Followers

Friday 14 December 2012

BAB 4 BERDOSAKAH AKU MENCINTAIMU



Mataku terasa pedih untuk dibuka. Namun begitu aku cuba untuk membuka mataku. Penglihatan aku yang mulanya kelam bertambah baik dan aku melihat keluargaku sedang  duduk sekelilingku dan ibuku sedang menangis. Aku dapat rasakan yang aku berada di  tempat yang asing. Badanku dan mukaku sakit. Aku menyeringai kesakitan. Ibuku yang melihat aku menahan kesakitan terus menerpaku dan memelukku.

‘Qay ....di...mana... bu?’ tidak ku dapat cakap dengan teratur kerana bibirku terasa sakit. Mesti bibirku pecah.

‘Qay di hospital sayang’ ibu mertuaku menjawab bagi pihak ibuku yang semakin kuat raungnya.

‘Hospital? Tapi’ aku menjadi keliru dengan sekelilingku. Aku ke rumah Aimi tapi kenapa boleh ada kat sini.

‘Ini semua salah Qay. Qay yang menempah semua ini.’ Ibuku mula membalas dalam sendu.

‘Dahlah Mariam, sebenarnya Amril yang melampau sangat. Tak terfikir yang Qay ni isteri dia juga. Seorang perempuan lemah yang dipertanggungjawabkan atas dia. Sanggup dia buat Qay macam ni. Saya malu Mariam, saya malu dengan  perangai macam binatang anak saya tu.’

Mendengar keluahn ibu mertuaku aku mula memproses balik apa yang berlaku sehingga aku terlantar di hospital.

‘Aimi, Aimi awak kat mana ni?’ aku yang memasuki banglo dua tingkat yang tak berkunci  milik suamiku dan Aimi terus mencari kawanku yang satu itu.

‘Aku kat sini Rina’.

Aku yang mendengar suara Aimi dari bilik dapur terus menerpa Aimi yang kelihatan terbaring sambil darah mengalir dari kelangkangnya. Aku mnejadi menjadi takut dengan keadaan Aimi. Mataku dengan sendiri menjadi hangat melihat kawanku dalam keadaan sebegini.

‘Apa dah berlaku Aimi, mana abang Ril?’

‘Aku tergelincir Aimi, aku cuba call Abang Am tapi handset dia tutup. Tolong aku Rina. Tolong selamat aku dan anak aku’. Suara Aimi mendayu sambil menahan sakitnya.

‘kita pergi hospital sekarang Aimi’.

“AIMI....”

Aku yang ingin menolong Aimi untuk bangun dibawa ke hospital terkejut dengan suara garau yang memecah gegendangku. Apabila ditoleh ke belakang, aku nampak Abang Ril sedang mencekak pinggang dengan mata merah menyala. Ya tuhan, tolonglah jangan bagi dia salah anggap dengan niat aku.

‘Apa kau buat dengan isteri aku perempuan jahanam?’ suara memekiknya terasa dekat apabila rambutku ditarik ganas olehnya. Lalu kepalaku dihentak ke dinding dapur mereka. Aku dapat rasakan yang sekelilingku berpusing dengan hentaman kuat oleh suamiku. Rayuanku untuk menghentikan tindakannya tidak diendahkan malah menjadi lebih ganas. Aku ditampar sehingga bibirku pecah, perutku senak disepak berkali – kali. Melihat suamiku yang dikuasai amarah, aku hanya dapat berdoa dalam hati supaya marahnya berkurang dan dapat dia berfikir secara rasional kerana keadaan Aimi yang darurat memerlukan perhatiannya.

‘Abang....’ suara Aimi yang nyaring menghentikan perlakuan suamiku terhadap diriku.

‘Aku akan bunuh kau perempuan sundal, aku akan bunuh kau jika apa – apa berlaku pada isteri aku’.
Aku yang terdampar kesakitan di seluruh badanku hanya dapat melihat suamiku mencempung Aimi sebelum penglihatanku menjadi kabur.

Ia baru aku ingat kenapa aku terlantar di hospital, namun siapa yang membawaku tidak ku ketahui.

‘Nasib baik kita ikut Qay pergi ke rumah perempuan tu, kalau tak entah apa yang akan jadi pada menantu aku Mariam. Sanggup Amril buat macam ni pada isteri dia sendiri’ Ibu mertuaku masih dalam sendu sambil memeluk ibuku.

Oh, maksudnya keluargaku yang membawaku ke sini. Hmm, nak harapkan siapa lagi Qay? Suami kau? Suami yang memukul kau macam binatang kurap? Memikirkan hal itu, mataku bergenang. Melihat keadaanku yang berbalut, aku sudah tahu yang tangan kananku mesti dah patah.

‘Mama, Aimi macamana?’ walaupun sukar untukku bersuara, namun aku tetap gagahkan diriku.

‘Kenapa Qay nak tahu pasal perempuan tu? Sebab dialah Qay jadi macam ni’ bapa mertuaku yang diam sejak semalam mula berbicara.

‘Aimi kawan Qay papa’. Entah kenapa hatiku risaukan Aimi lebih dari diriku.

‘Amril bersamanya sekarang’ ayahku bersuara dingin. Memang siapa suka dengan perempuan yang telah mengakibatkan anak kesayangannya menjadi sebegini.

Tiba – tiba pintu bilikku dibuka dari luar. Abang Ril kelihatan sedih, matanya merah berair. Melihat keadaannya hatiku bertambah risau.

‘Aimi macamana bang?’

‘Dia nak jumpa kau’

8 comments:

  1. eeeiiiii pangai amril mcm syaitonn la..kaka hrp aimi tu meninggal biar padan muka ril...sambung lagik dik...makin bestt cite nih... agaknye pas nih mesti si qay lak kena jaga anak si aimi nih...

    ReplyDelete
  2. janganlah Qay balik pada Amril. Not worth it.

    ReplyDelete
  3. saya cuba sambung cepat dan panjang lepas ni ye..

    ReplyDelete
  4. salam dik..

    Membaca bab 1 - 4..membuiat akak tertanya tanya..kalaulah dia tidak bahgia dengan rumahtangga yg diciptakannya sendiri..mengapa perlu dirinya diperlakukan sebegitu kejam oleh seorg lelaki yg bergelar suami apatah lagi berpangkat sepupu dengannya..
    Kalaulah akak ditempatnya..akak akan berlalu pergi..memang cinta pertama amat sukar kita lupa dan hapuskan dari hati kita tetapi layakkah suami kita melakukan kita seperti kucing kurap dihina dicaci dan dilakukan seperti punching bag setiap kali melihat diri kita..memang Qay buat silap..tetapi wajarkah dia diperlakukan begitu..tidakkah ada sekelumit rasa dosa dan bersalah memperlakukan Qay sebegitu..kerana Qay tidak pernah mengeluh dan menahan perasaannya selama ini..bagi akak..cukuplah..cinta sebegini tidak membawa kemana..akak harap Qay minta dia dilepaskan agar dia boleh mencari kebahgian sendiri walaupun penceraian itu tidak digalakkan dalam islam..sudah sudahlah menyiksa diri..move on to a new phase in yr life..Qay tak rugi apa apa kalau berpisah kerana dirinya masih tidak disentuh oleh suaminya..sambung belajar ke luar negara kalau itu yg boleh membuat Qay melupakan kisah silamnya kerana familinya berkemampuan untuk membayar pembelajarannya..dan yg penting tiada suami..tiada Aimi yg akan mengingatkannya semula akan kesilapannya...
    Hopefully ada E3 lagi untuk merungkaikan kisah mereka bertiga ini..bagi akak..walaupun benci dengan apa yg Qay buat..kenapa tidak melepaskannya sahaja dengan cara baik dari mendera perasaan si Qay itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Ida. Mungkin sebab itu ibu Qay menyalahkan Qay. kerana ini semua masalah ni dicari oleh Qay sendiri. org tak sudi tapi dia terhegeh - hegeh.. Mungkin Qay lupa kalau ada jodoh walaupun Amril kahwin dengan sesiapa pun mesti dia akan kembali kepadanya. Namun kadang - kadang cinta membutakan kita kak Ida. Cinta telah membutakan Qay.. Walaupun dicaci oleh suami dan kawan merangkap madunya tetap mereka yang dicarinya. Nak kata naif, polos atau bodoh? entah. harap tiadalah kaum wanita seperti Qay di luar sana. apapun tunggu utk e3 seterusnya ye..

      Delete
  5. cam bodoh je si qay tu,ada ke pompuan mcm tu,dah sah2 laki tu x suka,mcm la laki tu baik sgt.klu baik tak pe jgk nak suka atau sayang kat laki dia tu,pas tu leh plk risau kat madu dia,lepas ni dah sah2 dia plk yg kena jg anak laki dia tu klu bini muda dia mggal,x ke bodoh tu

    ReplyDelete
  6. sedeh nye dek wat akk leleh baca n3 neh...tk mau lh dek qay terlalu pasrah cam tu!wat hati qay menolak jer suami yg brhati binatang cam tuh..please lh dek tk suke lh laki nyg tk berati perut cam tuh!!!ujud kn pasangan lain wat qay...tk best lh bile ade isteri terang2 perbodoh kn diri semata mata kerna cinta!kat suami yg akk rase elok lg binatang yg punya perasaan.maap lh dek mmg emo sesngt lh bile situasi cam neh walau pun hanya coretan pena...tp cam dpt rase kat jiwa akk dek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Norihan.. terharu dengan komen kak. sangat gembira bila dpt tahunyang akak dapat menjiwai cerita ni.. terima ksih sangat - sangat

      Delete