Followers

Sunday, 17 February 2013

Bab 8



Sudah dua minggu sejak Abang Ril terlibat dengan kemalangan itu. Dia telah dilanggar semasa menyeberangi jalan berdekatan kubur Aimi. Mengikut keluargaku dia telah dihantar ke hospital oleh seorang yang tidak dikenali yang pada ketika itu turut berada di situ. Hanya aku dalam keluargaku tidak berpeluang berjumpa dengannya untuk mengucap terima kasih. Ini kerana masa kau tiba di hospital, jam sudah pun menunjuk pukul 7 petang dan Abang Ril telah dibawa ke bilik pembedahan.  Dia patah 4 tulang di tangan kirinya dan perlu dipasang 6 skru. Mendengar berita ini, aku menitis airmata di luar wad pembedahan. Aku menyesal  kerana tidak dapat memberi sokongan kepadanya sebelum masuk ke bilik pembedahan. Walaupun dipujuk oleh mama yang kecederaannya tidak teruk namun hatiku tetap tersentuh. Aku menunggu sepanjang malam sehingga dia sedar dan keesokan pagi aku ke kerja.

Selama seminggu Abang Ril berada di hospital dan selama itulah jadual harianku menjadi ketat. Pada siangnya aku pergi ke kerja manakala petang dan malam aku menjaga suamiku. Walaupun ditegah oleh keluaragaku dengan alasan aku perlu berehat namun hatiku enggan mendengar. Hatiku ingin bersamanya, hati seorang isteri ingin menemani suaminya. Namun aku tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada keluaragaku. Akhirnya mereka mengalah dan membiarkanku menemani Abang Ril sepanjang dia ada di hospital.

Aku yang memasak sarapan di dapur untuk Abang Ril sebelum bersedia ke kerja terus teringat kepada  Abang Ril yang sedang berehat di bilik kami diatas. Sejak dia balik dari hospital, kami berdua berkongsi bilik di rumah mertuaku. Rumah kami dibiarkan kosong buat seketika. Walaupun berkongsi bilik tempat aku masih di sofa di penjuru bilik kami. Namun aku tetap gembira aku dapat menemaninya semasa dia memerlukan bantuan kerana aku sebelum kahwin telah menerima kasih sayangnya penuh telus. Inilah masaku untuk membalas segala kebaikannya itu.

Walaupun pada mulanya kehadiranku tidak diterima oleh Abang Ril namun akhirnya dia tidak bersuara lagi. Mungkin dia telah dapat menerima kehadiranku di sampingnya, walaupun reaksinya tetap dingin seprti sebelum ini. Aku masih ingat lagi hari kedua dia terlantar di hospital selepas pembedahan dan aku menziarahinya selepas waktu bekerja.

‘Kenapa kau datang sini? Aku tak perlukan belas kasihan kau. Kan sekarang masa yang baik untuk kau minta cerai dan ambil semua harta keluargaku?’

‘Qay datang sini sebab Qay isteri abang. Tempat Qay adalah bersama abang. Ini bukan belas kasihan namun ini adalah tanggungjawab dan bukti kasih sayang  Qay sebagai isteri abang. Abang lagi penting dari segala harta di dunia dan keluarga abang adalah keluarga Qay juga.’

‘Aku dah memberi hak talak dekat kau, kenapa kau tak gunakan lagi? Akukan binatang, manusia seperti kau kenapa nak bersama aku?’

‘Maafkan Qay sebab kurang ajar dengan abang hari itu. Tentang cerai tu, biarlah keadaan reda bang. Keluarga kita dalam keadaan hura – hara. Qay tak sampai hati hendak menyakitkan hati ibu bapa kita bang. Biarlah keadaan sekarang pulih nanti kita bincang pasal ni’.

‘Kau ingat dengan menjagaku aku, aku akan membalas budi kau dengan terima kau sebagai isteri? Jangan mimpilah’

“Tidak bang, Qay tak mengharap lagi dah. Qay hanya ingin menjaga bang untuk membalas budi abang sebab sanggup mengahwini Qay. Qay sepatutnya dah tahu yang cinta tidak boleh dipaksa dan cinta tidak semestinya dibalas. Namun Qay khilaf. Untuk itu Qay minta maaf. Kita tunggu abang sembuh dulu. Nanti kita bincang baik – baik dengan keluarga kita. Kita bincang dengan papa supaya tidak merampas harta abang kerana syarikat ini adalah usaha abang dengan papa. Qay tidak berhak langsung.’ Aku meluahkan rasa hatiku dengan genangan air mata. Mendengar kataku ekspresi muka Abang Ril berubah namun ia tidaka tahan lama.

‘Tahu pun kau ye. Kalau kau menyesal lebih awal aku takkan kehilangan Aimi dan aku takkan terdampar seperti ini.’

‘Hmm… aku masih disalahkan kerana kematian Aimi? Bila suami aku ni hendak sedar atas kesilanpannya? Kenapa dia tidak dapat menerima takdir yang telah tertulis ke atas kami.’  Aku hendak menghamburkan kata – kata itu untuk mempertahankan diri aku namun tidak sampai hati melihat keadaannya yang terlantar sakit.

‘Qay minta maaf jika abang masih fikir kematian Aimi adalah disebabkan oleh Qay. Qay harap sehingga masalah keluarga kita selesai dan kita berpisah dengan cara yang baik, abang dapat menerima Qay sekurang – kurangnya sebagai sepupu yang abang telah sayang sebelum ini.’

 Mendengar kataku , sekali lagi Abang RIl nampak terkejut namun reaksi mukanya berubah dengan cepat dan dia memalingkan mukanya. Kali ini tiada kata balas yang sinis daripada seperti selalu.

‘Qay…’

Panggilan ibu mertuaku menyentakku dari lamunan.

‘Ye mama..’

‘ Qay ok?’

‘ Kenapa mama tanya begitu? Mestilah Qay ok’

‘ Taklah Qay. Selama dua minggu ni, Qay pergi kerja waktu pagi dan jaga Am waktu petang, mesti letih kan. Kenapa Qay tak berehat aje. Lagipun sekejab lagi Qay kena pergi kerja kan? Biar mama yang masakkan untuk Am.’

‘ Takpelah mama. Dah nak habis pun. Mama janganlah risau. Mama pun kena jaga papa kan’. Sebetulkan bapa mertuaku itu masih memerlukan perhatian walaupun dia semakin pulih sekarang.

‘Hmm papa sedang tidur nanti dia bangunlah.’

‘Qay..’ suara mama terasa sendu.

‘Ye mama, kenapa mama nampak sedih ni’

‘Maafkan anak mama ye Qay. Mama tahu Qay sedang terseksa sebab anak mama, namun Qay sedang terima segalanya hanya sebab Qay adalah isteri Amril’. Air mata ibu mertuaku tumpah.

‘Mama..’

‘Tidak Qay biar mama bercakap dulu. Mama tahu walaupun Qay tidak mengungkit tentangnya , jelas sangat yang hati Qay terluka dengan kelakuan Amril, dengan layanan Amril terhadap Qay.’

‘Tidak mama, Abang Ril tidak bersalah, cuma dia tidak dapat menerima Qay sebab dia tidak mencintakan Qay. Dia juga terseksa dengan kehilangan Aimi. Dia sebenarnya masih tidak dapat menerima kehilangan Aimi, sebab tu dia menjadi sebegini rupa. Qay pasti, mama akan dapat balik anak mama tak lama lagi.’

 ‘Mungkin betul mama akan dapat balik anak mama tapi boleh ke Qay dapat suami Qay?’

‘ Mama, kenapa tiba- tiba bercakap macam tu?’ aku tidak sedap hati dengan maksud tersirat ibu mertuaku itu.

‘Qay, mama faham jika Qay ingin meminta cerai dari Amril. Qay perlu mencari kebahagian sendiri. Cukuplah dengan pengorbanan Qay.’ Akhirnya apa yang terdetik di hati aku tetap keluar dari mulut dari ibu mertuaku.

‘Tak mama, Qay tak pernah korban apa pun, mungkin inilah balasan yang Qay perlu terima kerana mencarik kebahagian anak mama. Qay pasrah mama. Qay tahu abang Ril tak pernah dan takkan menerima Qay sebagai isteri namun biarlah masa menentukan hala tuju kehidupan Qay.  Qay janji Qay dah boleh terima apapun yang telah tertulis untuk Qay.’ Aku menyuarakan isi hatiku yang telah ku tetapkan lama.

‘Walaupun itu bermakna Abang Ril tidak tertulis untuk Qay. Qay rela mama. Namun Qay akan menunggu sampai paap dapat memaafkan Abang Ril dapat memberi balik hak abang RIl sebelum Qay pergi dari keluarga ini mama’. Akhirnya air mataku ayng kutahan lama mengalir juga seperti isi hatiku.

‘Tidak Qay, tidak . walaupun Amril tidak menerima Qay, mama dah anggap Qay sebagai anak mama sejak dulu’ diriku dipeluk oleh ibu mertuaku. Airmatanya mengalir bersama sendu dan melihat keadaan ini air mataku mengalir dengan lebih deras.

Meleraikan pelukan ibu mertuaku aku memalingkan diri dan ketika itu aku terlihat suamiku sedang berdiri di tangga sambil melihat drama tangisan kami. Namun tanpa kata, dia terus menoleh dan menuju ke biliknya semula.

@@@

Aku yang sudah bersedia ke kerja terus menoleh ke arah katil yang kosong di bilik kami. Selepas aku masuk ke bilik selepas menyiapkan sarapan, Abang Ril meninggalkan bilik. Itulah rutinnya setiap hari. Kalau aku di bilik, dia pula di luar bilik. Cuma waktu tidur kami berada di bilik yang sama. Keluhan ku terluah tanpa kesedaranku.

‘Tidak Qay. Berhentilah mengeluh. Hidup ini seperti novel Qay. Dan pengarangnya adalah Dia Yang Maha Esa. Nampaknya  kisah awak dengan Abang Ril hanya satu bab dalam hidup kamu. Tabahkan diri kamu untuk melangkah Qay. Mana tahu mungkin pengakhiran novel kau ni ada happy ever after?’ aku sendiri tersenyum mendengar gumaman hatiku.

Sebelum melangkah ke keretaku, aku melihat bapa mertuaku sedang duduk di gazebo sambil membaca surat khabarnya. Manakala kelibat mama dan Abang Ril tidak kelihatan. Mungkin mama sedang menghidang makanan untuk Abang Ril. Yelah, sudah menjadi rutin untuk aku masak manakala mama menghidangkannya kerana Abang Ril tidak akan menjengkuk dapur kalau aku ada di situ.

‘Dah ready nak pergi kerja Qay?’

Suara papa yang tiba – tiba menyentak lamunanku.

‘Papa, papa mengejutkan Qay.’ Aku menepuk dadaku yang tiba – tiba berdenyut laju kerana terkejut. Namun hanya bunyi ketawa bapa mertuaku itu yang menjadi jawapan untuk ketidakpuashatianku.

‘Qay dari kecik sampai dah bersuami pun masih tak habis- habis mengelamun ye’. Sisa ketawa papa masih lagi kedengaran.

‘Nak buat macamana papa, Qay dah memang lahir dengan sifat begitu’. Akhirnya ketawaku juga terhambur. Memang sejak kecil lagi aku terkenal dengan sikap mengelamunku yang merunsingkan mereka. Namun aku tetap menjadi anak manja keluarga aku dan keluarga abang Amril. Mereka telah menyayangiku seperti anak sendiri.

‘Nampak sangat anak papa ni tak pernah berubah. Sama macam dulu. Sentiasa cuba menceriakan orang disekitarnya dengan sikap happy go lucky ye. Contohnya sekarang walaupun hatinya remuk dia tetap tersenyum untuk menyedapkan hati papa’. Walaupun bermula dengan gurauan, ayat terakhirnya menyentap aku.

‘Papa…’ aku terkedu untuk menyambung ayatku.

‘Anak papa seorang yang kuat. Papa tahu walau apapun yang terjadi dia boleh mengharunginya dengan berani. Papa nak Qay bahagia. Papa tak kisah jika Qay perlu berpisah dengan dengan Amril untuk kebahagiaan Qay. Cukuplah dengan kesengsaraan yang Qay hadapi selama setahun ini Qay.’

Aku yang mendengar kata papa, tersentuh. Semuanya inginkan kebahagianku, mereka tidak mengungkitkan kesalahanku memerangkap anak mereka sehingga semua perkara ini terjadi. Kerana sikap tamakku keluargaku merana, aku kehilangan satu – satunya kawan baikku dan Abang Ril yang begitu menyayangiku menjauhkan diri, membenciku.

‘ Papa dah maafkan Abang Ril?’

‘ Entah Qay. Papa tak rasa papa boleh maafkan dia selepas apa yang dia dah buat pada Qay. Papa kecewa dengan dia Qay.’

‘ Papa, sebenarnya Qay yang bersalah. Rasanya kalau Qay tidak memaksanya kahwin dengan Qay mesti Abang Ril tak berubah sebegini dan mesti Abang Ril bahagia bersama pilihan hatinya. Mama dan papa pun gembira. Kalau perkahwinan ini tidak terjadi mungkin hanya Qay yang kecewa dan mungkin lama kelamaan Qay sedar dari kekecewaan itu tetapi sekarang, Qay menyebabkan seluruh keluarga kita menderita. Maafkan Qay papa. Maafkan Qay.’ Aku menangis sambil melutut di hadapan bapa mertuaku.

‘Papa dah maafkan Qay. Qay buat sedemikian keran cinta Qay. Kadang – kadang cinta membuatkan kita hilang pertimbangan. Sekarang Qay dah sedar kesilapan Qay dan menjadi seorang wanita yang matang. Sekarang Qay dah tahu apa yang baik dan buruk. Ingat Qay, segala – galanya tentang diri kita telah tertulis. Kita tidak boleh menukarkannya atau menangisinya. Qay bersujudlah kepada - Nya untuk kebahagian Qay. Papa pun akan berdoa atas kebahagiaan Qay.’

‘Terima kasih papa. Qay berharap satu hari nanti papa akan maafkan Abang Ril seperti mana papa maafkan Qay.’

‘ papa…’ku ingin menyambung lagi namun tersekat.

‘ Ye Qay ada apa?’

‘ Papa tak serius tentang penyerahan harta tukan?’

‘Tak Qay, papa serius. Amril perlu diajar. Dia tu anak tak kenang budi. Kalau bukan disebabkan oleh ayah Qay mesti kami takkan kecapi kemewahan sebegini.’

‘Tapi papa, masa ayah tolong papa dia tak pernah mengharapkan balasan, dan Qay juga berkahwin dengan Abang Ril bukan disebabkan kekayaan ini papa’.

‘ kalau papa teruskan juga rancangan papa, Abang Ril akan membenci Qay selama – lamanya kerana merampas hasil titik peluh papa dan Abang Ril. Tolonglah papa, Qay tidak mahu dibenci oleh Abang Ril selamanya. Walaupun tidak diterima sebagai isteri sekarang namun siapa tahu pada masa akan datang Abang Ril boleh terima Qay sebagai sepupunya balik’.

‘ Tapi Qay..’

‘ tak papa, kalau papa betul – betul sayangkan Qay dan tidak mahu Qay dibenci oleh ABang RIl selam – lamanya jangan rampas hak suami Qay daripadanya. Tolong papa. Mungkin iniadalah permintaan terakhir dari Qay. Maafkan Abang ril dan jangan rampas hak Abang RIl..

Melihat keadaanku bapa mertuaku terkedu dan menggangguk akhirnya.

@@@

Aku yang ralit menekan papan kekunci komputerku untuk menyiapkan tugas yang telah diberi di firma yang diterajui oleh Encik Qayril terganggu apabila Kak Wani, setiausaha Encik Qayril terpajak di hadapan mejaku.

‘ Kenapa kak Wani? Ada apa – apa ke? Atau saja nak mengelat ni?’ aku mengusik Kak Wani yang sudah aku rapat sejak hari pertama aku menjalani praktikal di sini. Selain kak Wani, kak Mariam dan kak Risha, receptionist sudah menjadi geng aku.

‘ Mengelat apa bendanya Rina. Ni pakcik jual minyak kita nak jumpa awak.’ Sempat lagi kak Wani melabelkan Encik Qayril sebagai pak cik jual minyak.

‘Kenapa Kak Wani ada apa – apa ke?’ Encik Qayril hanya berjumpa di biliknya sekirannya ada urusan sahaja, kalau tidak pak cik itu akan berkunjung ke tempat kerja kami itu untuk aktiviti jual minyaknya.

‘Tak tahu pula Rina, dia hanya suruh panggil awak. Mungkin dia nak jual minyak kat awak pula kut memandangkan tiada siapa yang membelinya hari ni.’

‘Hisy kak ni nanti didengar oleh pak cik tu kang’. Walaupun Encik Qayril seorang yang peramah takkan dia akan duduk diam mendengar orang melabel dia pak cik. Ikutkan rupa dia mungkin baru awal tiga puluhan kut.

‘Alah sebab dia tak dengarlah aku kata, awak jangan pula pi kata kat dia yang aku cakap macam tu. Naya aku nanti’. Aku yang mendengar tersenyum. Takut juga kak Wani ni pada pak cik tu. Oopps….

‘Hmmm. Boleh asalkan tengah hari nanti akak belanja.’ Aku sekadar ingin menduka kak Wani.

‘Lah… kena belanja pula. Takpelah. Boleh je. Lain kali awak pula yang belanja’. Aku yang mendengarnya ingin membantah kerana aku ingin sekadar bergurau.

‘ Saya pun awak kena belanja juga.’ Kak Mariam menyampuk.  Alamak, dari mana pula Kak Mariam datang ni. Janganlah dia salah anggap niat bergurau aku.

‘ Hish, kak ni,  mana boleh. Gaji akak lagi tinggi dari saya tahu tak . Sepatutnya akak yang belanja kita orang.

‘Tak boleh. Kalau tak belanja akak report kat bos. Haha apa macam.’ Aku yang tiada modal untuk bercakap hanya menjadi penonton untuk drama mereka berdua ini.

Beginilah keadaan officeku setiap hari. Sekurang – kurangnya hari aku di office sentiasa ceria dan ia menolong aku untuk melupakan sekejap masalah aku. Tanpa memberi pandangan aku bangun menuju ke bilik Encik Qayril yang khabarnya sedang menungguku. Lalu aku membuka pintu selepas pengetuk pintunya.

‘Masuk Qayrina. Duduk’

‘ Terima kasih Encik Qayril. Ada apa yang boleh saya bantu’.

‘Macamana dengan suasana office? Awak selesa? Semua staff memberi tunjuk ajarkan?’ bertalu talu soalan ditujukan untuk diriku. Aku tersenyum dengan soalan – soalan itu sebab ia jelas menunjukkan dia ingin aku selesa di sini.

‘Ye Encik Qayril, saya gembira sangat bekerja di sini. Semua staff memberi pertolongan bila diperlukan’. Ia itu adalah ikhlas dari aku. Aku sangat gembira di sini, dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang merupakan waktu kemuncak kegembiraan aku.

‘Baguslah begitu. Tiada yang menguratkan?’ walaupun suaranya tegas namun aku tahu dia masih bergurau.

‘ Taklah Encik Qayril’

‘Sebenarnya, ada hal saya nak awak’

‘Ada apa bos?’

‘Suami awak sakit ke?’

Aku terkejut dengan pertanyaan bos. Bagaimana dia tahu? Takkan kak Mariam bagitahu kut? Hanya dia tahu mengenai keadaan Abang Ril.

‘Jangan salah anggap saya terdengar awak sedang cakap guna telefon di pantry dua hari lepas.’

‘Oh bukan sakit Encik Qayril tetapi kemalangan.  Dia kemalangan dua minggu lepas. Sekarang dia ada kat rumah.Berehat’

‘Mesti awak penat menjaganya kan?

Aku terkedu dengan soalan majikan aku tu.

‘Lingkaran gelap sekeliling mata awak tu masih kelihatan walaupun awak cuba menyembunyikannya dengan make up Qayrina.  Dan mata awak sembam, mesti awak banyak menangis sejak kebelakangan ini kan?’.

Aku tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. Aku bukan penat menjaga tetapi penat memikir masa depan. Menangisi masa depan aku dan keluarga kau. Melihatkan kesenyapanku Encik Qayril bangun dari tempatnya dan mendekatiku.

‘Qayrina, tak baik membazirkan airmata dengan sesuka hati.  Airmata awak sangat berharga .Pastikan ia mengalir untuk alasan yang kukuh.’

Suara tu.. suara tu macam aku pernah dengar. Panggilan Qayrina, mungkinkah dia orangnya. Kalau bukan kenapa jantungku berdegup sebegini kuat melihatkan wajahnya yang penuh syahdu dan mendengar suaranya yang penuh sendu untukku. Mungkinkah dia takdir aku?

‘Qayrina..’

‘Saya tahu , kita ni berlainan jantina dan bukan muhrim, mungkin awak tidak selesa berkongsi masalah awak dengan saya. Namun awak ada Mariam. Dia seorang yang baik hati.  Dia juga sudah berumahtangga. Mungkin dia boleh menolong awak untuk mengurangkan beban hati awak.

Aku yang masih dalam keadaan mamai dengan perasaan keliru hanya menggangguk.

‘Walaupun prestasi awak masih baik walaupun dengan semua masalah yang awak hadapi, saya masih tidak mahu awak mengalami stress kerana ia sedikit sebanyak akan menyebabkan awak lalai dalam kerja awak.’
Aku sekali lagi hanya mengangguk kepala  kerana masih belum kuat untuk menjawab soalannya.

‘Baguslah kalau macam tu. Awak betulkan balik yang saya sudah tandakan dalam fail ini.’

‘Baik Encik Qayril. Saya keluar dulu’. Aku mempersilakan diriku keluar kerana aku tidak dapat menahan diri lagi dari panahan matanya.Aku sudah mula takut dengan dirinya.

‘Qayrina, hanya senyuman yang sesuai dengan muka awak bukan kesuraman.’

Walaupun kata – katanya padaku tiada maksud yang jelas, aku tetap memberi senyuman ikhlas untuk tatapannya.

‘That’s better. Oh, one more thing. Tolong pass fail tu kat Mariam esok. Sebab saya kan bercuti seminggu start esok.’

Aku dengan anggukan keluar dari bilik dan bersedia untuk dihujani dengan pelbagai soalan.

‘Apa yang bos cakap?’. Ah kan aku dah kata. Kak Wani memulakan sesi soal jawab.

‘Oh dia suruh betulkan balik kesalahan dan suruh passkan fail ni kat kak Mariam esok sebab dia nak pergi bercuti’. Itulah yang harus dijelaskan kerana perkara lain aku tidak mahu berkongsi entah kenapa aku rasa ia terlalu private pula

‘Hah betullah tu. Pakcik tu nak pergi honeymoon lagilah’. Kak Mariam membuat tebakan pantas.

 ‘Honey moon?  Dengan siapa?’ aku jelas terkejut dengan bicara Kak Mariam itu. Hatiku merasakan ada sesuatu yang tidak patut ku ketahui akan terlerai sekejap lagi.

‘Adui.. Rina sayang. Dengan siapa lagi. Dengan isteri dialah. AKak yang booking ticket untuk dia dan isteri dia tadi’. Kak Wani membuatkan hatiku hancur berkecai sekali lagi.

‘Encik Qayril sudah Kahwin?’

Monday, 4 February 2013

BAB 7 BERDOSAKAH AKU MENCINTAIMU



Aku memandang biasanku di cermin meja solek. Tidak tahu apa yang harus ku luahkan pada masa ini. Sudah tiga hari Abang Ril tidak pulang ke rumah. Papa pun baru balik dari hospital. Nampaknya tiada siapa pun ingin bercakap tentang abang Ril dan ini jelas menunjukkan kemarahan ahli keluargaku kepada Abang Ril belum surut.

Dengan keluhan berat aku mengemaskan lilitan tudung di kepalaku. Ya, sudah tiba masa untuk aku menjaga aurat demi si dia. Biarlah siapapun dia, kalau sudah termaktub namanya di sisiku di lohmafuz, maka aku akan menerimanya dengan seadanya. Aku sudah letih mengejar bayang – bayang. Kalau apa yang ada sekarang bukan milikku maka akan ku lepaskan dengan hati yang rela.
Kini aku ingin menunggu sehingga takdir menemukan jodohku. Buktinya, sudah tiga hari berturut – turut aku mengalami mimpi yang sama dengan permintaan yang sama, cuma mukanya tidak ku dapat lihat dengan jelas. Yang penting aku telah bersedia. Ya aku telah bersedia untuk menemui takdir yang tertulis untukku.

@@@

Aku menuju ke arah bangunan yang tersergah megah itu. Walaupun hatiku berdebar – debar, namun ku tahan sebolehnya. ‘Superior Accounting Firm’, itulah nama firma yang akan ku menjalani latihan praktikal selama 6 bulan sebelum memegang segulung ijazah. Ijazah yang ku perlukan untuk menjamin masa depanku.

‘Aku boleh buat. Aku boleh harunginya.’ Aku terus menerus memberikan semangat kepada diriku sendiri sambil berdiri di hadapan lif bangunan itu.

‘Maaf cik, office Superior Account Firm kat tingkat berapa ye?’ soalan yang tiba – tiba dari arah belakang mengejutkan aku. Aku memusingkan badanku dan melihat seorang lelaki bersut dengan beg bimbit di tangannya sedang tersenyum.

‘Alamak dia ada dengar tak bebelan aku? Hish memalukan betul’. Aku mengumam dalam hati, tidak berani untuk menyuarakan kerana takut didengari. Dia ni senyum ramah ke, senyum ejek? Aku yang tidak dapat memikirkan apa – apa terus melihat papan tanda maklumat di sebelah kanan lif.

‘Tingkat 7’.

‘Terima kasih ye cik’. Lelaki itu masih tersenyum sambil memboloskan dirinya ke dalam lif yang telah terbuka.

‘Cik tak nak masukke?’ soalnya kepadaku dan entah kenapa gelengan yang menjadi jawapan. Lelaki itu hanya menjungkit bahunya sebelum pintu lif tertutup.

Aku yang baru tersedar apabila pintu life tertutup rasa menyesal pula kerana tidak mengikut lelaki tadi kerana jam tanganku hampir menunjukkan pukul 7.55 pagi dan aku perlu mendaftarkan diri kepada MD Superior Account Firm pada pukul 8 pagi. Kalau lambat apa pula difikir oleh bos tentang aku, first day pun datang lambat. Reputasi jatuh menjunam.

Satu lagi perkara tentang lelaki tadi membuatkan aku menggaru kepalaku walaupun tidak gatal. Dah terang – terang ada information board kat tepi lif, kenapa tanya aku pula? Takkan tak tahu baca kut? Tapi nampak macam berpelajaran aje dengan berkot bagai? Mungkin salesman kut, sekarangkan tak kira pangkat dan kerja semua ingin kelihatan smart? Ataupun dia tak perasan board tu. Aku menenangkan hati sendiri. Lagipun ada perkara lebih penting yang memerlukan perhatian aku dari memikirkan tentang lelaki tadi.

@@@

‘Maaf cik, boleh saya bantu?’

Akhirnya dengan penuh debaran, aku tercegat di hadapan reception firma praktikalku tepat pukul 8.00 pagi. Bagus sempat juga aku on time.

‘Ye, nama saya Qayrina Hakim. Saya adalah pelatih yang datang dari UTM untuk tujuan praktikal. Sepatutnya pihak cik dah dapat surat dari fakulti kami’. Aku memperkenalkan diri serba ringkas kepada wanita cantik yang penuh senyuman itu. Mestilah penuh senyuman, nama pun receptionist, orangnya mestilah cantik dan manis seperti wanita di hadapannya itu.

‘Yeke? Cik boleh jalan terus sampai ke hujung dan belok kanan, dan berjumpa dengan setiausaha MD kita dulu. Nanti saya akan inform kat dia tentang kedatangan cik.’ Sungguh peramah wanita itu memberi arahan kepada ku.

Dengan membalas senyuman wanita itu, aku terus melangkah ke arah bilik yang bertanda Managing Director.  Di luar bilik itu ada ruang menunggu dengan sofa dan tepinya ada satu ruang kerja dengan seorang perempuan muda sedang menjawab telefon.

Melihat aku berdiri di hadapannya, perempuan muda itu terus meletak gagang dan memberi senyuman kepadaku. Wah bestnya, semuanya nampak baik dan mesra. Harap 6 bulanku di sini akan berjalan dengan lancar.

‘Selamat datang ye, Cik Qayrina. Saya Wanee, setiausaha MD, bos tengah tunggu cik di bilik dia, jom masuk. Aku yang masih belum menemui kekuatan sepenuhnya hanya melangkah di belakangnya tanpa kata.
Baru ingin melangkah masuk bilik besar dengan perhiasan ekslusif itu, aku terkejut melihatkan kelibat yang menunggu kedatanganku.

‘Takkanlah dia? Tapi kalau dia, kenapa dia buat macam tu?’

Mungkin melihatkan eksperesi mukaku yang terkejut dia memberi senyuman yang sukar diertikan.

‘Masuklah Cik Qayrina. Ingat, anda nak buat latihan praktikal accounting bukan praktikal jaga pintu.’ 
Kelibat yang sedang melihatku sambil duduk di kerusi MD itu, bersuara.

‘Dia sindir aku ke? Sarkastik sungguh lelaki ni. Tadi depan lif, dia mengenakan aku, sekarang dia kenakan aku balik. Tingkat berapa konon. Macamanalah nak berkerja dibawahnya ni.’ Aku mengutuk bos aku dalam hati sambil memberi senyuman sumbang.

‘Duduklah’. Bos aku mempelawaku duduk.

‘Nama saya Muhammad Qayril Danial Asyraff. Saya bos awak di sini.’

‘Huish panjangnya nama’. Aku bergumam dalam hati.

‘Kenapa panjang sangat ke?’soalnya sambil menjungkit kening.
 Soalan bos aku menyentakku. Takkan dengar kut, aku hanya gumam dalam hati. Namun aku hanya senyum sumbing sambil menggeleng kepala.

‘Nama saya ni, ada sejarah tersendiri tau. Sebenarnya datuk dan nenek saya nak letak nama Muhammad Asyaff, mama saya pula nak letak Qayril manakala ayah saya seorang mualaf asal England nak letak nama Danial sebab itu nama ayah dia. So last sekali terciptalah gabungan nama saya.’ 

Aku yang mendengar sejarah namanya tersenyum. Patutlah nampak semacam je. Mat celup rupanya. Namun, penjelasannya cukup menunjukkan dia bangga dengan namanya.

‘Hmm siapa yang bagi nama aku ye?’
‘Tak tahu pula. Sebenarnya tak pernah ingin tahu pun. Takpelah nanti balik akan ku tanya ibu’. Aku melayan diriku tanap menghiraukan manusia yang duduk dihadapanku itu.

‘Nanti saya panggilkan mentor awak selama 6 bulan awak di sini’. Lalu bos aku mengangkat gagang dan menekan sesuatu.

‘Ye, Mariam, tolong masuk sekejap’. Tidak sampai beberapa minit bos aku meletak gagang, seorang wanita dalam lingkungan tiga puluhan masuk ke bilik.

‘Yes bos, boleh saya tolong?’ Wanita yang masuk ke bilik itu terus menanyakan tujuan dia dipanggil dengan muka yang ceria.

‘Yes Mariam, kenalkan ini Cik Qayrina. Seperti yang telah kita bincang, awak akan jadi mentor kepada Cik Qayrina selama dia berada disini’.

Mendengar perkataan mentor aku memberi senyuman manis kepada wanita yang bernama Mariam itu. Harap dia tidak mengganggapku bodeknya sudah.

‘Ok Cik Qayrina, selamat  menjalankan praktikal anda ye. Harap anda dapat menyesuaikan diri anda dengan suasana office kita. Panggil saya kak Mar ye’. Kak Mar yang sungguh ceria itu mengenalkan diri dan aku mengangguk kepala sebagai tanda penerimaan.

‘Sebenarnya Encik.. Encik’. Aku tergagap kerana tidak tahu bagaimana hendak memanggil bos aku itu. Dahlah nama panjang. Takut terpanggil dengan nama yang tak sesuai dan menimbulkan kemarahannya. Naya nanti.

‘Panggil sahaja Encik Qayril’. Ujarannya menghasilkan senyuman di bibirku.

‘Sebenarnya, Encik Qayril, kak Mar, saya Puan Qayrina Hakim bukan Cik lagi.’ Entah kenapa aku teringin menjelaskan kedudukan aku. Mungkin kerana aku tidak mahu terlibat dengan apa – apa masalah selama aku menghabiskan praktikalku di sini.

‘Lah dah berpunya ke? Melepaslah saya’. Suara Encik Qayril seakan sayu dan mukanya sedih.

‘Hah, kan dah aku kata’. Gumamku sendiri.

‘Bossss’, kak Mar meleret sambil memandang geram bos kami itu.

‘Ok .. ok Kak Mar yang tersayang. Jaga adik awak Puan Qayrina ni ye’. Ketawa Encik Qayril jelas kedengaran.

‘Bos…’ sekali lagi suara kak mar meleret geram.

‘Just joking ok. Anyway Puan Qayrina, awak boleh buat. Awak yakinlah dengan diri sendiri yang awak boleh harunginya.’

‘Alamak dia dengar bebelan aku kat tingkat bawah rupanya’. Mukaku membahang. Aku hanya tersengih sebelum keluar dari bilik bos aku tanpa melihat senyuman di muka bos aku itu.

‘So, Puan Qayrina..’

‘Panggil saya Rina kak. Tak payah formal sangat’. Aku menyampuk percakapan kak Mar supaya tiada kejanggalan antara kami.

‘Baguslah. Maaf ye sebab bos menggatal. Dia tu memang begitu, pantang dapat peluang mesti nak jual minyak. Namun hati dia cukup baik’. Kak Mar menyokong Encik Qayril. Mendengar komen kak Mar itu membuahkan senyuman di bibirku. Nampaknya dia memang mesra alam dengan semua.

‘Ye ke. Takpelah dia bukannya tahupun saya dah kahwin kak Mar’.

‘Heh, taklah. Dia dah tahu dah. Kan pihak universiti ada hantar particular Rina kat kita, dia tu saja nak mengenakan kamu tu’.

‘Lah yeke?’ Itu sahaja yang terluah dari mulutku. Hari pertama sendiri dah dikenakan bos dua kali. Aduh apelah nak jadi untuk 6 bulan yang datang.

Hari pertamaku di Superior Account Firm walaupun tidak seperti yang dijangkakan namun aku berasa amat suka dengan suasana kerjanya. Semuanya mesra dan sedia untuk menolong.
Sampai dah pukul 5 petang, aku tak perasan. Sememangnya aku terasa masaku berlalu dengan cepat di sini. Sedang aku mengemas barang, aku menerima panggilan. Melihat paparan di Iphone 4Sku, nama mama terpapar. Lalu aku menjawab panggilan itu.

‘Qay, Amril kemalangan , dia ada kat hospital sekarang.’

Aku yang mendengar berita kemalangan itu, terasa ingin pitam. Baru ingin merasa sedikit kebahagian dan ketenangan namun ia dirampas dengan begitu rakus. Walaupun aku terasa hati dengannya, dia masih suami dan aku masih memerlukan suamiku walaupun aku tidak diiktirafnya.

Tuesday, 22 January 2013

Bila Terkena Tempias Cinta!



hi.. kawan - kawan.. ini cerpen ala - ala sengal ye. harap disukai.. kalau ada salah silap maaf ye..jgn lupa tinggalkan komen..




‘Tengku Daniel Asyraff’ tengkingan Tan Sri Tengku Kamaruzaman pada oktaf tertinggi itu mampu mengegarkan rumah banglo 2 tingkat mereka tetapi bukan hati si Daniel yang merupakan anak tunggal kepada magnet perniagaan itu. Daniel yang baru balik entah dari mana awal pagi itu hanya memberi pandangan selamba kepada tengkingan ayahnya itu.

‘Abang sabarlah, Danielkan masih muda lagi. Bagilah masa untuk dia berseronok dulu. Nanti lambat laun dia sedarlah tanggungjawabnya’. Puan Sri Zuraida tersepit antara suami tercinta dan anak yang tersayang. Dia tidak tahu siapa yang dia patut sokong. Akhirnya anak meraih undi sokongannya.

‘Zue, cuba tengok betul –betul anak kesayangan kamu tu. Sanggup awak kata muda? Nak abang tunjuk sijil lahir dia ke? Dia tu dah nak masuk 30 tahun Zue. Kawan seuniversity dia tu. Apa nama dia? Azar? Adzfar? Dia tu dahlah ada anak  seorang, dengar kata isteri dia mengandung lagi. Tahu je tanggungjawab dia. Boleh je dia bahagia tetapi anak awak ni suruh kahwin tak nak kahwin. Kata tak jumpa yang serasi. Tapi lagaknya mengalahkan mat saleh pula. Tiap – tiap hari bertukar pasangan. Balik awal dinihari. Bila tegur buat selamba badak dan awak suruh saya bersabar?’ Kemarahan Tan Sri Tengku Kamaruzaman telah meledak bah gunung berapi Krakatoa.

‘Tapi papa, Danny tak jumpa jodoh Danny lagi. Walaupun Danny berjoli sakan kerja Danny tetap tip topkan? Apa salahnya Danny bersuka ria untuk merehatkan minda Danny selepas penat bekerja?’ Tengku Daniel membela dirinya. Memang kerjanya sebagai Managing Director of Falcon Construction Pvt Ltd tidak pernah terjejas kerana kehidupan peribadinya. Gelaran playboy yang ditujukan kepadanya tidak pernah diendahkannya malah berasa bangga dengannya. Dirinya yang mempunyai pakej lengkap menjadikannya ‘chick magnet’. Perempuan yang melintasinya akan tertoleh untuk kali kedua dan dia bangga dengan itu. Dia tidak pernah bersusah payah untuk mengurat perempuan, hanya satu senyuman, satu ayat pujian dan satu jambangan ros, perempuan tersebut sudah dalam dalam dakapannya. As simple as that. Kalau ada yang menggelarkannya cara playboy dia kisah apa. Baginya dia hanya menjadi lelaki budiman yang melayan setiap wanita sebagai princess selagi dia ada disebelahnya.

‘Tengok tu, kita duk nasihat hingga kering air liur dia dah melayang entah ke mana. Bilalah anak awak nak berubah Zue?’ Tan Sri Tengku Kamaruzaman geram dengan sikap tidak peduli yang ditunjuk oleh anaknya. Walau berkali – kali diberi nasihat anaknya itu tetap liat bila datang bab tanggungjawab dan perkahwinan.

‘Danny tu anak abang juga bukan anak Zue sahaja. Asyik nak salahkan Zue sahaja kalau buat salah. Kalau baik jadi anak abang. Tak adil sungguh. Malaslah nak layan anak beranak ni’. Puan Sri Zuraida beredar dari ruang tamu itu dengan mencebik. Malas hendak melayan kerenah anak beranak awal pagi begini. Lebih baik dia pergi tidur.

‘Zue , Zue’ panggilan Tan Sri Tengku Kamaruzaman tidak diendahkan oleh isterinya itu. ‘Lah dah marah pula bini aku ni. Anak dah besar panjang, tapi sikap cepat merajuk dia ni tak pernah berubah.’ Tan Sri Tengku Kamaruzamamn mengelengkan kepala seraya bangun dari sofa dan menuju ke bilik untuk memujuk isterinya yang merajuk.

And you young man this is all your fault’. Sempat Tan Sri Kamaruzaman menyalahkan Danny yang tersenyum melihat adegan boleh dikatakan romantik antara ibu dan ayahnya itu.‘ And one more thing, petang nanti sepupu kamu, Mukhlis nak datang rumah. Dia akan tinggal di sini untuk sementara waktu so cancel all your unnecessary appointment in the evening. I want to see your face at home after we come from office. Understand Danny?’ Muka tegang Tan Sri Tengku Kamaruzaman.
Mata Daniel yang kuyu dek mengantuk terus celik. ‘Muklis? Sepupu? Sepupu mana pula ni?’

@@@@@

‘Papa mana sepupu yang papa bagitau pagi tadi. Lambat lagi ke? Kalau lambat, Danny nak keluar dululah.’
‘Sabarlah Danny, kata mak cik kamu tu Muklis tu datang dari Penang naik motor. Bukannya dekat jarak Penang dengan KL ni’. Lagi satu, bukankah papa dah kata batalkan semua appointment kamu tu.’
‘Papa hanya kata batalkan unnecessary appointments papa. Yang Danny nak pergi sekarang adalah very very important appointment.’

‘Danny ingat papa tak tahu ke yang Danny nak jumpa si Rosie anak Datuk Ismail tu. Dia kan appointment penting Danny?’ Tan Sri Tengku Kamaruzaman sememangnya keep on track semua aktiviti anaknya sejak kebelakangan ini. Sikap Danny yang keterlaluan menyebabkan dia terpaksa membuat begitu untuk mengelakkan dia membuat sesuatu yang memalukan keluarganya.

‘Papa pasang spy untuk mengekori Danny? Dia sememangnya terkejut dengan kenyataan ayahnya. Perbuatan ayahnya seperti membelenggu kebebasannya. Dia bukan budak kecil untuk sentiasa diperhatikan. Dia ada kehidupan sosialnya yang sendiri.

Sebelum dia membuka mulut untuk bertanya lebih mengenai perkara tadi, kedengaran bunyi motosikal yang kuat dari luar pagar. Bunyi enjin motor diselangi dengan bunyi hon yang membingitkan membawa semua penghuni banglo itu  ke perkarangan untuk melihat gerangan yang datang itu.

Apabila pintu pagar automatic itu terbuka, terpampang sebuah motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Ninja hijau memasuki perkarangan banglo itu. Selepas mematikan enjin, empunya motor itu menurun dan berjalan menuju mereka. ‘Dia ni ke Mukhlis?’ sempat Danny mengomel.

@@@@@

Hei bro, what’s up? Awat you ni suka sangat mengelat setiap kali kita bertembung ah? You tak suka I duduk sini ke?. Sememangnya sejak seminggu Muklis datang ke rumahnya, Danny cuba mengelak dari bersua muka dengan sepupunya itu. Dia tidak berasa selesa untuk berada dekat dengan sepupunya yang baru berumur 23 tahun itu. Dia sendiri tidak tahu sebabnya. Mungkin sebab perwatakan lelaki itu lebih jauh ragged daripadanya. Dia merasakan yang dirinya kelihatan tua bila bersebelahan dengan dia ni. Lebih – lebih mamanya sendiri memberitahu yang Mukhlis nampak lebih handsome dan sweet berbandingnya. Ego lelakinya terasa tercabar. Perkara yang paling dia tidak suka adalah Muklis kelihatan lebih tinggi berbanding dengannya walaupun lebih kurus berbandingnya. Sakit hati sungguh.

‘Tak ada apa. Saya busy sangat sebab tu tak dapat sembang dengan awak.’ Danny memberi alasan.

‘Hmmm, ok. Hari ni Sunday kan. You free tak sekarang?

‘Kenapa?

‘Jom keluar shopping. I bosanlah duduk terperap kat rumah.’

‘Shopping?’ kening Danny terjungkit dengan kenyataan Mukhlis.

‘Maksud saya lepaklah bro. Sambil – sambil itu kita shoppinglah. Maybe kita beli sesuatu untuk aunty dan uncle.’ Mukhlis menjelaskan panjang lebar.

‘Yelah Danny, kesian Mukhlis. Sejak datang sini tak pernah keluar pun. Bawa dia pergi bersiar- siar. Papa pun ada suruh mama bagitahu dekat Danny sebelum dia keluar bermain golf tadi’. Puan Sri Zuraida entah dari mana tiba- tiba menyampuk perbualan mereka.

‘Bestlah auntie ni. Nanti Ilis beli apa- apa untuk aunty ye’.

‘Betulke ni Mukhlis? Wah seronok aunty. Ada juga yang sanggup belikan untuk aunty. Nak harapkan si Danny ni, kempunanlah aunty’.

Mendengar kat Puan Sri Zuraida, Mukhlis melontarkan senyuman kepada Danny sambil kenyit mata. Seraya itu Mukhlis mencium pipi Puan Sri Zuraida.

Melihat adegan itu, Danny berdengus dengan kuat. Dia cemburu dengan kemesraan Mukhlis dengan ibunya. Mengada betul. Sampai hati ibunya melebihkan si Mukhlis itu di depannya. Dahlah muka licin macam muka perempuan ada hati nak lawan macho dengannya. Tetapi arahan papanya memang tidak dapat ditolaknya. Mahu tak mahu dia terpaksa mengikut ‘mamat gedik’ ni. Semakin hendak menjauhi semakin dekat pula dia ni.

@@@@@

Mid Valley menjadi tumpuan Danny, itu pun sebab mamat gedik yang sibuk memasuki setiap butik yang dilihatnya. ‘Dia ni mengalahkan perempuanlah bab shopping ni’. Danny mengumpat Mukhlis yang sibuk membelek pakaian wanita.

‘ Hoi Mukhlis yang awak dok belek baju pompuan lagi ni apahal?’. Hendak kata sedang membeli untuk ibu, tadi dah beli dah. Lagipun pakaian yang dia sedang belek mana sesuai untuk ibu.

‘Alah rileks lah bro, I nak pilih baju untuk girlfriend dan adik I ni. Mata Mukhlis masih menscan baju – baju di hadapan di salah sebuah kedai. ‘So kenalah pilih yang cun – cun’.

‘Adik? Adik mana pula ni? Adik perempuan ke? Dan lagi satu, dia ada girlfriend? Siapalah perempuan malang dapat lelaki lembut macam dia ni. Tapi adake perempuan nak kat dia?’ Namun soalannya tidak terluah, hanya tersimpan di hati.

‘Ok dah beli dah jom bro’.

‘Aik bila masa pula mamat ni membayar? Apa yang dibelinya?’ Danny hanya bermonolog sambil membuntuti Mukhlis.

‘Bro, I laparlah jom pi makan.’

‘Awak nak makan apa?’

‘Apa – apa aje asalkan you belanja.’ Mukhlis tersengih.

‘Kalau macam jom makan kat Pizza Hut’. Danny yang terlihat Pizza di hadapannya terus mempelawa Mukhlis ke sana. Malas hendak mencari restoren eksklusif bagai. Dia bukannya perempuannya pun untuk dia nak tackle dengan membawa ke restoren mewah.

Ok, no probs bro’.

‘Dia ni. Ingat diri dia ni mat salleh ke apa. Tak habis – habis dengan cakap omputihnya. Jangan ingat aku diam, aku tak tau apa – apa. Ini Tengku Daniel Asyarafflah graduated from Oxford University, idiot.' Daniel tak habis – habis mengumpat Mukhlis dalam hatinya.

Mereka berdua menikmati lunch mereka dengan penuh nikmat. Sudah 3 keping pizza Masala Chicken masuk ke perut Danial. Ternyata Daniel turut lapar kerana melayan Mukhlis yang kuat jalan.

‘Adui Danny. Ini baru layan sepupu kau. Apalah nak jadi dengan kau bila isteri kau nanti. Lagi – lagi dapat isteri yang shopaholic’. Kena workout ni’. Sempat lagi Danial mengelamun bersendirian. Dia sempat lagi menilik cara makan si Mukhlis di hadapannya, penuh tertib dan sopan. ‘Macam perempuan’ Danial mengguman antara dengar dan tak.

Ketenangan mereka berdua terjejas dengan suara seorang perempuan jerit teruja. Terujahlah sangat. Macam bunyi Pontianak di tengah malam adalah.

‘Hi sayang. Tak tau pula sayang ada kat sini. Kalau tak, tentu I dah suruh temankan I shopping. Boleh you pilihkan baju untuk I.’ Seorang perempuan dengan baju tak cukup kain dengan rambut berkarat peluk bahu Danial yang masih duduk itu. Walaupun terasa geram dengan perbuatan lepas laku perempuan itu, lebih – lebih lagi dengan semua mata di Pizza Hut melihat drama mereka, Danial tetap memberi senyuman kepada perempuan itu.

‘Hi Sally, you shopping sorang dirike?’ membiarkan tangan Sally merayap di badannya, saja ingin menunjuk kepada lelaki di hadapannya yang dia sememangnya hot stuff di kalangan perempuan.

‘ Taklah I datang dengan kawan – kawan I sayang. Mereka kat sana tu’ Sally menunjukkan jari kearah kawan – kawannya yang turut melambaikan tangan kearahnya.

‘ Baguslah. Takut pula I, bila you shopping sendiri.’ Danial saja memaniskan lidahnya. Dalam hati entah apa yang dirasanya.

‘You nikan. Takut orang culik I ke? Alah tak de yang berani cuit I. I kan girl friend you. Siapa berani?’
Mendengar celoteh perempuan di hadapannya, Mukhlis terketawa.

Mendengar ketawa Mukhlis Sally menoleh ke arahnya. ‘Anyway siapa handsome guy depan you ni? Adik you ke?’

Soalan Sally menyentap Danial. Depan dia Sally kata Mukhlis handsome?

Cemburu ye? Sebab?

Kerana Mukhlis dapat perhatian Sally?

Bullshit. I don’t give a damn to her!

Tercabar?

Ermmm. Ye.

‘Dia sepupu I Tengku Mukhlis.’ Walaupun hatinya tercabar namun soalan Sally masih dijawabnya.

‘Oh tengku juga ke? Mesti kayakan. Hi I Sally’. Sally mengunjurkan tangannya untuk bersalam dan salamnya disambut Mukhlis dengan senyuman.

‘Sally? As in Salmah? Or Salbiah?’ Dengan muka bersahaja Mukhlis ingin mengenakan si Sally itu.

‘Awak ni. Kelakarlah. Ada orang lagike dengan nama macam tu sekarang, lagi – lagi perempuan cantik macam I ni, nama I Salena in short, Sally’. Sally menunjukkan gigi putihnya. Pada hal, sememangya nama dia Salmah binti Abu Seman.

Terus Sally memanggil kawan – kawannya yang berdiri tidak jauh dari mereka dan menemu ramah Mukhlis.
Tidak terkecuali ada yang cuba menggoda Mukhlis. Danial yang terasa tersisih hanya mendengus kuat.

Selepas setengah jam baru Pizza Hut itu menjadi aman semula. Sally dan kawan- kawannya meminta diri sambil Sally mencium pipi Danial.

‘Bro itu, girlfriend you ke? Dah bawa jumpa uncle dan auntie? Baguslah macam ni, boleh juga I merasa nasi minyak sebelum I balik.’ Mukhlis menggiat Danial yang jelas menunjukkan rasa lega apabila perempuan – perempuan berlalu.

‘Awak jangan merepek boleh tak, she just afriend.’ Danial menjawab sambil lap mulutnya. ‘Ye kawan, kawan yang sepatutnya menghilangkan bosan tapi sekarang dia sendiri telah menjadi seorang yang membosankan’. Luahan hati Danial tidak terluah.

‘Lah yeke? Ingatkan you guys couple sebab dia mencium awak macam tu. Kenapa awak tak suka dia? Atau you ada girl friend lain?’ Mukhlis ingin mengorek lagi rahsi Danial.

‘Saya memang ada banyak girlfriend tetapi tiada yang special. Semua adalah kawan biasa aje. Dan pasal cium tu, biasalah bersosial’ Danial masih menjawab soalan Mukhlis dengan tenang.

‘Lah kenapa bro? You bukannya muda macam I ni. Kahwinlah cepat. Bercinta itu syok bro, rasanya memang lain sangat. Cinta menjadi racun dan cinta juga menjadi penawar bro’. Mukhlis menerang dengan penuh emosi.

‘Awak ni jangan merepek boleh tak. Saya masih muda lagi. Baru nak masuk 30, belum lagi 30. Dan cinta? Cinta itu tak wujudlah Ilis. CInta itu hanya rekaan manusia untuk mengaburi mata kita. Cinta hanya nama yang diberi untuk hubungan intim pasangan. Bila dah bosan menggunakan, tiada ertinya lagi cinta itu. Cinta hanya mainan kata. Tiada maksud. Tadenya suci bagai.’ Danial meluahkan isi hatinya tentang cinta.

‘Bro, you ni belum lagi terkena tempias cinta. Sekali awak terkena, awak akan merasai syurga dan neraka di alam ini juga. I hanya takut you tak dapat mengapai cinta you apabila you sudah terkena tempiasnya. Dahlah bro jom balik, I letihlah.’ Mukhlis menutup bicara berkenaan cinta mereka itu.

@@@@@

Di parking lot, Danial masih membuntuti Mukhlis yang menuju tempat di mana motor hijaunya diparkir. Alamak, terlupa pula yang tadi naik motor dengan dia ni. Dia ni mat rempit sungguh. Menunggang taak ingat dunia. Naik dengan dia ni boleh tercabut nyawa. Itu satu hal. Hilang terus machonya kerana terpaksa membonceng budak hingusan itu.

Keluar dari parking lot, Muklis berhentikan motornya.

‘Bro tunggu saat ye’. Daniel terpinga  -pinga dengan perbuatan Mukhlis yang tidak dijangka. Mukhlis menuju ke arah seorang ibu yang sedang memegang anaknya di perhentian bas. Tidak semena dia memberi senyuman kepada ibu budak kecil itu dan senyumannya dibalas oleh ibu itu. Danial melihat Mukhlis sedang bercakap sesuatu kepada perempuan itu yang menyebabkan perempuan itu tersenyum malu.

‘Adoi, dia ni mat bunga sungguh. Ibu budak pun tak dilepasnya’. Dia rasa dirinya semakin kerdil dengan Mukhlis yang tak seberapa itu. Dia melihat Mukhlis mencangkung ke arah budak kecil itu dan mula mengacahnya. Budak itu pun tergelak dengan layanan Mukhlis.

Danial yang melihat mimik muka Mukhlis tersenyum tanpa sedar. ‘Comel juga dia ni’. Danny apa yang kamu merepek ni. Dia tu lelakilah. Mana boleh comel. Sedar sikit Danny.’ Danial berperang dengan perasaannya. Nasib baik tidak didengari oleh Mukhlis, kalau tak mesti budak itu akan membahannya. Lalu dia melepaskan nafas lega. Mukhlis yang puas hati, berjalan balik menuju ke arah Danny sambil tersenyum. Di kala itu, lesung pipi milik Mukhlis kelihatan sungguh mempersonakan bagi Danial. Mukhlis yang menghampiri Danny terus mencubit kedua – dua belah pipinya sambil berkata ‘Bro you pun comel macam budak tu jugalah’. Degupan jantung Danny mula hilang rentaknya.

@@@@@

‘Hello abang, abang kat mana ni?’

‘Adik, abang kat Munich ni.’

‘Bila abang balik?

‘Dalam seminggu lagi.’

‘Abang cepatlah balik. Adik takutlah. Apa akan jadi kalau mak cik Zue dan pak cik Zam dapat tahu kebenaran?’

‘Adik jangan risau. Biar abang balik dulu. Nanti kita bincang bersama pak cik dan mak cik.  Kalau adik bercakap sekarang kat mereka tentu mereka akan beritahu papa dan mama. Adik pun tahu kan papa dan mama tak suka abang buat macam ni’.

‘ Tapi abang’

‘Adik, adik jangan takutlah. Tunggu abang ye. Bye. Abang sayang adik tau’.

‘Adik pun’.

@@@@@

‘Mama… mama…’ Danial melaung nama mamanya sambil masuk ke dapur. Perutnya perlu diisi dengan segera sebelum sakit gastriknya datang menyerang lagi. Walaupun bermuka macho badannya masih lagi dikategorikan kepada delicate tak boleh menerima dugaan.

‘Hai bro baru balik… Auntie tak delah, dia keluar bersama uncle. You nak makan apa –apa ke? I boleh masakkan?’

‘Apa? Awak boleh masak? Biar betul.’Danny tersenyum sumbing dengan bicara Mukhlis.

‘Apa salahnya kalau tahu memasak. Nanti kalau girlfriend atau isteri I tak boleh memasak I boleh masakkan untuk dia, mesti dia bertambah sayang kat I. Ok apa…’

Mendengar penjelasan Mukhlis, hati Danial tersentak. Dia rasa nafasnya tersepit. Hatinya sedih. Kenapa dia pun tidak tahu. Sememangnya dia cemburu mendengarnya. ‘Ah, lelaki lembut macam awak ada girlfriend ke?’. Dihentamnya Mukhlis secara depan.

‘Bro, pompuan masa sekarang nak lelaki yang delicate, soft untuk menjaga mereka, mencintai mereka. Bukannya lelaki kasar macam pengusti WWF.

‘Yelah tu’. Danial yang ingin melangkah keluar dari dapur tidak semena – mena tersadung dengan kain pengelap kaki. Dalam usaha memegang sesuatu, dia tertarik sekali Mukhlis bersamanya dan ‘pomp’.

Danial terjatuh atas Mukhlis dan kerusi kayu jati terjatuh atas Daniel. Malangnya bukan itu sahaja yang berlaku. Kesakitan yang dialami kerana terhempap kerusi tidak dapat mengatasi keterharuan kerana Danial sedang mencium Mukhlis. Mata galak milik Mukhlis memanah tajam Danial sedangkan pipinya sudah pun merah seperti buah tomato. Walaupun berkali - kali dicubanya untuk bangun, namun kesakitannya di belakangnya dan berat kerusi itu menyebabkan Danial terhempap sekali lagi dan mencium Mukhlis. Dengan penuh kesusahan Danial mengalihkan badannya dari menindih badan Mukhlis. Mukhlis yang terkejut terus berlari ke biliknya.Hanya Danny yang terkebil – kebil di tempat duduknya sambil memegang pinggangnya.

@@@@@

‘Tidakkkkkk…. Aku bukan gay… aku tidak akan suka pada lelaki…. Aku tidak sama sekali akan suka pada Mukhlis. Tidak…’ Danny meraup mukanya untuk sekian kali.  Walau apa pun dibuatnya wajah itu tetap terbayang di tubir matanya. Dia tidak sanggup lagi menghadapinya. Dia tidak dapt melupakan seraut wajah yang kini telah memenuhi ruang hatinya. Dia menyesali hakikat hatinya terpaut kaum sejenisnya. Dia serabut. Hidupnya serabut sejak kehadiran Mukhlis dalam hidupnya. Air matanya menitis tanpa berhenti. Dia tidak dapat menghentikannya.

Kenapa? Kenapa? Kenapa bukan Sally? Kenapa bukan Rosie? Kenapa mesti Mukhlis? Mungkin inilah dimaksudkan Mukhlis sebagai tempias cinta. Dan dirinya sekarang sedang merana kerana dia tidak dapat mengapai cinta yang bersemi di hatinya. AHHHH.. Mukhlis lagi.

‘AKu benci kau Mukhlis…..’ dijeritnya kuat – kuat di atas puncak Cameron Highland yang sunyi itu.
Walaupun dicuba beribu kali untuk melupakan kelembutan bibir yang diciumnya. Dia masih belum bisa melakukannya. Dia masih dapat merasa lekuk badan Mukhlis melekat dibadannya semasa menindik badan Mukhlis.

Mama tolong Danny!...Danny dah menjadi gay. Tidak… Mama dan papanya tidak mungkin akan menerima hakikat yang anak tunggal mereka menyukai kaum sejenisnya. TIDAK>>>>>

@@@@@

Sudah seminggu lebih Danial cuba mengelak Mukhlis dan ternyata Mukhlis juga mengelakkan dirinya dari bertembung dengan Danial. Namun derita di hati Danial masih belum berkurang lagi. Ingin luah perasaannya kepada Mukhlis, takut tidak diterima. Ingin disimpan sendiri, dia tidak berupaya.

Danial yang melayan perasaan dari balkoni biliknyapada hujung minggu itu, ternampak sebuah kereta berhenti di hadapan rumah mereka. Dia yang mulanya tidak mengendahkan kereta itu, tetap memberi perhatian kepada manusia – manusia yang turun dari kereta BMW 7 series itu. Mereka disambut baik oleh ibu dan ayahnya. Kelihatan sepasang lelaki perempuan yang mungkin sebaya dengan ibu dan ayahnya manakala seorang lelaki yang muda mungkin lagi muda dari dia. Melihat ketibaan mereka dan cara mereka disambut, Danial teringat ketibaan Mukhlis ke rumahnya sebulan yang lalu.

Sememangnya Mukhlis susah dikeluarkan dari otaknya. Disebabkan Mukhlislah, Danial yang pernah tip top dalam kerjanya sekarang semakin merosot. Dia tidak dapat memberi komitmen kepada kerjanya selagi Mukhlis masih di pemikirannya. Dengan tidak semena, namanya dipanggil oleh mamanya untuk turun ke bawah untuk menyambut tetamu mereka itu.

Sedang dia menurun, dia mendengar lelaki muda itu sedang bercakap sesuatu, dan matanya tetap mencari Mukhlis. Walaupun ditegah hatinya tetap mencari Mukhlis. Parah sungguh.

‘Maaf pak cik Zam, mak cik Zue, Abang Danny, Mukhlis bersalah. Mukhlis yang memintanya mengantikan Mukhlis untuk 2 minggu ini sehingga Mukhlis habis membuat persembahan di Munich. Mak dengan ayah tidak merestui penglibatan Mukhlis dalam bidang nyanyian sebab itu Mukhlis terpaksa berbuat begini.

‘Kalau awak Mukhlis, siapa yang ada bersama kami selama sebulan ini?’ Danny bertanya dengan debaran di hati. Debaran hatinya melebihi orang yang berlari 100meter.

‘Munira’.

‘Apa?’Jelas kelihatan riak terkejut di muka penghuni banglo itu.

@@@@@

Perkahwinan Tengku Daniel Asyraff dan Tengku Munira Surihani berlangsung dengan penuh meriah. Malam itu, di kamar pengantin, Danial memandang isteri tercintanya dengan penuh kasih.

‘Kenapa abang melihat Ira macam tu? Seramlah Ira’.

‘Seram ye, abang lagi seram tau tak. Abang ingat abang dah senget suka kepada kaum abang sendiri. Nasib baik Tuhan sangat menyayangi abang, Ira yang abang anggap lelaki ini sememangnya perempuan yang paling cantik yang abang pernah jumpa’.Seraya itu tangan Danny mula merayap di pipi Munira.

‘Mesti abang sedih sangat bila abang fikir abang jatuh cinta pada lelaki kan?. Seperti dipukau Danial menganggukkan kepalanya.

‘Abang akhirnya terkena tempias cinta, namun menderita kerana ingatkan ia adalah cinta terlarang. Nasib baik cinta abang diterima oleh sayang walaupun abang tidak sempurna untuk sayang.’ Ucap Danial dengan penuh emosi.

‘Bukan sahaja abang, tapi Ira juga terkena tempias cinta abang, sememangnya Ira ingin memberitahu awal – awal namun melihatkan abang menjauhkan diri, Ira menjadi sedih dan pendamkan cinta Ira.’ Airmata Munira yang mengalir terus diseka oleh Danial.

‘ Tetapi abang dah dapat rasakan sesuatu yang pelik tentang sayang pada hari kita jatuh di dapur, namun abang abaikan sahaja. Tak tahu kenapa’.

‘Ye ke?Apa dia?’ Munira menunjukkan muka terujanya.

‘Bibir sayang. Ia terlalu lembut dan ranum untuk menjadi bibir lelaki, dan…’. Sambil itu, jarinya bermain – main dibibir Munira.

‘dan…’

‘dan… sebab sayang ada dua itu..’

‘itu’?

‘itu…’seraya itu mata Danny mencerlung ke arah dada Munira yang membukit.

‘Abang ni… jahatlah…. ‘ Munira memukul manja dada bidang Danny.

‘Yeke, abang belum pun tunjuk lagi kejahatan sebenar abang’. Lalu dia menolak Munira atas katil sambil menindihnya.Tiba – tiba dia mengangkat mukanya melihat muka Munira.

‘Just three things abang haramkan untuk sayang. One, no heels for you. Nanti sayang tinggi sangat dari abang. Two no motor for you. three no guys cloths for you. Abang tak suka sayang dingoratoleh perempuan lain. ’

‘yang dua itu Ira terima lah. tapi kenapa tak boleh naik motor?Abang takut naik motor ye’

‘Abang tak takut naik motor. Tapi takut naik motor dengan sayang. Kalah mat rempit di tangan sayang’.Pengalaman naik motor bersama isterinya tertayar di tubir matanya. Mati hidup balik pun dia tidak akan membenarkan isterinya menunggang motor lagi.

Ketawa pengantin baru itu bergema di bilik itu. Danial gembira, dia bukan gay dan kini dia dapat rasakan kesucian cinta isterinya itu.