hi kawan - kawan.. Saja nak try tulis cerpen pula kali ini... First time sampai tak tau sama ada ini cerpen atau mini novel.. panjang gila.. apa apa pun sila komen ye..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mama, Tolong! Danny Dah Jadi GAY!
‘Tengku Daniel Asyraff’ jeritan Tan Sri Tengku Kamaruzaman pada oktaf
tertinggi mampu menggegarkan rumah banglo 2 tingkat tetapi bukan hati Daniel
yang merupakan anak tunggal antara magnet perniagaan terpenting di Malaysia.
‘Abang sabarlah Danielkan masih muda lagi’. Puan Sri Zuraida
tersepit suami dan anak. Dia tidak tahu siapa yang dia patut sokong.
‘Zue, tengok anak kesayangan tu. Sanggup awak kata muda? Nak abang tunjuk sijil lahir dia ke? Dia tu dah 30 tahun Zue. Kawan dia tu, Si Adzfar
dah kahwin ada anak seorang, isteri dia
siap mengandung lagi. Boleh aje dia bahagia tetapi anak awak ni suruh kahwin tak nak
kahwin. Kata tak jumpa yang serasi. Tapi lagaknya mengalahkan 'Mat Saleh'.
Tiap – tiap hari bertukar pasangan. Balik awal dinihari. Bila tegur buat
selamba badak aje dan awak suruh saya bersabar?’. Kemarahan Tan Sri Tengku
Kamaruzaman telah meledak bah gunung berapi Krakatoa.
‘ Tapi papa Danny tak jumpa jodoh Danny lagi. Walaupun Danny
berjoli sakan kerja Danny tetap tip topkan? Apa salahnya Danny bersuka ria
untuk merehatkan minda Danny selepas penat bekerja?’ Tengku Daniel membela
dirinya. Memang kerjanya sebagai Managing
Director of Falcon Construction Pvt Ltd tidak pernah terjejas kerana kehidupan
peribadinya. Gelaran 'playboy' yang
ditujukan kepadanya tidak pernah diendahkannya malah berasa bangga dengannya.
Dirinya mempunyai pakej yang lengkap yang menjadi magnet untuk menarik
perempuan ke arahnya. Setiap perempuan yang melintasi akan menoleh kali kedua
untuk melihatnya dan dia bangga dengan dirinya. Dia tidak pernah bersusah payah
mengorat perempuan, hanya satu senyuman, satu ayat pujian dan satu jambangan
ros, perempuan tersebut sudah dalam dalam dakapannya. As simple as that. Kalau ada yang menggelarkannya cara playboy dia
kisah apa. Baginya dia hanya menjadi lelaki budiman yang melayan setiap wanita
sebagai princess selagi dia ada
disebelahnya.
‘Tengok tu, kita duk nasihat hingga kering air liur dia asyik
termenung entah ke mana. Bilalah anak awak nak berubah Zue?’ Tan Sri Tengku
Kamaruzaman geram dengan sikap tidak peduli yang ditunjuk oleh anaknya.
‘Danny tu anak abang juga bukan anak Zue sahaja. Asyik nak
salahkan Zue sahaja kalau buat salah. Kalau baik jadi anak abang. Tak adil
sungguh. Malaslah nak layan anak beranak ni’. Puan Sri Zuraida dengan muka geram
beredar dari ruang makan itu.
‘Zue , Zue dah marah pula bini aku ni. Anak dah besar
panjang sikap cepat merajuk dia ni tak pernah berubah.’ Tan Sri Tengku
Kamaruzamaman menggelengkan kepalanya seraya bangun dari tempat duduk untuk memujuk
isterinya yang merajuk.
‘And you young man
this is all your fault’. Sempat
Tan Sri Kamaruzaman menyalahkan Danny yang tersenyum melihat adegan boleh
dikatakan romantik antara ibu dan ayahnya. ‘ And one more thing, petang nanti sepupu kamu, Mukhlis nak datang
rumah. Dia akan tinggal di sini untuk sementara waktu so cancel all your unnecessary appointment in the evening. I want to
see your face at home after we come from office. Understand Danny?’ Muka tegang
Tan Sri Tengku Kamaruzaman.
‘Mukhlis? Sepupu? Sepupu mana pula ni? Danny tercongok di
depan meja makan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Papa mana sepupu yang papa bagitau pagi tadi. Lambat lagi
ke? Kalau lambat Danny nak keluar dululah.’
‘Sabarlah Danny, kata mak cik kamu tu Mukhlis tu datang dari
Penang naik motor. Bukannya dekat jarak Penang dengan KL ni’. Lagi satu, bukankah
papa dah kata batalkan semua appointment kamu tu.’
‘Papa hanya kata batalkan unnecessary appointments papa. Yang Danny nak pergi sekarang adalah
very very important appointment.’
‘Danny ingat papa tak tau ke yang Danny nak jumpa si Rosie
anak Datuk Ismail tu. Dia tu kan appointment
penting Danny?. Tan Sri Tengku Kamaruzaman sememangnya keep on track semua aktiviti anaknya sejak kebelakangan ini. Sikap
Danny yang keterlaluan menyebabkan dia terpaksa membuat begitu untuk
mengelakkan dia membuat sesuatu yang memalukan keluarganya.
‘Papa pasang spy untuk
mengekori pergerakan Danny?. Dia sememangnya terkejut dengan kenyataan ayahnya.
Perbuatan ayahnya seperti membelenggu kebebasannya. Dia bukan budak kecil untuk
sentiasa diperhatikan. Dia ada kehidupan sosialnya yang sendiri. Sebelum dia
membuka mulut untuk bertanya lebih mengenai perkara tadi, kedengaran bunyi
motosikal yang kuat dari luar pagar. Bunyi enjin motor diselangi dengan bunyi
hon yang membingitkan membawa semua penghuni banglo itu ke perkarangan untuk melihat gerangan yang
datang itu.
Apabila pintu pagar automatic itu terbuka, terpampang sebuah
motosikal berkuasa tinggi Yamaha R1 putih memasuki perkarangan banglo itu. Selepas mematikan enjin, empunya motor
itu menurun dan berjalan menuju mereka. ‘Dia nikah Mukhlis?’ sempat Danny
mengomel.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Hei bro, what’s up?
Awat you ni suka sangat mengelat setiap kali kita bertembung ah? You tak suka I
duduk sini ke?. Sememangnya sejak Mukhlis datang Danny cuba mengelak dari bersua
muka dengan sepupunya itu. Dia tidak berasa selesa untuk berada dekat dengan
sepupunya yang baru berumur 23 tahun itu. Dia sendiri tidak tahu sebabnya.
Mungkin sebab perwatakan lelaki itu lebih jauh ragged daripadanya. Dia merasakan yang dirinya kelihatan tua bila bersebelahan
dengan dia ni. Lebih – lebih mamanya sendiri telah memberitahu yang Mukhlis nampak
lebih handsome dan sweet berbandingnya. Ego lelakinya
terasa tercabar. Perkara yang paling dia tidak suka adalah Muklis kelihatan
lebih tinggi berbanding dengannya. Sakit sungguh hatinya.
‘Tak ada apa. Saya busy
sangat sebab tu tak dapat sembang dengan awak.’ Danny memberi alasan.
‘Hmmm, ok. Hari ni Sunday kan. You free tak sekarang?
‘Kenapa?
‘Jom keluar meronda. I bosanlah duduk terperap kat rumah.’
‘Yelah Danny, kesian Mukhlis. Sejak datang sini tak pernah
keluar pun. Bawa dia pergi bersiar- siar. Papa pun ada suruh mama bagitahu
dekat Danny sebelum dia keluar bermain golf tadi’. Puan Sri Zuraida entah dari
mana tiba- tiba menyampuk perbualan mereka.
‘Bestlah auntie ni’. Seraya itu Mukhlis mencium pipi Puan Sri
Zuraida. Danny berdengus dengan kuat. Dia cemburu dengan kemesraan Mukhlis
dengan ibunya. Mengada betul. Dahlah muka hampir - hampir macam muka perempuan ada hati nak
lawan macho dengannya. Tetapi arahan papanya memang tidak dapat ditolaknya. Mahu
tak mahu dia terpaksa mengikut ‘mamat gedik’ ni. Semakin hendak menjauhi
semakin dekat pula dia ni.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mid Valley menjadi tumpuan Danny hari itupun sebab mamat
disebelahnya itu. ‘Dia ni mengalahkan perempuanlah bab shopping ni’. Danny
mengumpat Mukhlis yang sibuk membelek pakaian wanita.
‘ Hoi Mukhlis yang awak dok belek baju pompuan ni apahal?’
‘Alah rileks lah bro, I nak pilih baju untuk girlfriend dan adik I ni. Mata Mukhlis masih menscan baju – baju di hadapan
di salah sebuah kedai.
‘Adik? Adik yang mana pula ye? Munira ke?, Cakap pasal Munira,
mana dia? Dia tak datang sama ke? Soalannya tidak terluah langsung. Ingatannya
kembali ke zaman remajanya. Setiap kali balik Pulau Pinang untuk melawat arwah
neneknya yang tinggal bersama pak ciknya, Muniralah yang menjadi teman bualnya.
Munira hanya muda setahun dari Mukhlis. Munira selalu ingin bermesra dan
bermain dengannya kerana Mukhlis dan dia tidak sebulu. Walaupun begitu dia
selalu membulinya bersama Mukhlis.
‘Ok dah beli dah jom bro’.
‘Aik bila masa pula mamat ni membayar. Apa yang dibelinya?’.
Danny hanya bermonolog sambil membuntuti Mukhlis.
‘Bro, I laparlah jom pi makan.’
‘Awak nak makan apa?’
‘Apa – apa aje asalkan you belanja.’ Mukhlis tersengih.
‘Kalau macam jom makan pizza’.
‘Ok, no probs bro’.
Dia ni. Ingat kau ni mat salleh. Tak habis – habis dengan
cakap omputih nya. Jangan ingat aku diam aku, tak tau apa – apa. Ini Tengku
Daniel Asyarafflah graduated from Oxford University. Daniel tak
habis – habis mengumpat Mukhlis dalam hatinya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Dahlah bro jom balik, I letihlah'.
'Memang patut pun letih bershopping sakan'
Di parking lot, Danny masih membuntuti Mukhlis yang menuju tempat di mana motor R1nya diparkir. Alamak, terlupa pula yang tadi naik motor dengan dia ni. Dia ni mat rempit sungguh. Naik dengan dia ni boleh tercabut nyawa. Itu satu hal. Hilang machonya terus kerana terpaksa membonceng budak hingusan itu. Salahnya juga kerana tak pernah belajar untuk menunggang motor. Dia lebih suka memandu kereta dari menunggang motor. Sebab tu, dia tidak mengambil lesen motorsikal pun
'Memang patut pun letih bershopping sakan'
Di parking lot, Danny masih membuntuti Mukhlis yang menuju tempat di mana motor R1nya diparkir. Alamak, terlupa pula yang tadi naik motor dengan dia ni. Dia ni mat rempit sungguh. Naik dengan dia ni boleh tercabut nyawa. Itu satu hal. Hilang machonya terus kerana terpaksa membonceng budak hingusan itu. Salahnya juga kerana tak pernah belajar untuk menunggang motor. Dia lebih suka memandu kereta dari menunggang motor. Sebab tu, dia tidak mengambil lesen motorsikal pun
Keluar dari parking lot, Mukhlis berhentikan motornya. ‘Bro
tunggu sat ye’. Daniel terpinga -pinga
dengan perbuatan Mukhlis yang tidak dijangka. Mukhlis menuju ke arah seorang
ibu yang sedang memegang anaknya di perhentian bas. Tidak semena dia memberi
senyuman kepada ibu budak kecil itu dan senyumannya dibalas oleh ibu itu. Danny
melihat Mukhlis sedang bercakap sesuatu kepada perempuan itu yang menyebabkan
perempuan itu tersenyum malu.
‘Adoi, dia ni, mat bunga sungguh’. Dia rasa dirinya bersaing
dengan Mukhlis yang tak seberapa itu. Dia melihat Mukhlis mencangkung ke arah budak
kecil itu dan mula mengacahnya. Budak itu pun tergelak dengan layanan Mukhlis.
Danny yang melihat mimik muka Mukhlis tersenyum tanpa sedar.
‘Comel juga dia ni. Danny apa yang kamu merepek ni. Dia tu lelakilah. Mana boleh
comel. Sedar sikit Danny.’ Danny berperang dengan perasaannya. Mukhlis yang
puas hati, berjalan balik menuju ke arah Danny sambil tersenyum. Di kala itu,
lesung pipi milik Mukhlis kelihatan sungguh mempersonakan untuk Danny. Mukhlis
yang menghampiri Danny terus mencubit kedua – dua belah pipinya sambil berkata ‘
Bro you pun comel macam budak tu jugalah’. Degupan jantung Danny mula hilang
rentaknya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Hello abang, abang kat mana ni?’
‘Adik, abang kat Munich ni.’
‘Bila abang balik?
‘Dalam seminggu lagi.’
‘Abang cepatlah balik. Adik takutlah. Apa akan jadi kalau
mak cik Zue dan pak cik Zam dapat tahu kebenaran?’
‘Adik jangan risau. Biar abang balik dulu. Nanti kita
bincang bersama pak cik dan mak cik.
Kalau adik bercakap sekarang kat mereka tentu mereka akan beritahu papa
dan mama. Adik pun tahu kan papa dan mama tak suka abang buat macam ni’.
‘ Tapi abang’
‘Adik, adik jangan takutlah. Tunggu abang ye. Bye. Abang
sayang adik tau’.
‘Adik pun’.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Mama… mama…’ Danny melaung nama mamanya sambil masuk ke
dapur.
‘Hai bro baru balik… Auntie tak delah, dia keluar bersama
uncle. You nak makan apa –apa ke? I boleh masakkan?’
‘Apa? Awak boleh masak? Biar betul.’ Danny tersenyum sumbing
dengan bicara Mukhlis.
‘Apa salahnya kalau tahu memasak. Nanti kalau girlfriend
atau isteri I tak boleh memasak I boleh masakkan untuk dia, mesti dia bertambah
sayang kat I. Ok apa…’
Mendengar penjelasan Mukhlis, hati Danny tersentak. Dia rasa
nafasnya tersepit. Hatinya sedih. Kenapa dia pun tidak tahu. Sememangnya dia
cemburu mendengarnya. ‘ Ah, lelaki lembut macam awak ada girlfriend ke?’
‘Bro, pompuan masa sekarang nak lelaki yang delicate, soft and gentle
untuk menjaga mereka, mencintai mereka. Bukannya lelaki kasar macam pengusti
WWF.
‘Yelah tu’. Danny yang ingin melangkah keluar dari dapur
tidak semena – mena tersadung dengan kain pengelap kaki. Dalam usaha memegang
sesuatu, dia tertarik sekali Mukhlis bersamanya dan ‘pomp’.
Danny terjatuh atas Mukhlis dan kerusi atas Daniel.
Malangnya bukan itu sahaja yang berlaku. Kesakitan yang dialami kerana
terhempap kerusi tidak dapat mengatasi keterharuan kerana sedang mencium
Mukhlis. Mata galak milik Mukhlis sedang memanah tajam Danny sedangkan pipinya
sudah pun merah seperi buah tomato. Walaupun banyak kali mencuba untuk bangun,
kesakitannya di belakangnya terus menyerang dan dia terhempap sekali lagi dan
mencium Mukhlis. Sedaya upaya Danny mengalihkan badannya dari menindih badan
Mukhlis. Mukhlis yang terkejut terus berlari ke biliknya. Hanya Danny yang
terkebil – kebil di tempat duduknya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Tidakkkkkk…. Aku bukan gay… aku tidak akan suka pada lelaki….
Aku tidak sama sekali akan suka pada Mukhlis. Tidak…’. Danny meraup mukanya berkali – kali. Walapun
apa pun dibuatnya wajah itu tetap terbayang di tubir matanya. Dia tidak sanggup
lagi menghadapinya. Dia tidak melupakan seraut wajahnya. Dia menyesali hakikat
hatinya terpaut kaum sejenisnya. Dia serabut. Hidupnya serabut sejak kehadiran
Mukhlis dalam hidupnya. Air matanya menitis tanpa berhenti. Dia tidak dapat
menghentikannya walau bagaimana dia cuba pun.
Walaupun cuba beribu
kali untuk melupakan kelembutan bibir yang diciumnya. Dia masih belum bisa
melakukannya. Dia masih dapat merasa lekuk badan Mukhlis melekat dibadannya
semasa menindik badan Mukhlis.
Mama tolong Danny!... Danny dah menjadi gay. Tidak… Mama dan
papanya tidak mungkin akan menerima hakikat yang anak tunggal mereka menyukai
kaum sejenisnya. TIDAK>>>>>
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Maaf pak cik Zam, mak cik Zue, Abang Danny, Mukhlis
bersalah. Mukhlis yang meminta adik mengantikan Mukhlis untuk 2 minggu ini
sehingga Mukhlis habis membuat persembahan di Munich. Mak dengan ayah tidak
merestui penglibatan Mukhlis dalam bidang nyanyian sebab itu Mukhlis terpaksa
berbuat begini.
‘Kalau awak Mukhlis, siapa yang ada bersama kami selama 2
minggu ini?’ Danny bertanya dengan debaran di hati.
‘Munira’.
‘Apa?’ Jelas kelihatan riak terkejut di muka penghuni banglo
itu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkahwinan Tengku Daniel Asyraff dan Tengku Munira Surihani
berlangsung dengan penuh meriah. Malam itu, di kamar pengantin, Danny memandang
isteri tercintanya dengan penuh kasih.
‘Kenapa abang melihat Ira macam tu? Seramlah Ira’.
‘Seram ye, abang lagi seram tau tak. Abang ingat abang dah
jadi senget dan suka kepada kaum abang sendiri. Nasib baik Tuhan sangat menyayangi
abang, Ira yang abang anggap lelaki ini sememangnya perempuan yang paling
cantik yang abang pernah jumpa’. Seraya itu tangan Danny mula merayap di pipi
Munira.
‘Mesti abang sedih sangat bila abang fikir abang jatuh cinta
pada lelaki kan?. Seperti dipukau Danny menganggukkan kepalanya.
‘tetapi abang dapat rasakan sesuatu yang pelik tentang sayang
pada hari kita jatuh di dapur’.
‘Ye ke? Apa dia?’
‘Bibir sayang.. ia terlalu lembut dan ranum untuk menjadi
bibir lelaki, dan…’. Sambil itu, jarinya bermain – main dibibir Munira.
‘dan…’
‘dan… sebab sayang ada dua itu..’
‘itu’?
‘itu…’seraya itu mata Danny mencerlung ke arah dada Munira
yang membukit.
‘Abang ni… jahatlah…. ‘ Munira memukul manja dada bidang
Danny.
‘Yeke, abang belum pun tunjuk lagi kejahatan sebenar abang’.
Lalu dia menolak Muniora atas katil sambil menindihnya. Tiba – tiba dia
mengangkat mukanya melihat muka Munira.
‘Just one thing. No
motor for you’. Pengalaman naik motor bersama isterinya tertayar di tubir
matanya. Mati hidup balik pun dia tidak akan membenarkan isterinya menunggang
motor lagi.
‘Abang takut naik
motor ye’
‘Abang tak takut naik motor. Tapi takut naik motor dengan
sayang. Kalah mat rempit di tangan sayang’.
Ketawa pengantin baru itu bergema di bilik itu. Danial
gembira, dia bukan gay.
waa.. best lar jeeta.. gatai jugak danny
ReplyDeletenie yer.. miehehe..
fiqa shahAAAAA
Gatai sekali pun Fiqa Shah....akhir sekali meroyan juga..hahahha
Deleteooohhh...tidak...mula2 ingat betul2 la mukhlis...upernyer munira.....hahahahaa...cerpen yg menarik...best n tak bosan....
ReplyDeletebest nyer.....munira boleh belakon jd mukhlis tanpa di kesan org lain...hehehehehe..menarik sgt...tq cik jeeta
ReplyDeleteCik Farhana.. terima kasih ye.. sebab sentiasa sokong jeeta. esok tunggu bab 7 novel ye
ReplyDeleteklu citer ni dijadikan novel or movie pn best gak..cite yg penuh romatik n suspen....good idea^_^
ReplyDeleteTq Radhiah..
Deletegatai terlebih
ReplyDeletebest sangat !
ReplyDeleteSuspen tp superb
ReplyDeleteSweet..lucu pulak danny ingat dia Gay..hihihi
ReplyDeleteHahaha..ni cite you are beautiful
ReplyDeletePart jatuh trcium tu..mse park shin hye dgn jang geun suk..watak mukhlis yg trlibat dlm bidang nyayian tu pun ad dlm cite ni..hahaha
Mcm crte korea tu😂
ReplyDelete😂😂 romantic comedy 💕💕👍
ReplyDeleteBest sgt.. takde buat sambungannya lagi ke?
ReplyDelete