Followers

Thursday 6 December 2012

BERDOSAKAH AKU MENCINTAIMU



Bab 2

Airmataku enggan surut. Walaupun sudah 6 bulan bergelar isteri kepada Amril Zaquan, kenikmatan rumah tangga tak pernah ku kecapi. Abang Ril tak pernah singgah di rumah kami melainkan keluarga kami datang menyinggah. Drama suami isteri bahagia di depan keluarga kami masih berjaya sehingga sekarang tanpa kepincangan.

 Selama ‘berdrama’ bersamaku, telefonnya tidak pernah berenggang dengannya. Malah waktu malamnya juga dihabiskan bersembang dengan isterinya membiarkan diriku berlinangan air mata. Saya pula tidak pernah terima panggilan darinya dan hanya akan menerima SMS darinya dengan panggilan AKU-KAU. Itupun dalam keadaan terdesak.

Aku hanya menjadi perhiasan di rumah itu. Pandangannya terhadapku tak bernyawa langsung. Aku tak bermakna kepadanya. Tetapi kenapa aku sanggup menunggu untuk pandangan itu bertukar rupa. Akan adakah ruang untukku dalam hatinya yang hanya dipenuhi dengan nama Aimi?

Cakap pasal Aimi, selama 6 bulan ini, aku hanya berpeluang berjumpa dengannya 2 kali sahaja. Kali pertama ialah seminggu selepas perkahwinan kami. Aku menghubungi Aimi untuk berjumpa dengannya. Aku ingin merayu kepadanya untuk tidak merampas Abang Ril daripadaku tetapi apa yang berlaku adalah berlainan. Hari itu juga aku mendapat tahu yang Abang Ril telah mengotakan janjinya yang dia akan berkahwin dengan Aimi keesokan hari. Pertemuan itu masih di ingatan aku dimana persahabatan selama 3 tahun aku bersama Aimi berakhir begitu sahaja.

‘Aimi.... awak apa khabar?’ tanyaku dengan gugup. Namun jawapannya tidak seperti yang aku sangkakan apabila Aimi menampar pipi kiriku. Rasa perit bercampur dengan sakit hati mengakibatkan air mataku berlinangan.

‘Eh, khabar aku tak payah kau tanya ye. Perempuan perampas. Pada mulanya aku ingat kau terpaksa menerima Abang Am kerana desakan keluarga. Aku kesian kat kau. Aku paksa Abang Am untuk terima kau. Aku sanggup undur dari kehidupan kalian. Tapi kebenarannya terbalik. Sampai hati kau ye Rina. Sampai hati kau rampas kekasih aku. Kenapa? Kenapa kamu buat kami begini?’ bahuku ditujah tanpa rasa bersalah oleh Aimi.

‘Aimi aku’, hanya gugupan menjadi jawapan untuk soalan – soalan Aimi. Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang dilontarkan oleh kawanku itu. Selebihnya aku kelu dengan gelaran perampas dan tamparan yang diterima.

‘Apa aku.. aku.. Perkahwinan kami yang sepatutnya meriah terpaksa dirahsiakan disebabkan kau. Kami terpaksa berkahwin di sempadan seperti kekasih gelap. Walaupun hakikatnya kami suami isteri, saya tidak ada hak yang sepatutnya dan sebabnya... sebabnya adalah kau? Kenapa Rina? Kenapa kau sanggup buat begini? Kenapa kau cemburu dengan kawan baik kau sendiri? Dengan kebahagiaan sepupu kau sendiri? Sampai awak tergamak  membuat perancangan terkutuk macam ini’.

Suaranya menjadi sayu namun mendengar perkataan ‘hak’, darahku tersirap. Aku mendekat dan memegang bahunya kasar. ‘Tiada hak kau kata?. Kau yang dah rampas hak aku! Cinta aku! Berapa lama kau kenal abang Ril? 6 bulan? Saya mencintainya dari umur 6 tahun Aimi. 6 tahun. Selama 16 tahun aku menyimpan rasa cintaku. Kau merampasnya hanya dalam 6 bulan. Walaupun kahwin secara rahsia, kau memilikinya secara mutlak. Aku? Aku hanya menjadi perhiasan dirumahnya. Isteri yang telah digantung. Isteri yang telah dimadukan tak sampai 24 jam berkahwin. Siapa yang menjadi perampas disini?’ Belum pun aku habiskan luahan hatiku, badan Aimi ditarik jauh dari aku. Sebelum akalku dapat mentafsir langkahku yang seterusnya, aku tersungkur ke tanah dengan pipiku sekali lagi terkena tamparan oleh suamiku.

‘Apa kau buat dengan Aimi ah?’ aku hanya memerhatikan wajah suamiku yang memeluk isteri mudanya tanpa menghiraukan keadaanku yang terduduk di bawah.

‘Sayang tak apa – apa kan. Perempuan tu tak cederakan sayangkan? Nasib baik abang datang, kalau tak macamanalah keadaan sayang nanti. Sayang kenapa jumpa dengan perempuan ni? Lain kali abang tak benarkan sayang berjumpa dengan perempuan ni.’

Abang? Sayang? Memang hatiku cukup pilu apabila Abang Ril bercakap dengan Aimi sebegitu dan mengelarku perempuan. Airmataku bercuraian dengan deras.

‘Hei perempuan sekali lagi aku nampak kau mendekati isteri aku, aku bunuh kau. Faham!’. Lalu mereka meninggalkan aku yang masih terdampar di tanah. Aku malu, malu dengan orang ramai yang menyaksikan drama sebabak kami tadi.

Pertemuan kedua kami berlaku semasa aku demam panas 3 minggu selepas pertemuan sebelum itu. Aku terpaksa minta untuk balik awal dan berkejar ke klinik yang berdekatan dengan office aku. Di sana aku nampak suami aku berpegangan tangan dengan Aimi dan mereka kelihatan sangat gembira. Nampak sangat pasangan romantic dan bahagia. Walaupun Abang Ril nampak saya, dia buat tak endah dan lebih giat memberi perhatian kepada isteri mudanya. Mungkin nak menunjukkan yang dia bahagia bersama Aimi. Sampai hati Abang Ril, Semasa mereka keluar dari klinik itu, Aimi memalingkan mukanya dan memegang erat tangan suamiku yang hanya pandang ke hadapan tanpa memandang ke arahku yang menunggu giliran untuk melihat doktor.

Aku tak harapkan dia menunggu bersama aku berjumpa doctor, namun apa salah menanyakan keadaan aku sebelum keluar dari klinik itu. Tak payahlah tanya sebagai suami, hanya sekadar sebagai saudara pun cukuplah taklah aku terasa diriku terasing. Lagi mengharukan aku mendapat tahu yang Aimi mengandung 4 minggu itupun melalui petugas kaunter klinik yang terlebih ramah bercoleteh tentang pasangan bahagia tadi.
 Hari – hari saya berlalu dengan kesunyian di rumah semi - D 2 tingkat yang sepatutnya didiami oleh kami suami isteri.. Sekarang Aimi sarat mengandung, namun saya? Macamana hendak mengandung kalau tak pernah disentuhnya. Bukan sahaja menyentuhku melihat mukaku juga membuatkan mukanya berubah seperti melihat benda jijik.

Sampai hati abang.

6 comments:

  1. Sungguh sedih nasibnya. Tapikan kadang-kadang perbuatan kita tu sebenarnya memakan diri sendiri...semoga Qay sentiasa redha dengan apa yang berlaku dan berserah diri kepadaNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Seri Ayu.... kadang - kadang cinta membutakan kita untuk berfikir secara rasional

      Delete
  2. saya cuba ye... terima kasih atas sokongan baby mio

    ReplyDelete
  3. pape pun motif nyer pd akk sedeh sngt dek....

    ReplyDelete
  4. manusia bila dh benci mcm2 dier boleh buat...kejam gler suami cm nie....sedey gler...

    ReplyDelete