Selepas menyiramkan pusara Aimi yang masih merah
dengan air mawar, aku mula menyedekahkan yasin baginya. Semoga rohnya
ditempatkan di kalangan yang baik – baik. Sambil membaca yasin, mataku hinggap
ke kubur di sebelah kubur arwah yang juga masih merah sepertinya lagi.
Airmataku mengalir sekali lagi walaupun ditegah. Kalaulah hari itu, Abang Ril
lebih cepat membawa arwah ke hospital semestinya kedua – dua ibu dan anak dapat
diselamatkan. Doktor telah memberi alasan kelewatan mendapatkan pertolongan
untuk kematian ibu dan anak.
Bayi perempuan Aimi, lahir mati kerana kelemasan
manakala Aimi telah kehilangan darah yang banyak. Doktor menyalahkan Abang Ril
kerana tidak menjaga Aimi dengan baik dan lambat mendapatkan pertolongan.
Ingatanku berbalik kepada kali terakhir aku berjumpa
dengan arwah. Walaupun berbalut sana sini, aku mengagahi diriku utk berjumpa
dengan kawanku itu. Di bilik ICU, badan Aimi dipenuhi dengan wayar dan
pernafasannya nampak tidak teratur. Melihat keadaannya sebegitu, nafasku
sendiri menjadi sesak. Tak sampai hati untuk melihat kawanku dalam keadaan
sebagitu. Aku meminta jururawat yang menghantarku ke bilik ICU untuk menolak
kerusi rodaku mendekati Aimi. Hendak mengharap abang Ril? Aku sendiri tak
harap. Melihat jururawat bernama Suzan itu berlalu, aku menyentuh tangan Aimi
yang aku fikir sedang tidur.
‘Aimi’ suaraku tersekat kerana kesakitanku di bibir.
Mendengar suaraku, Aimi membuka matanya yang redup dan memberi senyuman hambar.
Mataku menjadi hangat. Mata Aimi melihatku dengan lebih tepat, ‘menscan’ku dan
mukanya berubah. Walaupun perlahan, aku dapat mendengar keluhannya dengan
jelas.
‘Maafkan aku Rina, ini semua salah aku, aku tak
patut hubungi awak. Kalau bukan kerana aku, kau takkan menjadi sebegini.’ Suaranya
jelas menunjukkan rasa bersalahnya.
‘Jangan cakap macam tu Aimi, bukan awak yang jadikan
aku macam ni. Ini semua takdir Aimi. Aku perlu menerimanya. Mungkin ini adalah
sebahagian dari balasan untukku kerana merosakkan kebahagian kamu berdua’. Aku cuba
menyorokkan kekesalanku.
‘Tidak Rina, awak salah, aku yang sedang menerima
balasannya sekarang. Takkan awak tak sedar lagi Rina, aku dah kehilangan anak
aku, kandungan yang aku guna sebagai sebab untuk menjauhkan suami awak dengan
awak, Rina. Sebab aku, sakit demam awak, tiada siapa yang jaga. Aku sangat
mementingkan diri Rina.’
‘Aimi, dia suami kita Aimi. Awak juga ada hak
terhadapnya. Lagi – lagi awak mengandung. Awak memang memerlukan perhatian
lebih dari aku’. Mendengar penjelasanku Aimi mengeleng kepala.
‘Tidak Rina. Aku memang pentingkan diri, tamak.
Tengoklah, awak sanggup menerima yang aku memerlukan perhatian daripada namun
aku? Aku tidak memberi peluang kepadamu untuk mendapatkan perhatiannya langsung.
Sepatutnya aku boleh memujuknya untuk menerima kau dengan menjelaskan tentang
cinta kau namun aku bertindak sembunyikannya. Aku menyembunyikan cinta kau
kerana aku mahu perhatian dan kasih sayang sepenuhnya Rina. Aku takut
kehilangannya Rina. Aku memang teruk. Aku tamak. Maafkan aku Rina.’ Airmata
Aimi mengalir deras.
‘Tidak Aimi, awak jangan marahkan diri sendiri. Walaupun
awak memberitahu dan memujuk siang dan malam tak semestinya Abang Ril menerima
aku. Aku pasrah Aimi. Aku pasrah jika dia tidak dapat menerima aku. Sekarang
aku hanya nak kau kembali seperti biasa, kembali ke dalam hidup kami. Keluarga
kita dah tahu pasal kita. Mesti mereka dapat menerima awak Aimi.’ Mendengar
keluhan aku, Aimi mengeleng kepala.
Aimi.’ Mendengar keluhan aku, Aimi mengeleng kepala.
‘Inilah kelemahan awak Rina, awak terlalu pasrah
kepada takdir. Awak tidak mencuba untuk mendapatkan hak awak. Kalau awak berani
untuk mendapatkan Abang Ril, kenapa awak tak betah mempertahankan dia Rina. Dia
tidak tahu mengenai cinta awak. Bagitahu dia Rina, bagi masa kat dia, mungkin
dia dapat menerima awak suatu hari nanti’. Aimi memegang tanganku memberi harapan.
‘Entahlah Aimi, aku tak pasti sangat’. Keluhan ketidakpastianku
tetap terluah.
‘Jangan mengalah Rina. Berjuang demi kebahagian
awak. Janju dengan aku yang awak akan
memberitahu Abang Am tentang perasaan awak. Janji dengan aku Rina’.
------------------------------------------------
Baru menghabiskan bacaanku, aku ternampak sekujur
badan manusia tegak memandangku dengan renungan tajam. Entah kenapa aku tidak
gentar dengan renungan maut itu. Aku dengan selambanya mengemaskan barang –
barangku dan melangkah melepasinya. Namun tanganku direntap kuat sehingga
langkahku berrhenti.
‘Apa kau buat kat kubur isteri aku?’tegang sungguh
mukanya.
Manusia ni, arwah dah meninggal gara-gara perangai
dia tak rasional pun masih tidak mahu sedar. Entah bagaimanalah nak ubah
perangai dia ni.
‘Kenapa? Abang Ril tak nampak atau buat tak nampak?’
dengan sedikit kekuatan aku menjawab soalannya.
‘Awak jangan nak loyar buruk dengan aku. Siapa beri
kebenaran untuk melawat kubur isteri aku?’
Mendengar soalan yang penuh sarkastik, aku merentap
tanganku dan menyambung langkahku kea rah keretaku dihujung jalan. Sebenarnya aku
tidak ingin menimbulkan masalah di hadapan kubur kawanku itu. Biarlah dia
bersemadi dengan tenang.
Abang Ril yang mengekori langkahku, sekali lagi
merentap tanganku.
‘Kau jangan nak kurang ajar dengan aku, perempuan
sial. Sebab kau isteri dan anak aku mati. Siapa bagi kebenaran untuk kau datang
sini’
Mendengar ayat keluar dari mulut suamiku itu,
darahku tersirap. Tindakan reflex aku turut mengejutkan aku apatah lagi suamiku
yang memegang pipinya. Ye aku telah menampar suamiku sendiri.
Namun kemarahanku masih belum dapat dibendung.
‘Amril Amsyar, siapa kau untuk memberi kebenaran
untuk melawat kubur kawan aku hah? Siapa kau panggil perempuan sial?’ Aku
sempat menujah dadanya. ‘ Kalau bukan disebabkan kau. Mereka pasti masih hidup
lagi. Kau, binatang yang bertopeng
manusia yang menjadi sial dalam hidup kami berdua. Kalau bukan kerana kamu,
persahabatan kami takkan terlerai begini rupa. Kalau bukan kerana kau dia
takkan mati. Kau memang binatang Amril Amsyar. Manusia bertuankan nafsu amarah.
Berhati batu.’ Tengkingku kalau diukur mesti boleh didengar orang berada jauh
500 meter.
Melihat dirinya yang
tercegat macam batu, aku memberanikan diri meluahkan segala isi hatiku yang aku
simpan di dasar. Ingin hamburkan sehabis mungkin. Biar aku meluahkan sebelum ia
menjadi kudis di hatiku.
‘Aku memang ada buat
salah. Cuma salah aku satu sahaja. Aku jatuh cinta pada seorang manusia tak
guna seperti kau. Dan aku sudah dapat balasannya. Aku telah kehilangan kawan
baikku. Kau telah bunuhnya.’ Aku hanya tersenyum ejek dengan linangan air mata ketika
itu. Betul aku sudah dapat balasannya.
‘Dan kau... kau tak
layak untuk Aimi. Binatang seperti kau tak layak untuk wanita sebaik Aimi.
Sebab itu, tuhan telah mengambilnya semula. Awak tak patut ada keturunan, sebab
itu kau tak dapat iqamatkan anak kau sendiri. Dan sebab tu kau hanya ada aku,
perempuan yang kau rasa jijik dan meluat’.
Melihat dirinya yang
terpinga – pinga, aku lalu dari tempat itu dengan linangan air mata.
---------------------------------------------
Aku bersujud sekali lagi dengan penuh penyesalan. Kejadian
semalam di kubur tidak dapat ku lupakan. Aku sesal kerana aku seolah olah
menyalahkan dirinya seratus peratus tanpa memikirkan ini adalah qada dan qadar
tuhan.
Sedangku sujud, satu cahaya putih yang menyilau mata
menyukarkan sembahyangku.
‘Cukuplah Qayrina, sudah – sudahlah menangis tu, aku
berjanji akan menjauhkan kesedihanmu. Biarku menjadi imam untuk sujudmu.
Izinkan aku menemanimu sehingga ke syurga nanti’.
Mendengar suara itu, aku terus mengangkat mukaku
untuk melihat gerangan yang bersuara, namun cahaya yang menyilau itu menghadkan
penglihatanku.
‘Siapa tu?’ tanyaku, namun pertanyaanku hanya dibals
dengan ketawa halus.
‘Qayrina kaulah tulang rusukku yang hilang. Puas aku
mencarimu. Selepas ini akan ku pastikan hidupmu penuh kebahagiaan. Jagalah dirimu
untuk aku. Jagalah auratmu untuk aku. Cukuplah dengan dosaku yang ada, aku tak
nak dosaku bertimbun lagi.’ Suara itu menjadi sendu. Tersentuh hatiku dengan
suara garau tetapi merdu itu. Inginku bertanya lagi, namun orang itu, hilang
bersama cahaya itu.
Aku yang tersedar, terus melihat sekelilingku. Aku
masih di atas sejadah rupanya. Ya tuhan, aku terlelap rupanya.Selepas
sembahyang taubat dan istikarah, aku membacakan yasin untuk arwah Aimi dan
anaknya namun tidakku sedar yang yang aku terlelap.
Tapi apa yang aku nampak dan dengar tadi, betulke
hanya mainan mimpi aku? Atau ia adalah satu kebenaran yang cuba disampaikan
kepadaku. Aku tidak pasti. Mendengar azan Isyak aku kembali mengabdikan diriku
kepada –Nya dan memohon rahmatnya dengan harapan hari esok menjadi lebih baik
untukku.
bila nak habis ni cerpan ke novel x sabar nak tahu.
ReplyDeleteini mini e- novel baby mio.. saya akan cuba habiskan secepat yg mungkin ye.. harap bersabar
Delete..Ril bukan elaki yang terbaik buat Rina...keran Ril seorang yang x percaya pada qada dan qadar ... Rina carilah kebahagian yang azali... semoga Rina bahagia...
ReplyDeletejauhkan ril dari rina......hati bersalut binatang.puihhhhh
ReplyDeleteadakan hero lain.N3...N3 lagi
wwannurr
wwannur,
Deletetunggu ye
Setelah lama berdiam diri ..akhirnya Qay .menyuarakan rasa hati yg nanar selama ini dengan perlakuan suaminya Ril... Betapa bengongnya seorg suami dengan rasa tidak bersalahnya meletakkan kesilapannya diatas kematian arwah isterinya Aimi kepada Qay kerana ignore panggilan daripada arwah dan sempat "mengerjakannya" seperti punching bag sebelum membawa awrwah Aimi kehospital untuk diberi rawatan..
ReplyDeleteLuahan hati seorg isteri yg didera fizikal ..mental dan perasaan pada seorg suami yg tiada rasa berperikemanusian .. dibiarkan sahaja isterinya Qay.
Ril seorg lelaki yg dayus..kejam dan zalim..pada pandangan akak ..kalau dirinya tidak sudi beristerikan Qay..inilah masanya untuk dirinya melafazkan cerai kepada Qay..biarlah gadis itu berlalu pergi ..selama bebulan ..gadis ini disakiti hatinya..dengan kata kata cynicalnya..dijadikan punching bag..sesuka hatinya..tetapi gadis ini..masih setia bersamanya..masih menutup mulutnya..dari menyumpah seranah dirinya...lepaskan lah gadis ini dan biarlah dia membina hidupnya semula...
Jangan disangka apabila orang tu diam bila ditindas bermakna dia lemah, pastinya kesabaran Qay telah sampai kemuncaknya menyebabkan dia mempunyai kekuatan untuk meluahkan rasa terbuku dihatinya.
ReplyDeleteusah lh kesal qay atas ape yg terluah wat suami mu yg menzalimi mu,sesungguh nyer itu akan meringan kn bebanan hati mu...so andai segala kejadian telah ALLAH beri kn petunjuk nyer so istiqamah lh n muhasabah lh hati dn jiwa mu dari segala kekuatan yg di beri ALLAH buat mu...
ReplyDeletemenarik cerita ni...berjurai-jurai air mate saye ni..sob3
ReplyDeleteSalam, takde entri baru ke?
ReplyDeleteSeri Ayu dah ada bab 7
Delete