Followers

Wednesday 5 June 2013

BAB 9

MAAF LAMA SANGAT TIDAK UPDATE YE.. BZ SANGAT DENGAN DAN OTAK DAH TEPU SANGAT SANGAT... HARAP INI DAPAT MEMBERI SEDIKIT EKPUASAN WALAUPUN NAMPAK BORING SIKIT...


Aku merenung tajam angka – angka di depan mataku. Tiada satu pun yang masuk ke dalam fikiranku. Sejak dua minggu lepas, aku tidak lagi dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap kerja – kerjaku. Aku semakin resah memikirkan keadaan yang aku sekarang. Walaupun aku cuba mengelakkan diri dari memikirkan yang bukan – bukan dengan menyibukkan diri dengan pelbagai benda, aku masih tidak berjaya. Seperti sekarang, walaupun pandanganku ke arah monitor namun pemikiranku melayang. Melayang beribu batu tanpa sempadan untuk menyekatnya. Walaupun diasak oleh kak Mariam, Kak Wani tentang perubahanku sejak kebelakangan ini, namun hanya keluhan yang dapat aku lepaskan. Akhirnya mereka berpuashati dengan jawapan, aku sedang memikirkan tentang suamiku.

Namun kebenarannya jauh menyimpang.  Aku tidak dapat berhenti berfikir mengenai Encik Qayril. Kenapa harus begini? Kalau dia yang hadir dalam mimpi aku, kenapa perlu dia beristeri? Ataupun bukan dia yang hadir dalam mimpiku? Walaupun kelibatnya samar namun aku masih ingat suaranya itu. Suara yang sayu dan sedih dengan keadaanku. Suara itu seperti suara Encik Qayril, sama – sama mengambil berat tentangku. Takkan aku silap membuat tanggapan, bukankah dia untukku?

Sejak mengetahui Encik Qayril sudah beristeri, aku terumbang ambing dengan keputusan aku untuk berpisah dengan Abang Ril. Aku takut jika aku meminta cerai dari Abang Ril, perasaanku terhadap Encik Qayril akan bertambah kuat. Sekarang pun aku dah berdosa dengan memikirkan tentang lelaki lain walaupun aku masih isteri Abang Ril, aku tidak mahu menambahkan dosa lagi dengan mengganggu rumah tangga perempuan lain. Aku tidak mahu perempuan lain terdera seperti mana aku terdera semasa arwah Aimi ada. Ah arwah pula yang aku kaitkan. Maafkan aku Aimi, maafkan aku. Bunyi keluhan jelas kedengaran lagi dariku. Entah berapa kali aku dah keluh hari ini.

‘ Rina….?’

Aku yang terkejut dengan jeritan tidak dijangka itu terus berdiri seperti menyanyi lagu ‘Negaraku’ dan dengan kekalutan aku berdiri kerusiku terpelanting jauh. Adui memalukan betul. Satu office ketawakan kekalutan aku. Ini semua salah kak Wani lah ni.

‘Kak Wani, terkejut saya tadi. Nasib baik tiada sakit jantung, kalau tak akaklah yang kena bawa saya hospital tau. Bayar belanja hospital sekali’.

Walaupun aku separuh menjerit kerana geram dikejutkan begitu rupa,  namun hanya ketawa Kak Wani menjadi jawapan.

‘Kamu ni Rina, terlalu memikirkan pasal angka – angka tu sampai orang berdiri bertahun lama kat depan ni pun awak tak perasan. Kalau ye pun, slow – slowlah sikit, pakcik jual minyak tukan tak ada. Projek pun tak banyak. Awak tu relaklah sikit cik adik sayang oi.’ Kak Mariam yang datang menyampuk, kak Wani turut mengangguk sambil sengih.

Hmm.. mereka ingat aku kusyuk membuat kerja? Fuh nasib baik. Agaknya apalah reaksi mereka kalau mereka tahu aku sedang memikirkan tentang bos mereka.

‘Cakap pasal pak cik kita tu, ada apa – apa berita tentang dia tak Wani? Bila dia nak masuk kerja semula? Lama juga dia bercuti. Tak sanggup nak tinggalkan isteri ke?’
Hish kak Mariam ni, ingat mengambil berat tentang Encik Qayril namun sempat pula mengutuknya. Eh.. aku pula yang emo sekarang. Apalah nak jadi dengan aku ni. Sememangnya, cuti Encik Qayril yang sepatutnya seminggu sekarang sudah menjangkau dua minggu. Tiada siapa di office tahu kenapa Encik Qayril bercuti lebih dari yang sepatutnya. Kak Mariam sendiri kata, Encik Qayril tidak pernah bercuti panjang sebegini.

‘Entahlah kak, dia cuma bagitahu yang sehingga dia masuk kerja cancel semua appointment dia. Tak pula dia bagitahu bila nak masuk kerja. Mungkin masih tiada mood untuk bekerja kut. Ialah berhoneymoon ke Bali, siapa tak rasa seronok. Mungkin belum penat berhoneymoon kut, lalu cuti dipanjangkan.’ Jawapan kak Wani menyedarkan lamunanku. Hatiku menjadi sakit dengan andaian kak Wani.

‘Ialah isteri cantik macam tu siapa yang nak lepas. Lagi – lagi kahwin cinta, Wani .’ Kak Mariam yang menjawab Kak Wani terus menoleh ke arahku.

‘Awak nak tahu tak Rina, isteri Encik Qayril tu namanya Selina. Mereka dua ni kiranya kawan rapat sejak kecil. Lama – lama persahabatan mereka menjadi  percintaan. Yang peliknya dengar kata, Selina yang propose Encik Qayril. Memandangkan keluarga mereka pun saling mengenali percintaan mereka berakhir di jinjang pelamin 3 tahun lepas’. Kisah perkahwinan Encik Qayril yang dicanangkan oleh Kak Mariam mengejutkan aku.

‘Selina propose Encik Qayril?’ aku mengumam. Aku tidak sedar pula gumamanku kuat sampai boleh didengar oleh kak Wani dan kak Mariam.

‘ Betul tu Rina. Beranikan isteri Encik Qayril tu. Kalaulah saya tunggu bertahun – tahun pun entah berani nak luah atau tak. Malu satu keturunan kalau ditolak.’

‘ Tapi dia terima Kak Wani, maksudnya dia juga turut ada perasaan tu, mungkin Encik Qaril ni jenis pemalu untuk mengambil langkah pertama kut’ entah apa yang aku mula merepek.

‘ Siapa pemalu? Encik Qayril? Rina, dialah lelaki yang paling romantik yang saya pernah kenal tahu tak. Setiap kali isteri dia merajuk mesti nak pergi honeymoon. Kali ni pun mesti ada sesuatu berlaku sebab tu mereka pergi melancong. Encik Qayril selalu kata, melancong seperti ni akan melembutkan hati yang merajuk.  Best kan. Setiap kali merajuk dapat pergi melancong. Kalau saya jadi isteri Encik Qayril hari – hari saya merajuk tahu.’ Kak Wani menambah perisa sambil menidakkan andaianku.

‘ Apa yang kak cuba katakan? Kalau dia menjaga hati isteri dia, maksudnya dia cintakannya jugakan? Sebab tu dia terima lamaran isterinya dulu’ aku menyampuk untuk mendapatkan penjelasan.

‘Berkenaan itu, entahlah Rina. Kita tidak tahu hati manusia ni Rina. Selagi Encik Qayril sendiri membuka pekung di dadanya, kita tidak akan tahu apa yang ada di hatinya. Betul tak akak?’ kak Wani mengaju soalan kepada Kak Mariam seolah – olah meminta sokongan.
Aku yang mula tidak selesa dengan perbualan tentang rumahtangga Encik Qayril mula tenggelam dalam duniaku balik. Ini lebih baik dari mendera diri dengan mendengar alkisah Encik Qayril yang happy ever after itu.

@@@

‘Awal sangat balik?’
Aku yang sedang melangkah ke arah pintu rumah dengan langkah yang longlai terkejut dengan suara yang tiba – tiba kedengaran itu.

‘Awal apanya? Kan dah masuk waktu maghrib sekarang. Lambat sangat ni’. Aku yang terkejut melalut tanpa mengira siapa yang jerkahku tadi. Namun mengingatkan kembali yang tiada siapa di rumahnya suka berada di beranda waktu maghrib begini menakutkan aku.
Memanglah sekarang dah lepas waktu maghrib tapi bukanke awal sangat untuk hantu merayau ni. Itulah aku mengelamun sepanjang hari sampai dokumen yang simple tupun ambil masa yang lama untuk siap. Kan dah kena penangan hantu.

Aku yang masih dalam keadaan takut hanya menelan airliurku dan mempercepatkan langkahku.

‘Tahupun lambat. Tak reti nak bagi salam duluke sebelum masuk rumah. Ingat aku ni tembok ke apa?’ suara itu kembali menakutkan aku. Namun dengan sedikit kekuatan aku menoleh untuk mencari suara sumbang itu.

‘Lah Abang Ril rupanya. Ingatkan apa tadi.’ Terlepas satu keluhan berat apabila melihat suamiku ralit bermain dengan telefon bimbitnya di tepi kolam renang kami. Entahlah apa yang syok sangat dengan telefon itu, selagi ada kat rumah, tak boleh berenggang langsung dengan telefon tu.

‘kalau bukan aku, siapa lagi? Hantu?’ suara Abang Ril kedengaran sinis lagi.

‘hish abang ni. Kalau ye pun janganlah panggil dia waktu macam ni. Dahlah abang duduk luar waktu maghrib begini.’ Entah kenapa mulutku celupar hari ini.

‘awak fikir aku ni budak kecik ke nak takut dengan cerita hantu bagai’. Perhatiannya beralih ke arahku.

‘Abang tak takut takpelah, Tapi Qay takut. Sangat takut. Lebih – lebih kalau yang jenis dalam ‘The Ring’ tu. Mengerikan kan.’

‘hish bisinglah awak ni, masuk rumah.’ Abang Ril menghalauku masuk rumah.
Aku yang baru teringat, lari anak menaiki tangga, namun aku tergamam di pertengahan jalan. Betulke itu Abang Ril, kenapa dia mesra semacam je hari ni? Mesrake tu? Sememangnya ia lebih dari mencukupi untukku yang sentiasa berhadapan dengan Abang Ril yang garang dan pendiam. Pagi tadi pun dia senyap je. Takkan mood dia dah ok kut? ATAU itu…
Meremang bulu romaku mengingatkan tanggapan tak masuk akalku itu.

‘Apa lagi kamu duk congak kat tangga tu. Dah kena sampuk ke?’
Aku menoleh perlahan dan melihat Abang Ril masuk ke ruang tamu. Masih dengan baju dan seluar yang sama, maksudnya dia bukan ehemmmm.. agaknya betullah mood dia ok.

‘Saja je. Abang Ril papa dengan mama mana?’ tanyaku saja menghilangkan gugup.

‘Mereka pergi ke surau untuk sembahyang. Katanya lepas Isyak baru balik. Kenapa?’ Walaupun pandangannya tertancap ke arah televisyen, dia masih menjawab soalanku.

‘Saja. Je. Abang Ril dah sembahyang?’ aku saja ingin memanjangkan perbualan kami. Apa motif aku? Aku pun tak tahu.

‘Dah pun. Bukan macam kau. Melangut kat luar macam tiada suami atau rumah’. Kata – kata Abang Ril yang pedas itu membantutkan niatku untuk memanjangkan perbualan kami. Aku hanya menunduk dan masuk ke bilik.


6 comments:

  1. Lamer gler menunggu..akhirnya terbit juga...tq cik jeeta...
    Naper dgn abg rol tu tetibe jer cm baik lk...selalunyer marah2 jet....

    ReplyDelete
  2. lama nyer menyepi dek...thank but ciput lh dek...

    ReplyDelete
  3. Akhirnya... rasanya sesuatu berlaku pada Qayril dan Selina semasa bercuti. Mungkin ini adalah ujian mereka pula. Kalau dulu Rina beria-ia menyayangi Abg Rilnya walaupun cinta tidak berbalas namun tidak patut dia menaruh harapan pada Qayril yang telah beristeri. Hadapi dan segalanya dengan baik mana tau Abang Ril telah insaf.

    ReplyDelete
  4. ohsem laa .. plz publish more :D

    ReplyDelete
  5. Hi...sambunglah lagi dear tak sabar ni nak tau citer seterusnya...

    ReplyDelete