Followers

Wednesday 29 August 2012

Bab 1

 percubaan kedua saya.. tiada nama lagi... harap menjadi... so enjoy

“Hei Raff, wife awak dah balik dari Hong Kong ke belum?” Zickry kawan sekepala dengan Raff bertanya sambil menikmati ice blended caramel coffeenya.

“Belum” Raff yang enak menikmati ekpressonya memberi jawapan acuh tak acuh.

“ So malam ni onlah kan?” sekali lagi Zickry mencela ketenangan Raff menikmati minumannya.

Hanya anggukan yang menjadi jawapan untuk soalan Zickry.

“Maksudnya malam ini ada orang akan kena gol’lah ye?” Danny yang diam dari tadi membuka bicara sambil senyum penuh bermakna. Di pemikiran Danny terus terbayang Gina, yang sedang diusung oleh Raff ke sana sini sejak bertemu di Zouk beberapa hari yang lepas. Raff yang memahami maksud ‘gol’ yang disebut Danny tersengih.

“Tak semestinya dude, dia tu liat sikit, malaslah nak layan sangat. Awak pun tahu kan, saya tak suka layan sangat perempuan liat macam dia tu, bertimbun lagi perempuan yang nak perhatian saya.

“Come onlah Raff, Takkan awak nak give up kut? Ada ke perempuan yang tak nak dekat kau? Petik jari semua tersungkur. Dari minah mat salleh hingga minah mata sepet, semuanya jatuh ke pangkuan awak”. Zickry sengaja mempropaganda kemampuan Raff.

“Take it as a challenge man, macam nilah, kalau malam ni awak dapat ‘golkan’ dia, nanti saya akan kenalkan awak dengan model yang kita jumpa masa event wife awak. Awak sendiri pun teringin sangat dengan dia kan? Macam mana?” Danny menjungkitkan keningnya sebelah sebagai tanda mencabar Raff.
Raff yang mendengar kenyataan yang baru dikeluarkan oleh Danny lantas tersedak.

“Awak ni biar betul Danny? Macam mana awak dapat contact dia? Awak jangan kata, awak ada skandal dengan dia pula!” Suaranya jelas menunjukkan yang dia tidak puas hati sekiranya kawannya itu ada hubungan dengan model hot itu.

“Hish, high maintenancelah Raff, tak sesuai dengan saya. Sebenarnya, dia sedang buat foto shooting dengan kawan saya, so easylah saya nak kenalkan awak. So, how still on? Or you wanna give up bro? Once a life time offer.” Kening Danny dijungkitkan sekali lagi.

“ Of course on dude. Ini Rafflah pantang dicabar. Lagipun ganjarannya lumayan”. Terus lenggok manja model yang dia berkenalan semasa event Rita terpampang dalam mindanya. I’ll get you baby. Dia akan memastikan hari ni, Gina rebah di pangkuannya dan esok giliran model itu pula. ‘I love my life’… senyumannya melirik panjang tanpa mengira gelak ketawa kawan – kawannya yang bergema di Starbucks itu.

Monday 27 August 2012

percubaan kedua.....

"Zara Adawiyah binti Ahmad Zulkifli, aku ceraikan kau dengan talak satu" suara Asyraff Fawazz seperti guruh yang berdentum di cuping telinga Zara.

Dunia Zara berpusing - pusing. Matanya hangat. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Pandangannya menjadi kelam. Lututnya berketar. Dia terduduk sambil memegang lututnya.

Tanpa mempedulikan keadaan  Zara, Raff meninggalkan tempat itu dengan kereta Mazda RX8nya. Baginya sial yang membelenggunya telah pun disingkirkan.


                                                    

Monday 13 August 2012

cerpen pertamaku


hi kawan - kawan.. Saja nak try tulis cerpen pula kali ini... First time sampai tak tau sama ada ini cerpen atau mini novel.. panjang gila.. apa apa pun sila komen ye..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mama, Tolong! Danny Dah Jadi GAY!





‘Tengku Daniel Asyraff’ jeritan  Tan Sri Tengku Kamaruzaman pada oktaf tertinggi mampu menggegarkan rumah banglo 2 tingkat tetapi bukan hati Daniel yang merupakan anak tunggal antara magnet perniagaan terpenting di Malaysia.

‘Abang sabarlah Danielkan masih muda lagi’. Puan Sri Zuraida tersepit suami dan anak. Dia tidak tahu siapa yang dia patut sokong.

‘Zue, tengok anak kesayangan tu. Sanggup awak kata muda? Nak abang tunjuk sijil lahir dia ke? Dia tu dah 30 tahun Zue. Kawan dia tu, Si Adzfar dah kahwin ada anak seorang, isteri dia siap mengandung lagi. Boleh aje dia bahagia tetapi anak awak ni suruh kahwin tak nak kahwin. Kata tak jumpa yang serasi. Tapi lagaknya mengalahkan 'Mat Saleh'. Tiap – tiap hari bertukar pasangan. Balik awal dinihari. Bila tegur buat selamba badak aje dan awak suruh saya bersabar?’. Kemarahan Tan Sri Tengku Kamaruzaman telah meledak bah gunung berapi Krakatoa.

‘ Tapi papa Danny tak jumpa jodoh Danny lagi. Walaupun Danny berjoli sakan kerja Danny tetap tip topkan? Apa salahnya Danny bersuka ria untuk merehatkan minda Danny selepas penat bekerja?’ Tengku Daniel membela dirinya. Memang kerjanya sebagai Managing Director of Falcon Construction Pvt Ltd tidak pernah terjejas kerana kehidupan peribadinya. Gelaran 'playboy' yang ditujukan kepadanya tidak pernah diendahkannya malah berasa bangga dengannya. Dirinya mempunyai pakej yang lengkap yang menjadi magnet untuk menarik perempuan ke arahnya. Setiap perempuan yang melintasi akan menoleh kali kedua untuk melihatnya dan dia bangga dengan dirinya. Dia tidak pernah bersusah payah mengorat perempuan, hanya satu senyuman, satu ayat pujian dan satu jambangan ros, perempuan tersebut sudah dalam dalam dakapannya. As simple as that. Kalau ada yang menggelarkannya cara playboy dia kisah apa. Baginya dia hanya menjadi lelaki budiman yang melayan setiap wanita sebagai princess selagi dia ada disebelahnya.

‘Tengok tu, kita duk nasihat hingga kering air liur dia asyik termenung entah ke mana. Bilalah anak awak nak berubah Zue?’ Tan Sri Tengku Kamaruzaman geram dengan sikap tidak peduli yang ditunjuk oleh anaknya.

‘Danny tu anak abang juga bukan anak Zue sahaja. Asyik nak salahkan Zue sahaja kalau buat salah. Kalau baik jadi anak abang. Tak adil sungguh. Malaslah nak layan anak beranak ni’. Puan Sri Zuraida dengan muka geram beredar dari ruang makan itu.

‘Zue , Zue dah marah pula bini aku ni. Anak dah besar panjang sikap cepat merajuk dia ni tak pernah berubah.’ Tan Sri Tengku Kamaruzamaman menggelengkan kepalanya seraya bangun dari tempat duduk untuk memujuk isterinya yang merajuk.

And you young man this is all your fault’. Sempat Tan Sri Kamaruzaman menyalahkan Danny yang tersenyum melihat adegan boleh dikatakan romantik antara ibu dan ayahnya. ‘ And one more thing, petang nanti sepupu kamu, Mukhlis nak datang rumah. Dia akan tinggal di sini untuk sementara waktu so cancel all your unnecessary appointment in the evening. I want to see your face at home after we come from office. Understand Danny?’ Muka tegang Tan Sri Tengku Kamaruzaman.

‘Mukhlis? Sepupu? Sepupu mana pula ni? Danny tercongok di depan meja makan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Papa mana sepupu yang papa bagitau pagi tadi. Lambat lagi ke? Kalau lambat Danny nak keluar dululah.’

‘Sabarlah Danny, kata mak cik kamu tu Mukhlis tu datang dari Penang naik motor. Bukannya dekat jarak Penang dengan KL ni’. Lagi satu, bukankah papa dah kata batalkan semua appointment kamu tu.’

‘Papa hanya kata batalkan unnecessary appointments papa. Yang Danny nak pergi sekarang adalah very very important appointment.’

‘Danny ingat papa tak tau ke yang Danny nak jumpa si Rosie anak Datuk Ismail tu. Dia tu kan appointment penting Danny?. Tan Sri Tengku Kamaruzaman sememangnya keep on track semua aktiviti anaknya sejak kebelakangan ini. Sikap Danny yang keterlaluan menyebabkan dia terpaksa membuat begitu untuk mengelakkan dia membuat sesuatu yang memalukan keluarganya.

‘Papa pasang spy untuk mengekori pergerakan Danny?. Dia sememangnya terkejut dengan kenyataan ayahnya. Perbuatan ayahnya seperti membelenggu kebebasannya. Dia bukan budak kecil untuk sentiasa diperhatikan. Dia ada kehidupan sosialnya yang sendiri. Sebelum dia membuka mulut untuk bertanya lebih mengenai perkara tadi, kedengaran bunyi motosikal yang kuat dari luar pagar. Bunyi enjin motor diselangi dengan bunyi hon yang membingitkan membawa semua penghuni banglo itu  ke perkarangan untuk melihat gerangan yang datang itu.
Apabila pintu pagar automatic itu terbuka, terpampang sebuah motosikal berkuasa tinggi Yamaha R1 putih memasuki perkarangan banglo itu. Selepas mematikan enjin, empunya motor itu menurun dan berjalan menuju mereka. ‘Dia nikah Mukhlis?’ sempat Danny mengomel.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 
Hei bro, what’s up? Awat you ni suka sangat mengelat setiap kali kita bertembung ah? You tak suka I duduk sini ke?. Sememangnya sejak Mukhlis datang Danny cuba mengelak dari bersua muka dengan sepupunya itu. Dia tidak berasa selesa untuk berada dekat dengan sepupunya yang baru berumur 23 tahun itu. Dia sendiri tidak tahu sebabnya. Mungkin sebab perwatakan lelaki itu lebih jauh ragged daripadanya. Dia merasakan yang dirinya kelihatan tua bila bersebelahan dengan dia ni. Lebih – lebih mamanya sendiri telah memberitahu yang Mukhlis nampak lebih handsome dan sweet berbandingnya. Ego lelakinya terasa tercabar. Perkara yang paling dia tidak suka adalah Muklis kelihatan lebih tinggi berbanding dengannya. Sakit sungguh hatinya.

‘Tak ada apa. Saya busy sangat sebab tu tak dapat sembang dengan awak.’ Danny memberi alasan.

‘Hmmm, ok. Hari ni Sunday kan. You free tak sekarang?

‘Kenapa?

‘Jom keluar meronda. I bosanlah duduk terperap kat rumah.’

‘Yelah Danny, kesian Mukhlis. Sejak datang sini tak pernah keluar pun. Bawa dia pergi bersiar- siar. Papa pun ada suruh mama bagitahu dekat Danny sebelum dia keluar bermain golf tadi’. Puan Sri Zuraida entah dari mana tiba- tiba menyampuk perbualan mereka.

‘Bestlah auntie ni’. Seraya itu Mukhlis mencium pipi Puan Sri Zuraida. Danny berdengus dengan kuat. Dia cemburu dengan kemesraan Mukhlis dengan ibunya. Mengada betul. Dahlah muka hampir  - hampir macam muka perempuan ada hati nak lawan macho dengannya. Tetapi arahan papanya memang tidak dapat ditolaknya. Mahu tak mahu dia terpaksa mengikut ‘mamat gedik’ ni. Semakin hendak menjauhi semakin dekat pula dia ni.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mid Valley menjadi tumpuan Danny hari itupun sebab mamat disebelahnya itu. ‘Dia ni mengalahkan perempuanlah bab shopping ni’. Danny mengumpat Mukhlis yang sibuk membelek pakaian wanita.

‘ Hoi Mukhlis yang awak dok belek baju pompuan ni apahal?’

‘Alah rileks lah bro, I nak pilih baju untuk girlfriend dan adik I ni. Mata  Mukhlis masih menscan baju – baju di hadapan di salah sebuah kedai.

‘Adik? Adik yang mana pula ye? Munira ke?, Cakap pasal Munira, mana dia? Dia tak datang sama ke? Soalannya tidak terluah langsung. Ingatannya kembali ke zaman remajanya. Setiap kali balik Pulau Pinang untuk melawat arwah neneknya yang tinggal bersama pak ciknya, Muniralah yang menjadi teman bualnya. Munira hanya muda setahun dari Mukhlis. Munira selalu ingin bermesra dan bermain dengannya kerana Mukhlis dan dia tidak sebulu. Walaupun begitu dia selalu membulinya bersama Mukhlis.

‘Ok dah beli dah jom bro’.

‘Aik bila masa pula mamat ni membayar. Apa yang dibelinya?’. Danny hanya bermonolog sambil membuntuti Mukhlis.

‘Bro, I laparlah jom pi makan.’

‘Awak nak makan apa?’

‘Apa – apa aje asalkan you belanja.’ Mukhlis tersengih.

‘Kalau macam jom makan pizza’.

 ‘Ok, no probs bro’.

Dia ni. Ingat kau ni mat salleh. Tak habis – habis dengan cakap omputih nya. Jangan ingat aku diam aku, tak tau apa – apa. Ini Tengku Daniel Asyarafflah graduated from Oxford University. Daniel tak habis – habis mengumpat Mukhlis dalam hatinya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Dahlah bro jom balik, I letihlah'.

'Memang patut pun letih bershopping sakan'

Di parking lot, Danny masih membuntuti Mukhlis yang menuju tempat di mana motor R1nya diparkir. Alamak, terlupa pula yang tadi naik motor dengan dia ni. Dia ni mat rempit sungguh. Naik dengan dia ni boleh tercabut nyawa. Itu satu hal. Hilang machonya terus kerana terpaksa membonceng budak hingusan itu. Salahnya juga kerana tak pernah belajar untuk menunggang motor. Dia lebih suka memandu kereta dari menunggang motor. Sebab tu, dia tidak mengambil lesen motorsikal pun

 

Keluar dari parking lot, Mukhlis berhentikan motornya. ‘Bro tunggu sat ye’. Daniel terpinga  -pinga dengan perbuatan Mukhlis yang tidak dijangka. Mukhlis menuju ke arah seorang ibu yang sedang memegang anaknya di perhentian bas. Tidak semena dia memberi senyuman kepada ibu budak kecil itu dan senyumannya dibalas oleh ibu itu. Danny melihat Mukhlis sedang bercakap sesuatu kepada perempuan itu yang menyebabkan perempuan itu tersenyum malu.

‘Adoi, dia ni, mat bunga sungguh’. Dia rasa dirinya bersaing dengan Mukhlis yang tak seberapa itu. Dia melihat Mukhlis mencangkung ke arah budak kecil itu dan mula mengacahnya. Budak itu pun tergelak dengan layanan Mukhlis.

Danny yang melihat mimik muka Mukhlis tersenyum tanpa sedar. ‘Comel juga dia ni. Danny apa yang kamu merepek ni. Dia tu lelakilah. Mana boleh comel. Sedar sikit Danny.’ Danny berperang dengan perasaannya. Mukhlis yang puas hati, berjalan balik menuju ke arah Danny sambil tersenyum. Di kala itu, lesung pipi milik Mukhlis kelihatan sungguh mempersonakan untuk Danny. Mukhlis yang menghampiri Danny terus mencubit kedua – dua belah pipinya sambil berkata ‘ Bro you pun comel macam budak tu jugalah’. Degupan jantung Danny mula hilang rentaknya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Hello abang, abang kat mana ni?’

‘Adik, abang kat Munich ni.’

‘Bila abang balik?

‘Dalam seminggu lagi.’

‘Abang cepatlah balik. Adik takutlah. Apa akan jadi kalau mak cik Zue dan pak cik Zam dapat tahu kebenaran?’

‘Adik jangan risau. Biar abang balik dulu. Nanti kita bincang bersama pak cik dan mak cik.  Kalau adik bercakap sekarang kat mereka tentu mereka akan beritahu papa dan mama. Adik pun tahu kan papa dan mama tak suka abang buat macam ni’.

‘ Tapi abang’

‘Adik, adik jangan takutlah. Tunggu abang ye. Bye. Abang sayang adik tau’.

‘Adik pun’.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Mama… mama…’ Danny melaung nama mamanya sambil masuk ke dapur.

‘Hai bro baru balik… Auntie tak delah, dia keluar bersama uncle. You nak makan apa –apa ke? I boleh masakkan?’

‘Apa? Awak boleh masak? Biar betul.’ Danny tersenyum sumbing dengan bicara Mukhlis.

‘Apa salahnya kalau tahu memasak. Nanti kalau girlfriend atau isteri I tak boleh memasak I boleh masakkan untuk dia, mesti dia bertambah sayang kat I. Ok apa…’

Mendengar penjelasan Mukhlis, hati Danny tersentak. Dia rasa nafasnya tersepit. Hatinya sedih. Kenapa dia pun tidak tahu. Sememangnya dia cemburu mendengarnya. ‘ Ah, lelaki lembut macam awak ada girlfriend ke?’

‘Bro, pompuan masa sekarang nak lelaki yang delicate, soft and gentle untuk menjaga mereka, mencintai mereka. Bukannya lelaki kasar macam pengusti WWF.

‘Yelah tu’. Danny yang ingin melangkah keluar dari dapur tidak semena – mena tersadung dengan kain pengelap kaki. Dalam usaha memegang sesuatu, dia tertarik sekali Mukhlis bersamanya dan ‘pomp’.
Danny terjatuh atas Mukhlis dan kerusi atas Daniel. Malangnya bukan itu sahaja yang berlaku. Kesakitan yang dialami kerana terhempap kerusi tidak dapat mengatasi keterharuan kerana sedang mencium Mukhlis. Mata galak milik Mukhlis sedang memanah tajam Danny sedangkan pipinya sudah pun merah seperi buah tomato. Walaupun banyak kali mencuba untuk bangun, kesakitannya di belakangnya terus menyerang dan dia terhempap sekali lagi dan mencium Mukhlis. Sedaya upaya Danny mengalihkan badannya dari menindih badan Mukhlis. Mukhlis yang terkejut terus berlari ke biliknya. Hanya Danny yang terkebil – kebil di tempat duduknya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Tidakkkkkk…. Aku bukan gay… aku tidak akan suka pada lelaki…. Aku tidak sama sekali akan suka pada Mukhlis. Tidak…’.  Danny meraup mukanya berkali – kali. Walapun apa pun dibuatnya wajah itu tetap terbayang di tubir matanya. Dia tidak sanggup lagi menghadapinya. Dia tidak melupakan seraut wajahnya. Dia menyesali hakikat hatinya terpaut kaum sejenisnya. Dia serabut. Hidupnya serabut sejak kehadiran Mukhlis dalam hidupnya. Air matanya menitis tanpa berhenti. Dia tidak dapat menghentikannya walau bagaimana dia cuba pun.

 Walaupun cuba beribu kali untuk melupakan kelembutan bibir yang diciumnya. Dia masih belum bisa melakukannya. Dia masih dapat merasa lekuk badan Mukhlis melekat dibadannya semasa menindik badan Mukhlis.

Mama tolong Danny!... Danny dah menjadi gay. Tidak… Mama dan papanya tidak mungkin akan menerima hakikat yang anak tunggal mereka menyukai kaum sejenisnya. TIDAK>>>>>
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Maaf pak cik Zam, mak cik Zue, Abang Danny, Mukhlis bersalah. Mukhlis yang meminta adik mengantikan Mukhlis untuk 2 minggu ini sehingga Mukhlis habis membuat persembahan di Munich. Mak dengan ayah tidak merestui penglibatan Mukhlis dalam bidang nyanyian sebab itu Mukhlis terpaksa berbuat begini.

‘Kalau awak Mukhlis, siapa yang ada bersama kami selama 2 minggu ini?’ Danny bertanya dengan debaran di hati.

‘Munira’.

‘Apa?’ Jelas kelihatan riak terkejut di muka penghuni banglo itu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perkahwinan Tengku Daniel Asyraff dan Tengku Munira Surihani berlangsung dengan penuh meriah. Malam itu, di kamar pengantin, Danny memandang isteri tercintanya dengan penuh kasih.

‘Kenapa abang melihat Ira macam tu? Seramlah Ira’.

‘Seram ye, abang lagi seram tau tak. Abang ingat abang dah jadi senget  dan suka kepada kaum abang sendiri. Nasib baik Tuhan sangat menyayangi abang, Ira yang abang anggap lelaki ini sememangnya perempuan yang paling cantik yang abang pernah jumpa’. Seraya itu tangan Danny mula merayap di pipi Munira.

‘Mesti abang sedih sangat bila abang fikir abang jatuh cinta pada lelaki kan?. Seperti dipukau Danny menganggukkan kepalanya.

‘tetapi abang dapat rasakan sesuatu yang pelik tentang sayang pada hari kita jatuh di dapur’.

‘Ye ke? Apa dia?’

‘Bibir sayang.. ia terlalu lembut dan ranum untuk menjadi bibir lelaki, dan…’. Sambil itu, jarinya bermain – main dibibir Munira.

‘dan…’

‘dan… sebab sayang ada dua itu..’

‘itu’?

‘itu…’seraya itu mata Danny mencerlung ke arah dada Munira yang membukit.

‘Abang ni… jahatlah…. ‘ Munira memukul manja dada bidang Danny.

‘Yeke, abang belum pun tunjuk lagi kejahatan sebenar abang’. Lalu dia menolak Muniora atas katil sambil menindihnya. Tiba – tiba dia mengangkat mukanya melihat muka Munira.

‘Just one thing. No motor for you’. Pengalaman naik motor bersama isterinya tertayar di tubir matanya. Mati hidup balik pun dia tidak akan membenarkan isterinya menunggang motor lagi.

 ‘Abang takut naik motor ye’

‘Abang tak takut naik motor. Tapi takut naik motor dengan sayang. Kalah mat rempit di tangan sayang’.
Ketawa pengantin baru itu bergema di bilik itu. Danial gembira, dia bukan gay.




Monday 6 August 2012

fast forward

'Kenapa kenapa Harry, kenapa kau menjadi penghalang antara aku dan Sam... Sam isteri aku... dia milik aku... Kau hanya bayang - bayang..... Saya benci kau Harry.....Sebab kau dia meninggalkan aku... kenapaaaaaaaa.... Ziq menjerit. Bergegar bilik tidurnya. Dirinya kusut. Firkirannya kusut. Sam telah meninggalkannya. meninggalkannya tanpa sebarang berita. Air mata lelakinya menitis kerana Sam. Sam yang memenuhi dirinya.