Bab 2
Airmataku enggan surut. Walaupun sudah 6 bulan
bergelar isteri kepada Amril Zaquan, kenikmatan rumah tangga tak pernah ku
kecapi. Abang Ril tak pernah singgah di rumah kami melainkan keluarga kami
datang menyinggah. Drama suami isteri bahagia di depan keluarga kami masih
berjaya sehingga sekarang tanpa kepincangan.
Selama
‘berdrama’ bersamaku, telefonnya tidak pernah berenggang dengannya. Malah waktu
malamnya juga dihabiskan bersembang dengan isterinya membiarkan diriku
berlinangan air mata. Saya pula tidak pernah terima panggilan darinya dan hanya
akan menerima SMS darinya dengan panggilan AKU-KAU. Itupun dalam keadaan
terdesak.
Aku hanya menjadi perhiasan di rumah itu.
Pandangannya terhadapku tak bernyawa langsung. Aku tak bermakna kepadanya. Tetapi
kenapa aku sanggup menunggu untuk pandangan itu bertukar rupa. Akan adakah
ruang untukku dalam hatinya yang hanya dipenuhi dengan nama Aimi?
Cakap pasal Aimi, selama 6 bulan ini, aku hanya
berpeluang berjumpa dengannya 2 kali sahaja. Kali pertama ialah seminggu
selepas perkahwinan kami. Aku menghubungi Aimi untuk berjumpa dengannya. Aku
ingin merayu kepadanya untuk tidak merampas Abang Ril daripadaku tetapi apa
yang berlaku adalah berlainan. Hari itu juga aku mendapat tahu yang Abang Ril
telah mengotakan janjinya yang dia akan berkahwin dengan Aimi keesokan hari.
Pertemuan itu masih di ingatan aku dimana persahabatan selama 3 tahun aku
bersama Aimi berakhir begitu sahaja.
‘Aimi.... awak apa khabar?’ tanyaku dengan gugup.
Namun jawapannya tidak seperti yang aku sangkakan apabila Aimi menampar pipi
kiriku. Rasa perit bercampur dengan sakit hati mengakibatkan air mataku
berlinangan.
‘Eh, khabar aku tak payah kau tanya ye. Perempuan
perampas. Pada mulanya aku ingat kau terpaksa menerima Abang Am kerana desakan
keluarga. Aku kesian kat kau. Aku paksa Abang Am untuk terima kau. Aku sanggup
undur dari kehidupan kalian. Tapi kebenarannya terbalik. Sampai hati kau ye
Rina. Sampai hati kau rampas kekasih aku. Kenapa? Kenapa kamu buat kami
begini?’ bahuku ditujah tanpa rasa bersalah oleh Aimi.
‘Aimi aku’, hanya gugupan menjadi jawapan untuk
soalan – soalan Aimi. Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan
yang dilontarkan oleh kawanku itu. Selebihnya aku kelu dengan gelaran perampas
dan tamparan yang diterima.
‘Apa aku.. aku.. Perkahwinan kami yang sepatutnya
meriah terpaksa dirahsiakan disebabkan kau. Kami terpaksa berkahwin di sempadan
seperti kekasih gelap. Walaupun hakikatnya kami suami isteri, saya tidak ada
hak yang sepatutnya dan sebabnya... sebabnya adalah kau? Kenapa Rina? Kenapa
kau sanggup buat begini? Kenapa kau cemburu dengan kawan baik kau sendiri?
Dengan kebahagiaan sepupu kau sendiri? Sampai awak tergamak membuat perancangan terkutuk macam ini’.
Suaranya menjadi sayu namun mendengar perkataan
‘hak’, darahku tersirap. Aku mendekat dan memegang bahunya kasar. ‘Tiada hak
kau kata?. Kau yang dah rampas hak aku! Cinta aku! Berapa lama kau kenal abang
Ril? 6 bulan? Saya mencintainya dari umur 6 tahun Aimi. 6 tahun. Selama 16
tahun aku menyimpan rasa cintaku. Kau merampasnya hanya dalam 6 bulan. Walaupun
kahwin secara rahsia, kau memilikinya secara mutlak. Aku? Aku hanya menjadi
perhiasan dirumahnya. Isteri yang telah digantung. Isteri yang telah dimadukan
tak sampai 24 jam berkahwin. Siapa yang menjadi perampas disini?’ Belum pun aku
habiskan luahan hatiku, badan Aimi ditarik jauh dari aku. Sebelum akalku dapat
mentafsir langkahku yang seterusnya, aku tersungkur ke tanah dengan pipiku
sekali lagi terkena tamparan oleh suamiku.
‘Apa kau buat dengan Aimi ah?’ aku hanya
memerhatikan wajah suamiku yang memeluk isteri mudanya tanpa menghiraukan
keadaanku yang terduduk di bawah.
‘Sayang tak apa – apa kan. Perempuan tu tak
cederakan sayangkan? Nasib baik abang datang, kalau tak macamanalah keadaan
sayang nanti. Sayang kenapa jumpa dengan perempuan ni? Lain kali abang tak
benarkan sayang berjumpa dengan perempuan ni.’
Abang? Sayang? Memang hatiku cukup pilu apabila
Abang Ril bercakap dengan Aimi sebegitu dan mengelarku perempuan. Airmataku
bercuraian dengan deras.
‘Hei perempuan sekali lagi aku nampak kau mendekati
isteri aku, aku bunuh kau. Faham!’. Lalu mereka meninggalkan aku yang masih
terdampar di tanah. Aku malu, malu dengan orang ramai yang menyaksikan drama
sebabak kami tadi.
Pertemuan kedua kami berlaku semasa aku demam panas
3 minggu selepas pertemuan sebelum itu. Aku terpaksa minta untuk balik awal dan
berkejar ke klinik yang berdekatan dengan office aku. Di sana aku nampak suami
aku berpegangan tangan dengan Aimi dan mereka kelihatan sangat gembira. Nampak
sangat pasangan romantic dan bahagia. Walaupun Abang Ril nampak saya, dia buat
tak endah dan lebih giat memberi perhatian kepada isteri mudanya. Mungkin nak
menunjukkan yang dia bahagia bersama Aimi. Sampai hati Abang Ril, Semasa mereka
keluar dari klinik itu, Aimi memalingkan mukanya dan memegang erat tangan
suamiku yang hanya pandang ke hadapan tanpa memandang ke arahku yang menunggu
giliran untuk melihat doktor.
Aku tak harapkan dia menunggu bersama aku berjumpa
doctor, namun apa salah menanyakan keadaan aku sebelum keluar dari klinik itu.
Tak payahlah tanya sebagai suami, hanya sekadar sebagai saudara pun cukuplah
taklah aku terasa diriku terasing. Lagi mengharukan aku mendapat tahu yang Aimi
mengandung 4 minggu itupun melalui petugas kaunter klinik yang terlebih ramah
bercoleteh tentang pasangan bahagia tadi.
Hari – hari
saya berlalu dengan kesunyian di rumah semi - D 2 tingkat yang sepatutnya
didiami oleh kami suami isteri.. Sekarang Aimi sarat mengandung, namun saya?
Macamana hendak mengandung kalau tak pernah disentuhnya. Bukan sahaja
menyentuhku melihat mukaku juga membuatkan mukanya berubah seperti melihat
benda jijik.
Sampai hati abang.
Sungguh sedih nasibnya. Tapikan kadang-kadang perbuatan kita tu sebenarnya memakan diri sendiri...semoga Qay sentiasa redha dengan apa yang berlaku dan berserah diri kepadaNya...
ReplyDeletebetul Seri Ayu.... kadang - kadang cinta membutakan kita untuk berfikir secara rasional
Deletecepatlah sambung ya.
ReplyDeletesaya cuba ye... terima kasih atas sokongan baby mio
ReplyDeletepape pun motif nyer pd akk sedeh sngt dek....
ReplyDeletemanusia bila dh benci mcm2 dier boleh buat...kejam gler suami cm nie....sedey gler...
ReplyDelete