pengantin baru telah menyibukkan diri mereka dengan sesi bergambar. Sambil – sambil itu, mereka terpaksa melayan tetamu yang hadir untuk meraikan penyatuan mereka.  Majlis akad nikah berlarutan sampai ke petang dan Sam telah pun meminta kebenaran untuk masuk bilik kerana keletihan. Hanya kelihatan Ziq yang melayan beberapa kawan yang datang lambat ke majlis.

Dalam kekalutan melayan tetamu, Ziq terlihat Rehan yang sedang menuju ke arahnya. “Tahniah Ziq, Selamat Pengantin Baru. Semoga alam perkahwinan awak bahagia” Ray sambil tersenyum sumbing.

“Terima kasih Ray tapi kenapa lambat sangat ni, dari tadi saya duk cari kamu tahu tak. Ingat kamu tak datang tadi”. Sempat pula Ziq menunjukkan ketidakpuashatian kepada kawan karibnya Rehan.

“Sorrylah bro, ada hal tadi, sebab tu terlambat” memberi alasan untuk kelambatannya.

“Hal apa yang yang lebih penting dari perkahwinan kawan karib ni ah? Apa kes bro? Jangan awak kata, awak pergi dating dengan si Maria tu pula”, sekali lagi Ziq tidak puas hati dengan jawapan Ray.

“Hish ke situ pula awak ni. Ia berkaitan awak dan Sam. Ziq saya tahu tempat dan masanya tak sesuai untuk berbincang berkenaan hal ini tetapi ia pasal rahsia awak.” Suara Ray lebih kepada berbisik.

“Maksud awak rahsia tu?” Ray mengangguk dengan sertamerta untuk pertanyaan Ziq. Mereka terus mencari tempat yang jauh dari tetamu dan berbincang dengan muka yang serius tanpa mengira tetamu yang beransur pulang.      

Thursday 29 August 2013

Bab 10 Berdosakah aku mencintai mu



maaf terlalu pendek tapi ini aje yang mampu saya dapat jadikan satu bab.. apa yg berlaku nanti saya cerita dalam bab 11.

 
Selepas setahun ….

“How are Qayrina?”

“Good”. Aku cuba memberi senyuman ikhlas kepada lelaki yang duduk di hadapanku.

“Baguslah. Gembira untuk melihat awak berseri begini.” Kata lelaki itu sambil mengacau oren aisnya.

“Encik Qayril pula apa khabar? Bila balik sini? Dengar khabar akan stay kat sana forever”. Aku masih menahan gugup di hatiku. Enggan menunjukkannya kepada lelaki yang telah menghilang lebih setahun itu.

“Saya? Seperti awak lihat, dah ‘terlebih gembira’”. Kata Encik Qayril sambil ketawa. Walaupun dia kelihatan lebih besar dari sebelum ini, namun dia masih mempunyai ketawa yang menyenangkan.

“Saya balik sebulan lepas, cawangan kat Johor Bahru tupun dah stabil, so saya balik ke sini untuk jaga HQ saya tu.” sambungnya selepas ketawanya reda.

“Baguslah tu Encik Qayril. Tahniah saya ucapkan atas pembukaan cawangan baru Encik Qayril tu, walaupun terlambat setahun. Maklumlah saya tak sempat berjumpa Encik Qayril selama ni.” Aku memaniskan senyumanku yang terasa hambar pada hakikatnya.

Ye itulah sebenarnya berlaku, kali terakhir aku berjumpa dengan lelaki di hadapanku adalah sebelum dia dan isterinya pergi bercuti ke Bali. Selepas hilang selama 2 minggu tanpa seberang berita, aku dikejutkan dengan perkhabaran yang Encik Qayril telah membuka cawangan di Johor dan akan berada di sana selamanya dan tempat Encik Qayril  diambil alih oleh kawannya Encik Gaffar. Itupun Kak Mariam yang khabarkan bukannya dia datang sendiri ke office. Kami semua hairan dengan tingkah laku Encik Qayril seperti lari dari sesuatu itu. Dan semestinya ia menyakitkan aku. Namun aku tiada hak untuk mempersoalkannya. Ah sudah Qayrina, biarkan yang dah berlalu. Tengoklah ke hadapan.

“Qayrina awak…..”

“Ini rupanya kebenaran yang kau cuba sembunyikan? Patutlah kau beria – ria meminta untuk bercerai?” Belum pun Encik Qayril menghabiskan ayatnya, Abang Ril mencelah entah dari mana. Aku yang melihat Abang Ril selepas enam bulan tergamam.

“Apa yang encik cakap ni,kebenaran? bercerai?  Apa yang sedang berlaku ni Qayrina?”  Soalan cepumas dari Encik Qayril yang sudah bangun dari kerusinya masih belum aku dapat jawab kerana kegugupan yang melanda.

“Oh kau belum bagitahu dia ke? Yang kau beria – ria meminta cerai dan berjaya dapatkannya pun, kenapa tak bagitahu lagi? Kan lama dia menunggu tu. Nak tunjuk baik, alim konon dekat orang. Hei perempuan, mungkin keluarga kita terpedaya dengan muslihat kau tapi bukan aku. Perempuan pakai tudung jaga kehormatan tapi kau pakai tudung jual kehormatan. Tak padan dengan muka seposen awak tu, hati busuk.” Suara hallintar Abang Ril seperti sembilu yang mencucuk jantungku. Sampai hati Abang Ril menuduhku sebegini rupa. Suaranya yang kuat juga menyebabkan kami menjadi perhatian pengunjung restoren ini.

“Mind your words mister. Apa jenis lelaki kau ni. Walaupun bukan sebagai seorang yang pernah berkongsi hidup dengannya, tetapi sebagai seorang lelaki kau patut menghormatinya, bukan memalukannya sebegini dan siapa bagitahu kau kami ada hubungan? Hanya lelaki otak tak betul macam kau je akan menuduh tanpa menyiasat.” Melihatkan Encik Qayril yang menyokongku menyebabkan air mataku menitis. Sepatutnya, Abang Ril walaupun bukan sebagai bekas suami tetapi sebagai seorang sepupu patut berbuat demikian. Namun keadaan di sini terbalik. Keadaan yang cukup menyesakkanku. Memilukan aku.

“Masih lagi nak berdalih lagi. Hubungan apa lagi kalau duk makan berdua – duan begini?” Nampak sangat Abang Ril tidak berpuas hati dengan kenyataan Encik Qayril.

“Siapa kata berdua, saya dengan anak kami ni siapa nak kira?” suara perempuan mencelah penghamburan Abang Ril.

Wednesday 5 June 2013

BAB 9

MAAF LAMA SANGAT TIDAK UPDATE YE.. BZ SANGAT DENGAN DAN OTAK DAH TEPU SANGAT SANGAT... HARAP INI DAPAT MEMBERI SEDIKIT EKPUASAN WALAUPUN NAMPAK BORING SIKIT...


Aku merenung tajam angka – angka di depan mataku. Tiada satu pun yang masuk ke dalam fikiranku. Sejak dua minggu lepas, aku tidak lagi dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap kerja – kerjaku. Aku semakin resah memikirkan keadaan yang aku sekarang. Walaupun aku cuba mengelakkan diri dari memikirkan yang bukan – bukan dengan menyibukkan diri dengan pelbagai benda, aku masih tidak berjaya. Seperti sekarang, walaupun pandanganku ke arah monitor namun pemikiranku melayang. Melayang beribu batu tanpa sempadan untuk menyekatnya. Walaupun diasak oleh kak Mariam, Kak Wani tentang perubahanku sejak kebelakangan ini, namun hanya keluhan yang dapat aku lepaskan. Akhirnya mereka berpuashati dengan jawapan, aku sedang memikirkan tentang suamiku.

Namun kebenarannya jauh menyimpang.  Aku tidak dapat berhenti berfikir mengenai Encik Qayril. Kenapa harus begini? Kalau dia yang hadir dalam mimpi aku, kenapa perlu dia beristeri? Ataupun bukan dia yang hadir dalam mimpiku? Walaupun kelibatnya samar namun aku masih ingat suaranya itu. Suara yang sayu dan sedih dengan keadaanku. Suara itu seperti suara Encik Qayril, sama – sama mengambil berat tentangku. Takkan aku silap membuat tanggapan, bukankah dia untukku?

Sejak mengetahui Encik Qayril sudah beristeri, aku terumbang ambing dengan keputusan aku untuk berpisah dengan Abang Ril. Aku takut jika aku meminta cerai dari Abang Ril, perasaanku terhadap Encik Qayril akan bertambah kuat. Sekarang pun aku dah berdosa dengan memikirkan tentang lelaki lain walaupun aku masih isteri Abang Ril, aku tidak mahu menambahkan dosa lagi dengan mengganggu rumah tangga perempuan lain. Aku tidak mahu perempuan lain terdera seperti mana aku terdera semasa arwah Aimi ada. Ah arwah pula yang aku kaitkan. Maafkan aku Aimi, maafkan aku. Bunyi keluhan jelas kedengaran lagi dariku. Entah berapa kali aku dah keluh hari ini.

‘ Rina….?’

Aku yang terkejut dengan jeritan tidak dijangka itu terus berdiri seperti menyanyi lagu ‘Negaraku’ dan dengan kekalutan aku berdiri kerusiku terpelanting jauh. Adui memalukan betul. Satu office ketawakan kekalutan aku. Ini semua salah kak Wani lah ni.

‘Kak Wani, terkejut saya tadi. Nasib baik tiada sakit jantung, kalau tak akaklah yang kena bawa saya hospital tau. Bayar belanja hospital sekali’.

Walaupun aku separuh menjerit kerana geram dikejutkan begitu rupa,  namun hanya ketawa Kak Wani menjadi jawapan.

‘Kamu ni Rina, terlalu memikirkan pasal angka – angka tu sampai orang berdiri bertahun lama kat depan ni pun awak tak perasan. Kalau ye pun, slow – slowlah sikit, pakcik jual minyak tukan tak ada. Projek pun tak banyak. Awak tu relaklah sikit cik adik sayang oi.’ Kak Mariam yang datang menyampuk, kak Wani turut mengangguk sambil sengih.

Hmm.. mereka ingat aku kusyuk membuat kerja? Fuh nasib baik. Agaknya apalah reaksi mereka kalau mereka tahu aku sedang memikirkan tentang bos mereka.

‘Cakap pasal pak cik kita tu, ada apa – apa berita tentang dia tak Wani? Bila dia nak masuk kerja semula? Lama juga dia bercuti. Tak sanggup nak tinggalkan isteri ke?’
Hish kak Mariam ni, ingat mengambil berat tentang Encik Qayril namun sempat pula mengutuknya. Eh.. aku pula yang emo sekarang. Apalah nak jadi dengan aku ni. Sememangnya, cuti Encik Qayril yang sepatutnya seminggu sekarang sudah menjangkau dua minggu. Tiada siapa di office tahu kenapa Encik Qayril bercuti lebih dari yang sepatutnya. Kak Mariam sendiri kata, Encik Qayril tidak pernah bercuti panjang sebegini.

‘Entahlah kak, dia cuma bagitahu yang sehingga dia masuk kerja cancel semua appointment dia. Tak pula dia bagitahu bila nak masuk kerja. Mungkin masih tiada mood untuk bekerja kut. Ialah berhoneymoon ke Bali, siapa tak rasa seronok. Mungkin belum penat berhoneymoon kut, lalu cuti dipanjangkan.’ Jawapan kak Wani menyedarkan lamunanku. Hatiku menjadi sakit dengan andaian kak Wani.

‘Ialah isteri cantik macam tu siapa yang nak lepas. Lagi – lagi kahwin cinta, Wani .’ Kak Mariam yang menjawab Kak Wani terus menoleh ke arahku.

‘Awak nak tahu tak Rina, isteri Encik Qayril tu namanya Selina. Mereka dua ni kiranya kawan rapat sejak kecil. Lama – lama persahabatan mereka menjadi  percintaan. Yang peliknya dengar kata, Selina yang propose Encik Qayril. Memandangkan keluarga mereka pun saling mengenali percintaan mereka berakhir di jinjang pelamin 3 tahun lepas’. Kisah perkahwinan Encik Qayril yang dicanangkan oleh Kak Mariam mengejutkan aku.

‘Selina propose Encik Qayril?’ aku mengumam. Aku tidak sedar pula gumamanku kuat sampai boleh didengar oleh kak Wani dan kak Mariam.

‘ Betul tu Rina. Beranikan isteri Encik Qayril tu. Kalaulah saya tunggu bertahun – tahun pun entah berani nak luah atau tak. Malu satu keturunan kalau ditolak.’

‘ Tapi dia terima Kak Wani, maksudnya dia juga turut ada perasaan tu, mungkin Encik Qaril ni jenis pemalu untuk mengambil langkah pertama kut’ entah apa yang aku mula merepek.

‘ Siapa pemalu? Encik Qayril? Rina, dialah lelaki yang paling romantik yang saya pernah kenal tahu tak. Setiap kali isteri dia merajuk mesti nak pergi honeymoon. Kali ni pun mesti ada sesuatu berlaku sebab tu mereka pergi melancong. Encik Qayril selalu kata, melancong seperti ni akan melembutkan hati yang merajuk.  Best kan. Setiap kali merajuk dapat pergi melancong. Kalau saya jadi isteri Encik Qayril hari – hari saya merajuk tahu.’ Kak Wani menambah perisa sambil menidakkan andaianku.

‘ Apa yang kak cuba katakan? Kalau dia menjaga hati isteri dia, maksudnya dia cintakannya jugakan? Sebab tu dia terima lamaran isterinya dulu’ aku menyampuk untuk mendapatkan penjelasan.

‘Berkenaan itu, entahlah Rina. Kita tidak tahu hati manusia ni Rina. Selagi Encik Qayril sendiri membuka pekung di dadanya, kita tidak akan tahu apa yang ada di hatinya. Betul tak akak?’ kak Wani mengaju soalan kepada Kak Mariam seolah – olah meminta sokongan.
Aku yang mula tidak selesa dengan perbualan tentang rumahtangga Encik Qayril mula tenggelam dalam duniaku balik. Ini lebih baik dari mendera diri dengan mendengar alkisah Encik Qayril yang happy ever after itu.

@@@

‘Awal sangat balik?’
Aku yang sedang melangkah ke arah pintu rumah dengan langkah yang longlai terkejut dengan suara yang tiba – tiba kedengaran itu.

‘Awal apanya? Kan dah masuk waktu maghrib sekarang. Lambat sangat ni’. Aku yang terkejut melalut tanpa mengira siapa yang jerkahku tadi. Namun mengingatkan kembali yang tiada siapa di rumahnya suka berada di beranda waktu maghrib begini menakutkan aku.
Memanglah sekarang dah lepas waktu maghrib tapi bukanke awal sangat untuk hantu merayau ni. Itulah aku mengelamun sepanjang hari sampai dokumen yang simple tupun ambil masa yang lama untuk siap. Kan dah kena penangan hantu.

Aku yang masih dalam keadaan takut hanya menelan airliurku dan mempercepatkan langkahku.

‘Tahupun lambat. Tak reti nak bagi salam duluke sebelum masuk rumah. Ingat aku ni tembok ke apa?’ suara itu kembali menakutkan aku. Namun dengan sedikit kekuatan aku menoleh untuk mencari suara sumbang itu.

‘Lah Abang Ril rupanya. Ingatkan apa tadi.’ Terlepas satu keluhan berat apabila melihat suamiku ralit bermain dengan telefon bimbitnya di tepi kolam renang kami. Entahlah apa yang syok sangat dengan telefon itu, selagi ada kat rumah, tak boleh berenggang langsung dengan telefon tu.

‘kalau bukan aku, siapa lagi? Hantu?’ suara Abang Ril kedengaran sinis lagi.

‘hish abang ni. Kalau ye pun janganlah panggil dia waktu macam ni. Dahlah abang duduk luar waktu maghrib begini.’ Entah kenapa mulutku celupar hari ini.

‘awak fikir aku ni budak kecik ke nak takut dengan cerita hantu bagai’. Perhatiannya beralih ke arahku.

‘Abang tak takut takpelah, Tapi Qay takut. Sangat takut. Lebih – lebih kalau yang jenis dalam ‘The Ring’ tu. Mengerikan kan.’

‘hish bisinglah awak ni, masuk rumah.’ Abang Ril menghalauku masuk rumah.
Aku yang baru teringat, lari anak menaiki tangga, namun aku tergamam di pertengahan jalan. Betulke itu Abang Ril, kenapa dia mesra semacam je hari ni? Mesrake tu? Sememangnya ia lebih dari mencukupi untukku yang sentiasa berhadapan dengan Abang Ril yang garang dan pendiam. Pagi tadi pun dia senyap je. Takkan mood dia dah ok kut? ATAU itu…
Meremang bulu romaku mengingatkan tanggapan tak masuk akalku itu.

‘Apa lagi kamu duk congak kat tangga tu. Dah kena sampuk ke?’
Aku menoleh perlahan dan melihat Abang Ril masuk ke ruang tamu. Masih dengan baju dan seluar yang sama, maksudnya dia bukan ehemmmm.. agaknya betullah mood dia ok.

‘Saja je. Abang Ril papa dengan mama mana?’ tanyaku saja menghilangkan gugup.

‘Mereka pergi ke surau untuk sembahyang. Katanya lepas Isyak baru balik. Kenapa?’ Walaupun pandangannya tertancap ke arah televisyen, dia masih menjawab soalanku.

‘Saja. Je. Abang Ril dah sembahyang?’ aku saja ingin memanjangkan perbualan kami. Apa motif aku? Aku pun tak tahu.

‘Dah pun. Bukan macam kau. Melangut kat luar macam tiada suami atau rumah’. Kata – kata Abang Ril yang pedas itu membantutkan niatku untuk memanjangkan perbualan kami. Aku hanya menunduk dan masuk ke bilik.


Sunday 17 February 2013

Bab 8



Sudah dua minggu sejak Abang Ril terlibat dengan kemalangan itu. Dia telah dilanggar semasa menyeberangi jalan berdekatan kubur Aimi. Mengikut keluargaku dia telah dihantar ke hospital oleh seorang yang tidak dikenali yang pada ketika itu turut berada di situ. Hanya aku dalam keluargaku tidak berpeluang berjumpa dengannya untuk mengucap terima kasih. Ini kerana masa kau tiba di hospital, jam sudah pun menunjuk pukul 7 petang dan Abang Ril telah dibawa ke bilik pembedahan.  Dia patah 4 tulang di tangan kirinya dan perlu dipasang 6 skru. Mendengar berita ini, aku menitis airmata di luar wad pembedahan. Aku menyesal  kerana tidak dapat memberi sokongan kepadanya sebelum masuk ke bilik pembedahan. Walaupun dipujuk oleh mama yang kecederaannya tidak teruk namun hatiku tetap tersentuh. Aku menunggu sepanjang malam sehingga dia sedar dan keesokan pagi aku ke kerja.

Selama seminggu Abang Ril berada di hospital dan selama itulah jadual harianku menjadi ketat. Pada siangnya aku pergi ke kerja manakala petang dan malam aku menjaga suamiku. Walaupun ditegah oleh keluaragaku dengan alasan aku perlu berehat namun hatiku enggan mendengar. Hatiku ingin bersamanya, hati seorang isteri ingin menemani suaminya. Namun aku tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada keluaragaku. Akhirnya mereka mengalah dan membiarkanku menemani Abang Ril sepanjang dia ada di hospital.

Aku yang memasak sarapan di dapur untuk Abang Ril sebelum bersedia ke kerja terus teringat kepada  Abang Ril yang sedang berehat di bilik kami diatas. Sejak dia balik dari hospital, kami berdua berkongsi bilik di rumah mertuaku. Rumah kami dibiarkan kosong buat seketika. Walaupun berkongsi bilik tempat aku masih di sofa di penjuru bilik kami. Namun aku tetap gembira aku dapat menemaninya semasa dia memerlukan bantuan kerana aku sebelum kahwin telah menerima kasih sayangnya penuh telus. Inilah masaku untuk membalas segala kebaikannya itu.

Walaupun pada mulanya kehadiranku tidak diterima oleh Abang Ril namun akhirnya dia tidak bersuara lagi. Mungkin dia telah dapat menerima kehadiranku di sampingnya, walaupun reaksinya tetap dingin seprti sebelum ini. Aku masih ingat lagi hari kedua dia terlantar di hospital selepas pembedahan dan aku menziarahinya selepas waktu bekerja.

‘Kenapa kau datang sini? Aku tak perlukan belas kasihan kau. Kan sekarang masa yang baik untuk kau minta cerai dan ambil semua harta keluargaku?’

‘Qay datang sini sebab Qay isteri abang. Tempat Qay adalah bersama abang. Ini bukan belas kasihan namun ini adalah tanggungjawab dan bukti kasih sayang  Qay sebagai isteri abang. Abang lagi penting dari segala harta di dunia dan keluarga abang adalah keluarga Qay juga.’

‘Aku dah memberi hak talak dekat kau, kenapa kau tak gunakan lagi? Akukan binatang, manusia seperti kau kenapa nak bersama aku?’

‘Maafkan Qay sebab kurang ajar dengan abang hari itu. Tentang cerai tu, biarlah keadaan reda bang. Keluarga kita dalam keadaan hura – hara. Qay tak sampai hati hendak menyakitkan hati ibu bapa kita bang. Biarlah keadaan sekarang pulih nanti kita bincang pasal ni’.

‘Kau ingat dengan menjagaku aku, aku akan membalas budi kau dengan terima kau sebagai isteri? Jangan mimpilah’

“Tidak bang, Qay tak mengharap lagi dah. Qay hanya ingin menjaga bang untuk membalas budi abang sebab sanggup mengahwini Qay. Qay sepatutnya dah tahu yang cinta tidak boleh dipaksa dan cinta tidak semestinya dibalas. Namun Qay khilaf. Untuk itu Qay minta maaf. Kita tunggu abang sembuh dulu. Nanti kita bincang baik – baik dengan keluarga kita. Kita bincang dengan papa supaya tidak merampas harta abang kerana syarikat ini adalah usaha abang dengan papa. Qay tidak berhak langsung.’ Aku meluahkan rasa hatiku dengan genangan air mata. Mendengar kataku ekspresi muka Abang Ril berubah namun ia tidaka tahan lama.

‘Tahu pun kau ye. Kalau kau menyesal lebih awal aku takkan kehilangan Aimi dan aku takkan terdampar seperti ini.’

‘Hmm… aku masih disalahkan kerana kematian Aimi? Bila suami aku ni hendak sedar atas kesilanpannya? Kenapa dia tidak dapat menerima takdir yang telah tertulis ke atas kami.’  Aku hendak menghamburkan kata – kata itu untuk mempertahankan diri aku namun tidak sampai hati melihat keadaannya yang terlantar sakit.

‘Qay minta maaf jika abang masih fikir kematian Aimi adalah disebabkan oleh Qay. Qay harap sehingga masalah keluarga kita selesai dan kita berpisah dengan cara yang baik, abang dapat menerima Qay sekurang – kurangnya sebagai sepupu yang abang telah sayang sebelum ini.’

 Mendengar kataku , sekali lagi Abang RIl nampak terkejut namun reaksi mukanya berubah dengan cepat dan dia memalingkan mukanya. Kali ini tiada kata balas yang sinis daripada seperti selalu.

‘Qay…’

Panggilan ibu mertuaku menyentakku dari lamunan.

‘Ye mama..’

‘ Qay ok?’

‘ Kenapa mama tanya begitu? Mestilah Qay ok’

‘ Taklah Qay. Selama dua minggu ni, Qay pergi kerja waktu pagi dan jaga Am waktu petang, mesti letih kan. Kenapa Qay tak berehat aje. Lagipun sekejab lagi Qay kena pergi kerja kan? Biar mama yang masakkan untuk Am.’

‘ Takpelah mama. Dah nak habis pun. Mama janganlah risau. Mama pun kena jaga papa kan’. Sebetulkan bapa mertuaku itu masih memerlukan perhatian walaupun dia semakin pulih sekarang.

‘Hmm papa sedang tidur nanti dia bangunlah.’

‘Qay..’ suara mama terasa sendu.

‘Ye mama, kenapa mama nampak sedih ni’

‘Maafkan anak mama ye Qay. Mama tahu Qay sedang terseksa sebab anak mama, namun Qay sedang terima segalanya hanya sebab Qay adalah isteri Amril’. Air mata ibu mertuaku tumpah.

‘Mama..’

‘Tidak Qay biar mama bercakap dulu. Mama tahu walaupun Qay tidak mengungkit tentangnya , jelas sangat yang hati Qay terluka dengan kelakuan Amril, dengan layanan Amril terhadap Qay.’

‘Tidak mama, Abang Ril tidak bersalah, cuma dia tidak dapat menerima Qay sebab dia tidak mencintakan Qay. Dia juga terseksa dengan kehilangan Aimi. Dia sebenarnya masih tidak dapat menerima kehilangan Aimi, sebab tu dia menjadi sebegini rupa. Qay pasti, mama akan dapat balik anak mama tak lama lagi.’

 ‘Mungkin betul mama akan dapat balik anak mama tapi boleh ke Qay dapat suami Qay?’

‘ Mama, kenapa tiba- tiba bercakap macam tu?’ aku tidak sedap hati dengan maksud tersirat ibu mertuaku itu.

‘Qay, mama faham jika Qay ingin meminta cerai dari Amril. Qay perlu mencari kebahagian sendiri. Cukuplah dengan pengorbanan Qay.’ Akhirnya apa yang terdetik di hati aku tetap keluar dari mulut dari ibu mertuaku.

‘Tak mama, Qay tak pernah korban apa pun, mungkin inilah balasan yang Qay perlu terima kerana mencarik kebahagian anak mama. Qay pasrah mama. Qay tahu abang Ril tak pernah dan takkan menerima Qay sebagai isteri namun biarlah masa menentukan hala tuju kehidupan Qay.  Qay janji Qay dah boleh terima apapun yang telah tertulis untuk Qay.’ Aku menyuarakan isi hatiku yang telah ku tetapkan lama.

‘Walaupun itu bermakna Abang Ril tidak tertulis untuk Qay. Qay rela mama. Namun Qay akan menunggu sampai paap dapat memaafkan Abang Ril dapat memberi balik hak abang RIl sebelum Qay pergi dari keluarga ini mama’. Akhirnya air mataku ayng kutahan lama mengalir juga seperti isi hatiku.

‘Tidak Qay, tidak . walaupun Amril tidak menerima Qay, mama dah anggap Qay sebagai anak mama sejak dulu’ diriku dipeluk oleh ibu mertuaku. Airmatanya mengalir bersama sendu dan melihat keadaan ini air mataku mengalir dengan lebih deras.

Meleraikan pelukan ibu mertuaku aku memalingkan diri dan ketika itu aku terlihat suamiku sedang berdiri di tangga sambil melihat drama tangisan kami. Namun tanpa kata, dia terus menoleh dan menuju ke biliknya semula.

@@@

Aku yang sudah bersedia ke kerja terus menoleh ke arah katil yang kosong di bilik kami. Selepas aku masuk ke bilik selepas menyiapkan sarapan, Abang Ril meninggalkan bilik. Itulah rutinnya setiap hari. Kalau aku di bilik, dia pula di luar bilik. Cuma waktu tidur kami berada di bilik yang sama. Keluhan ku terluah tanpa kesedaranku.

‘Tidak Qay. Berhentilah mengeluh. Hidup ini seperti novel Qay. Dan pengarangnya adalah Dia Yang Maha Esa. Nampaknya  kisah awak dengan Abang Ril hanya satu bab dalam hidup kamu. Tabahkan diri kamu untuk melangkah Qay. Mana tahu mungkin pengakhiran novel kau ni ada happy ever after?’ aku sendiri tersenyum mendengar gumaman hatiku.

Sebelum melangkah ke keretaku, aku melihat bapa mertuaku sedang duduk di gazebo sambil membaca surat khabarnya. Manakala kelibat mama dan Abang Ril tidak kelihatan. Mungkin mama sedang menghidang makanan untuk Abang Ril. Yelah, sudah menjadi rutin untuk aku masak manakala mama menghidangkannya kerana Abang Ril tidak akan menjengkuk dapur kalau aku ada di situ.

‘Dah ready nak pergi kerja Qay?’

Suara papa yang tiba – tiba menyentak lamunanku.

‘Papa, papa mengejutkan Qay.’ Aku menepuk dadaku yang tiba – tiba berdenyut laju kerana terkejut. Namun hanya bunyi ketawa bapa mertuaku itu yang menjadi jawapan untuk ketidakpuashatianku.

‘Qay dari kecik sampai dah bersuami pun masih tak habis- habis mengelamun ye’. Sisa ketawa papa masih lagi kedengaran.

‘Nak buat macamana papa, Qay dah memang lahir dengan sifat begitu’. Akhirnya ketawaku juga terhambur. Memang sejak kecil lagi aku terkenal dengan sikap mengelamunku yang merunsingkan mereka. Namun aku tetap menjadi anak manja keluarga aku dan keluarga abang Amril. Mereka telah menyayangiku seperti anak sendiri.

‘Nampak sangat anak papa ni tak pernah berubah. Sama macam dulu. Sentiasa cuba menceriakan orang disekitarnya dengan sikap happy go lucky ye. Contohnya sekarang walaupun hatinya remuk dia tetap tersenyum untuk menyedapkan hati papa’. Walaupun bermula dengan gurauan, ayat terakhirnya menyentap aku.

‘Papa…’ aku terkedu untuk menyambung ayatku.

‘Anak papa seorang yang kuat. Papa tahu walau apapun yang terjadi dia boleh mengharunginya dengan berani. Papa nak Qay bahagia. Papa tak kisah jika Qay perlu berpisah dengan dengan Amril untuk kebahagiaan Qay. Cukuplah dengan kesengsaraan yang Qay hadapi selama setahun ini Qay.’

Aku yang mendengar kata papa, tersentuh. Semuanya inginkan kebahagianku, mereka tidak mengungkitkan kesalahanku memerangkap anak mereka sehingga semua perkara ini terjadi. Kerana sikap tamakku keluargaku merana, aku kehilangan satu – satunya kawan baikku dan Abang Ril yang begitu menyayangiku menjauhkan diri, membenciku.

‘ Papa dah maafkan Abang Ril?’

‘ Entah Qay. Papa tak rasa papa boleh maafkan dia selepas apa yang dia dah buat pada Qay. Papa kecewa dengan dia Qay.’

‘ Papa, sebenarnya Qay yang bersalah. Rasanya kalau Qay tidak memaksanya kahwin dengan Qay mesti Abang Ril tak berubah sebegini dan mesti Abang Ril bahagia bersama pilihan hatinya. Mama dan papa pun gembira. Kalau perkahwinan ini tidak terjadi mungkin hanya Qay yang kecewa dan mungkin lama kelamaan Qay sedar dari kekecewaan itu tetapi sekarang, Qay menyebabkan seluruh keluarga kita menderita. Maafkan Qay papa. Maafkan Qay.’ Aku menangis sambil melutut di hadapan bapa mertuaku.

‘Papa dah maafkan Qay. Qay buat sedemikian keran cinta Qay. Kadang – kadang cinta membuatkan kita hilang pertimbangan. Sekarang Qay dah sedar kesilapan Qay dan menjadi seorang wanita yang matang. Sekarang Qay dah tahu apa yang baik dan buruk. Ingat Qay, segala – galanya tentang diri kita telah tertulis. Kita tidak boleh menukarkannya atau menangisinya. Qay bersujudlah kepada - Nya untuk kebahagian Qay. Papa pun akan berdoa atas kebahagiaan Qay.’

‘Terima kasih papa. Qay berharap satu hari nanti papa akan maafkan Abang Ril seperti mana papa maafkan Qay.’

‘ papa…’ku ingin menyambung lagi namun tersekat.

‘ Ye Qay ada apa?’

‘ Papa tak serius tentang penyerahan harta tukan?’

‘Tak Qay, papa serius. Amril perlu diajar. Dia tu anak tak kenang budi. Kalau bukan disebabkan oleh ayah Qay mesti kami takkan kecapi kemewahan sebegini.’

‘Tapi papa, masa ayah tolong papa dia tak pernah mengharapkan balasan, dan Qay juga berkahwin dengan Abang Ril bukan disebabkan kekayaan ini papa’.

‘ kalau papa teruskan juga rancangan papa, Abang Ril akan membenci Qay selama – lamanya kerana merampas hasil titik peluh papa dan Abang Ril. Tolonglah papa, Qay tidak mahu dibenci oleh Abang Ril selamanya. Walaupun tidak diterima sebagai isteri sekarang namun siapa tahu pada masa akan datang Abang Ril boleh terima Qay sebagai sepupunya balik’.

‘ Tapi Qay..’

‘ tak papa, kalau papa betul – betul sayangkan Qay dan tidak mahu Qay dibenci oleh ABang RIl selam – lamanya jangan rampas hak suami Qay daripadanya. Tolong papa. Mungkin iniadalah permintaan terakhir dari Qay. Maafkan Abang ril dan jangan rampas hak Abang RIl..

Melihat keadaanku bapa mertuaku terkedu dan menggangguk akhirnya.

@@@

Aku yang ralit menekan papan kekunci komputerku untuk menyiapkan tugas yang telah diberi di firma yang diterajui oleh Encik Qayril terganggu apabila Kak Wani, setiausaha Encik Qayril terpajak di hadapan mejaku.

‘ Kenapa kak Wani? Ada apa – apa ke? Atau saja nak mengelat ni?’ aku mengusik Kak Wani yang sudah aku rapat sejak hari pertama aku menjalani praktikal di sini. Selain kak Wani, kak Mariam dan kak Risha, receptionist sudah menjadi geng aku.

‘ Mengelat apa bendanya Rina. Ni pakcik jual minyak kita nak jumpa awak.’ Sempat lagi kak Wani melabelkan Encik Qayril sebagai pak cik jual minyak.

‘Kenapa Kak Wani ada apa – apa ke?’ Encik Qayril hanya berjumpa di biliknya sekirannya ada urusan sahaja, kalau tidak pak cik itu akan berkunjung ke tempat kerja kami itu untuk aktiviti jual minyaknya.

‘Tak tahu pula Rina, dia hanya suruh panggil awak. Mungkin dia nak jual minyak kat awak pula kut memandangkan tiada siapa yang membelinya hari ni.’

‘Hisy kak ni nanti didengar oleh pak cik tu kang’. Walaupun Encik Qayril seorang yang peramah takkan dia akan duduk diam mendengar orang melabel dia pak cik. Ikutkan rupa dia mungkin baru awal tiga puluhan kut.

‘Alah sebab dia tak dengarlah aku kata, awak jangan pula pi kata kat dia yang aku cakap macam tu. Naya aku nanti’. Aku yang mendengar tersenyum. Takut juga kak Wani ni pada pak cik tu. Oopps….

‘Hmmm. Boleh asalkan tengah hari nanti akak belanja.’ Aku sekadar ingin menduka kak Wani.

‘Lah… kena belanja pula. Takpelah. Boleh je. Lain kali awak pula yang belanja’. Aku yang mendengarnya ingin membantah kerana aku ingin sekadar bergurau.

‘ Saya pun awak kena belanja juga.’ Kak Mariam menyampuk.  Alamak, dari mana pula Kak Mariam datang ni. Janganlah dia salah anggap niat bergurau aku.

‘ Hish, kak ni,  mana boleh. Gaji akak lagi tinggi dari saya tahu tak . Sepatutnya akak yang belanja kita orang.

‘Tak boleh. Kalau tak belanja akak report kat bos. Haha apa macam.’ Aku yang tiada modal untuk bercakap hanya menjadi penonton untuk drama mereka berdua ini.

Beginilah keadaan officeku setiap hari. Sekurang – kurangnya hari aku di office sentiasa ceria dan ia menolong aku untuk melupakan sekejap masalah aku. Tanpa memberi pandangan aku bangun menuju ke bilik Encik Qayril yang khabarnya sedang menungguku. Lalu aku membuka pintu selepas pengetuk pintunya.

‘Masuk Qayrina. Duduk’

‘ Terima kasih Encik Qayril. Ada apa yang boleh saya bantu’.

‘Macamana dengan suasana office? Awak selesa? Semua staff memberi tunjuk ajarkan?’ bertalu talu soalan ditujukan untuk diriku. Aku tersenyum dengan soalan – soalan itu sebab ia jelas menunjukkan dia ingin aku selesa di sini.

‘Ye Encik Qayril, saya gembira sangat bekerja di sini. Semua staff memberi pertolongan bila diperlukan’. Ia itu adalah ikhlas dari aku. Aku sangat gembira di sini, dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang merupakan waktu kemuncak kegembiraan aku.

‘Baguslah begitu. Tiada yang menguratkan?’ walaupun suaranya tegas namun aku tahu dia masih bergurau.

‘ Taklah Encik Qayril’

‘Sebenarnya, ada hal saya nak awak’

‘Ada apa bos?’

‘Suami awak sakit ke?’

Aku terkejut dengan pertanyaan bos. Bagaimana dia tahu? Takkan kak Mariam bagitahu kut? Hanya dia tahu mengenai keadaan Abang Ril.

‘Jangan salah anggap saya terdengar awak sedang cakap guna telefon di pantry dua hari lepas.’

‘Oh bukan sakit Encik Qayril tetapi kemalangan.  Dia kemalangan dua minggu lepas. Sekarang dia ada kat rumah.Berehat’

‘Mesti awak penat menjaganya kan?

Aku terkedu dengan soalan majikan aku tu.

‘Lingkaran gelap sekeliling mata awak tu masih kelihatan walaupun awak cuba menyembunyikannya dengan make up Qayrina.  Dan mata awak sembam, mesti awak banyak menangis sejak kebelakangan ini kan?’.

Aku tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. Aku bukan penat menjaga tetapi penat memikir masa depan. Menangisi masa depan aku dan keluarga kau. Melihatkan kesenyapanku Encik Qayril bangun dari tempatnya dan mendekatiku.

‘Qayrina, tak baik membazirkan airmata dengan sesuka hati.  Airmata awak sangat berharga .Pastikan ia mengalir untuk alasan yang kukuh.’

Suara tu.. suara tu macam aku pernah dengar. Panggilan Qayrina, mungkinkah dia orangnya. Kalau bukan kenapa jantungku berdegup sebegini kuat melihatkan wajahnya yang penuh syahdu dan mendengar suaranya yang penuh sendu untukku. Mungkinkah dia takdir aku?

‘Qayrina..’

‘Saya tahu , kita ni berlainan jantina dan bukan muhrim, mungkin awak tidak selesa berkongsi masalah awak dengan saya. Namun awak ada Mariam. Dia seorang yang baik hati.  Dia juga sudah berumahtangga. Mungkin dia boleh menolong awak untuk mengurangkan beban hati awak.

Aku yang masih dalam keadaan mamai dengan perasaan keliru hanya menggangguk.

‘Walaupun prestasi awak masih baik walaupun dengan semua masalah yang awak hadapi, saya masih tidak mahu awak mengalami stress kerana ia sedikit sebanyak akan menyebabkan awak lalai dalam kerja awak.’
Aku sekali lagi hanya mengangguk kepala  kerana masih belum kuat untuk menjawab soalannya.

‘Baguslah kalau macam tu. Awak betulkan balik yang saya sudah tandakan dalam fail ini.’

‘Baik Encik Qayril. Saya keluar dulu’. Aku mempersilakan diriku keluar kerana aku tidak dapat menahan diri lagi dari panahan matanya.Aku sudah mula takut dengan dirinya.

‘Qayrina, hanya senyuman yang sesuai dengan muka awak bukan kesuraman.’

Walaupun kata – katanya padaku tiada maksud yang jelas, aku tetap memberi senyuman ikhlas untuk tatapannya.

‘That’s better. Oh, one more thing. Tolong pass fail tu kat Mariam esok. Sebab saya kan bercuti seminggu start esok.’

Aku dengan anggukan keluar dari bilik dan bersedia untuk dihujani dengan pelbagai soalan.

‘Apa yang bos cakap?’. Ah kan aku dah kata. Kak Wani memulakan sesi soal jawab.

‘Oh dia suruh betulkan balik kesalahan dan suruh passkan fail ni kat kak Mariam esok sebab dia nak pergi bercuti’. Itulah yang harus dijelaskan kerana perkara lain aku tidak mahu berkongsi entah kenapa aku rasa ia terlalu private pula

‘Hah betullah tu. Pakcik tu nak pergi honeymoon lagilah’. Kak Mariam membuat tebakan pantas.

 ‘Honey moon?  Dengan siapa?’ aku jelas terkejut dengan bicara Kak Mariam itu. Hatiku merasakan ada sesuatu yang tidak patut ku ketahui akan terlerai sekejap lagi.

‘Adui.. Rina sayang. Dengan siapa lagi. Dengan isteri dialah. AKak yang booking ticket untuk dia dan isteri dia tadi’. Kak Wani membuatkan hatiku hancur berkecai sekali lagi.

‘Encik Qayril sudah Kahwin?’