Followers

Monday 24 December 2012

Bab 6....BERDOSAKAH AKU MENCINTAIMU



Selepas menyiramkan pusara Aimi yang masih merah dengan air mawar, aku mula menyedekahkan yasin baginya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan yang baik – baik. Sambil membaca yasin, mataku hinggap ke kubur di sebelah kubur arwah yang juga masih merah sepertinya lagi. Airmataku mengalir sekali lagi walaupun ditegah. Kalaulah hari itu, Abang Ril lebih cepat membawa arwah ke hospital semestinya kedua – dua ibu dan anak dapat diselamatkan. Doktor telah memberi alasan kelewatan mendapatkan pertolongan untuk kematian ibu dan anak.  

Bayi perempuan Aimi, lahir mati kerana kelemasan manakala Aimi telah kehilangan darah yang banyak. Doktor menyalahkan Abang Ril kerana tidak menjaga Aimi dengan baik dan lambat mendapatkan pertolongan.

Ingatanku berbalik kepada kali terakhir aku berjumpa dengan arwah. Walaupun berbalut sana sini, aku mengagahi diriku utk berjumpa dengan kawanku itu. Di bilik ICU, badan Aimi dipenuhi dengan wayar dan pernafasannya nampak tidak teratur. Melihat keadaannya sebegitu, nafasku sendiri menjadi sesak. Tak sampai hati untuk melihat kawanku dalam keadaan sebagitu. Aku meminta jururawat yang menghantarku ke bilik ICU untuk menolak kerusi rodaku mendekati Aimi. Hendak mengharap abang Ril? Aku sendiri tak harap. Melihat jururawat bernama Suzan itu berlalu, aku menyentuh tangan Aimi yang aku fikir sedang tidur.

‘Aimi’ suaraku tersekat kerana kesakitanku di bibir. Mendengar suaraku, Aimi membuka matanya yang redup dan memberi senyuman hambar. Mataku menjadi hangat. Mata Aimi melihatku dengan lebih tepat, ‘menscan’ku dan mukanya berubah. Walaupun perlahan, aku dapat mendengar keluhannya dengan jelas.

‘Maafkan aku Rina, ini semua salah aku, aku tak patut hubungi awak. Kalau bukan kerana aku, kau takkan menjadi sebegini.’ Suaranya jelas menunjukkan rasa bersalahnya.

‘Jangan cakap macam tu Aimi, bukan awak yang jadikan aku macam ni. Ini semua takdir Aimi. Aku perlu menerimanya. Mungkin ini adalah sebahagian dari balasan untukku kerana merosakkan kebahagian kamu berdua’. Aku cuba menyorokkan kekesalanku.

‘Tidak Rina, awak salah, aku yang sedang menerima balasannya sekarang. Takkan awak tak sedar lagi Rina, aku dah kehilangan anak aku, kandungan yang aku guna sebagai sebab untuk menjauhkan suami awak dengan awak, Rina. Sebab aku, sakit demam awak, tiada siapa yang jaga. Aku sangat mementingkan diri Rina.’

‘Aimi, dia suami kita Aimi. Awak juga ada hak terhadapnya. Lagi – lagi awak mengandung. Awak memang memerlukan perhatian lebih dari aku’. Mendengar penjelasanku Aimi mengeleng kepala.

‘Tidak Rina. Aku memang pentingkan diri, tamak. Tengoklah, awak sanggup menerima yang aku memerlukan perhatian daripada namun aku? Aku tidak memberi peluang kepadamu untuk mendapatkan perhatiannya langsung. Sepatutnya aku boleh memujuknya untuk menerima kau dengan menjelaskan tentang cinta kau namun aku bertindak sembunyikannya. Aku menyembunyikan cinta kau kerana aku mahu perhatian dan kasih sayang sepenuhnya Rina. Aku takut kehilangannya Rina. Aku memang teruk. Aku tamak. Maafkan aku Rina.’ Airmata Aimi mengalir deras.

‘Tidak Aimi, awak jangan marahkan diri sendiri. Walaupun awak memberitahu dan memujuk siang dan malam tak semestinya Abang Ril menerima aku. Aku pasrah Aimi. Aku pasrah jika dia tidak dapat menerima aku. Sekarang aku hanya nak kau kembali seperti biasa, kembali ke dalam hidup kami. Keluarga kita dah tahu pasal kita. Mesti mereka dapat menerima awak Aimi.’ Mendengar keluhan aku, Aimi mengeleng kepala.

Aimi.’ Mendengar keluhan aku, Aimi mengeleng kepala.

‘Inilah kelemahan awak Rina, awak terlalu pasrah kepada takdir. Awak tidak mencuba untuk mendapatkan hak awak. Kalau awak berani untuk mendapatkan Abang Ril, kenapa awak tak betah mempertahankan dia Rina. Dia tidak tahu mengenai cinta awak. Bagitahu dia Rina, bagi masa kat dia, mungkin dia dapat menerima awak suatu hari nanti’. Aimi memegang tanganku memberi harapan.

‘Entahlah Aimi, aku tak pasti sangat’. Keluhan ketidakpastianku tetap terluah.

‘Jangan mengalah Rina. Berjuang demi kebahagian awak. Janju dengan aku yang awak akan  memberitahu Abang Am tentang perasaan awak. Janji dengan aku Rina’.
------------------------------------------------

Baru menghabiskan bacaanku, aku ternampak sekujur badan manusia tegak memandangku dengan renungan tajam. Entah kenapa aku tidak gentar dengan renungan maut itu. Aku dengan selambanya mengemaskan barang – barangku dan melangkah melepasinya. Namun tanganku direntap kuat sehingga langkahku berrhenti.

‘Apa kau buat kat kubur isteri aku?’tegang sungguh mukanya.

Manusia ni, arwah dah meninggal gara-gara perangai dia tak rasional pun masih tidak mahu sedar. Entah bagaimanalah nak ubah perangai dia ni.

‘Kenapa? Abang Ril tak nampak atau buat tak nampak?’ dengan sedikit kekuatan aku menjawab soalannya.

‘Awak jangan nak loyar buruk dengan aku. Siapa beri kebenaran untuk melawat kubur isteri aku?’

Mendengar soalan yang penuh sarkastik, aku merentap tanganku dan menyambung langkahku kea rah keretaku dihujung jalan. Sebenarnya aku tidak ingin menimbulkan masalah di hadapan kubur kawanku itu. Biarlah dia bersemadi dengan tenang.

Abang Ril yang mengekori langkahku, sekali lagi merentap tanganku.

‘Kau jangan nak kurang ajar dengan aku, perempuan sial. Sebab kau isteri dan anak aku mati. Siapa bagi kebenaran untuk kau datang sini’

Mendengar ayat keluar dari mulut suamiku itu, darahku tersirap. Tindakan reflex aku turut mengejutkan aku apatah lagi suamiku yang memegang pipinya. Ye aku telah menampar suamiku sendiri.
Namun kemarahanku masih belum dapat dibendung.

‘Amril Amsyar, siapa kau untuk memberi kebenaran untuk melawat kubur kawan aku hah? Siapa kau panggil perempuan sial?’ Aku sempat menujah dadanya. ‘ Kalau bukan disebabkan kau. Mereka pasti masih hidup lagi. Kau, binatang yang  bertopeng manusia yang menjadi sial dalam hidup kami berdua. Kalau bukan kerana kamu, persahabatan kami takkan terlerai begini rupa. Kalau bukan kerana kau dia takkan mati. Kau memang binatang Amril Amsyar. Manusia bertuankan nafsu amarah. Berhati batu.’ Tengkingku kalau diukur mesti boleh didengar orang berada jauh 500 meter.

Melihat dirinya yang tercegat macam batu, aku memberanikan diri meluahkan segala isi hatiku yang aku simpan di dasar. Ingin hamburkan sehabis mungkin. Biar aku meluahkan sebelum ia menjadi kudis di hatiku.

‘Aku memang ada buat salah. Cuma salah aku satu sahaja. Aku jatuh cinta pada seorang manusia tak guna seperti kau. Dan aku sudah dapat balasannya. Aku telah kehilangan kawan baikku. Kau telah bunuhnya.’ Aku hanya tersenyum ejek dengan linangan air mata ketika itu. Betul aku sudah dapat balasannya.

‘Dan kau... kau tak layak untuk Aimi. Binatang seperti kau tak layak untuk wanita sebaik Aimi. Sebab itu, tuhan telah mengambilnya semula. Awak tak patut ada keturunan, sebab itu kau tak dapat iqamatkan anak kau sendiri. Dan sebab tu kau hanya ada aku, perempuan yang kau rasa jijik dan meluat’.

Melihat dirinya yang terpinga – pinga, aku lalu dari tempat itu dengan linangan air mata.
---------------------------------------------

Aku bersujud sekali lagi dengan penuh penyesalan. Kejadian semalam di kubur tidak dapat ku lupakan. Aku sesal kerana aku seolah olah menyalahkan dirinya seratus peratus tanpa memikirkan ini adalah qada dan qadar tuhan.

Sedangku sujud, satu cahaya putih yang menyilau mata menyukarkan sembahyangku.

‘Cukuplah Qayrina, sudah – sudahlah menangis tu, aku berjanji akan menjauhkan kesedihanmu. Biarku menjadi imam untuk sujudmu. Izinkan aku menemanimu sehingga ke syurga nanti’.

Mendengar suara itu, aku terus mengangkat mukaku untuk melihat gerangan yang bersuara, namun cahaya yang menyilau itu menghadkan penglihatanku.

‘Siapa tu?’ tanyaku, namun pertanyaanku hanya dibals dengan ketawa halus.

‘Qayrina kaulah tulang rusukku yang hilang. Puas aku mencarimu. Selepas ini akan ku pastikan hidupmu penuh kebahagiaan. Jagalah dirimu untuk aku. Jagalah auratmu untuk aku. Cukuplah dengan dosaku yang ada, aku tak nak dosaku bertimbun lagi.’ Suara itu menjadi sendu. Tersentuh hatiku dengan suara garau tetapi merdu itu. Inginku bertanya lagi, namun orang itu, hilang bersama cahaya itu.

Aku yang tersedar, terus melihat sekelilingku. Aku masih di atas sejadah rupanya. Ya tuhan, aku terlelap rupanya.Selepas sembahyang taubat dan istikarah, aku membacakan yasin untuk arwah Aimi dan anaknya namun tidakku sedar yang yang aku terlelap.

Tapi apa yang aku nampak dan dengar tadi, betulke hanya mainan mimpi aku? Atau ia adalah satu kebenaran yang cuba disampaikan kepadaku. Aku tidak pasti. Mendengar azan Isyak aku kembali mengabdikan diriku kepada –Nya dan memohon rahmatnya dengan harapan hari esok menjadi lebih baik untukku.

11 comments:

  1. bila nak habis ni cerpan ke novel x sabar nak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini mini e- novel baby mio.. saya akan cuba habiskan secepat yg mungkin ye.. harap bersabar

      Delete
  2. ..Ril bukan elaki yang terbaik buat Rina...keran Ril seorang yang x percaya pada qada dan qadar ... Rina carilah kebahagian yang azali... semoga Rina bahagia...

    ReplyDelete
  3. jauhkan ril dari rina......hati bersalut binatang.puihhhhh
    adakan hero lain.N3...N3 lagi

    wwannurr

    ReplyDelete
  4. Setelah lama berdiam diri ..akhirnya Qay .menyuarakan rasa hati yg nanar selama ini dengan perlakuan suaminya Ril... Betapa bengongnya seorg suami dengan rasa tidak bersalahnya meletakkan kesilapannya diatas kematian arwah isterinya Aimi kepada Qay kerana ignore panggilan daripada arwah dan sempat "mengerjakannya" seperti punching bag sebelum membawa awrwah Aimi kehospital untuk diberi rawatan..
    Luahan hati seorg isteri yg didera fizikal ..mental dan perasaan pada seorg suami yg tiada rasa berperikemanusian .. dibiarkan sahaja isterinya Qay.
    Ril seorg lelaki yg dayus..kejam dan zalim..pada pandangan akak ..kalau dirinya tidak sudi beristerikan Qay..inilah masanya untuk dirinya melafazkan cerai kepada Qay..biarlah gadis itu berlalu pergi ..selama bebulan ..gadis ini disakiti hatinya..dengan kata kata cynicalnya..dijadikan punching bag..sesuka hatinya..tetapi gadis ini..masih setia bersamanya..masih menutup mulutnya..dari menyumpah seranah dirinya...lepaskan lah gadis ini dan biarlah dia membina hidupnya semula...

    ReplyDelete
  5. Jangan disangka apabila orang tu diam bila ditindas bermakna dia lemah, pastinya kesabaran Qay telah sampai kemuncaknya menyebabkan dia mempunyai kekuatan untuk meluahkan rasa terbuku dihatinya.

    ReplyDelete
  6. usah lh kesal qay atas ape yg terluah wat suami mu yg menzalimi mu,sesungguh nyer itu akan meringan kn bebanan hati mu...so andai segala kejadian telah ALLAH beri kn petunjuk nyer so istiqamah lh n muhasabah lh hati dn jiwa mu dari segala kekuatan yg di beri ALLAH buat mu...

    ReplyDelete
  7. menarik cerita ni...berjurai-jurai air mate saye ni..sob3

    ReplyDelete