hi.. kawan - kawan.. ini cerpen ala - ala sengal ye. harap disukai.. kalau ada salah silap maaf ye..jgn lupa tinggalkan komen..
‘Tengku Daniel Asyraff’ tengkingan Tan Sri Tengku Kamaruzaman
pada oktaf tertinggi itu mampu mengegarkan rumah banglo 2 tingkat mereka tetapi
bukan hati si Daniel yang merupakan anak tunggal kepada magnet perniagaan itu.
Daniel yang baru balik entah dari mana awal pagi itu hanya memberi pandangan
selamba kepada tengkingan ayahnya itu.
‘Abang sabarlah, Danielkan masih muda lagi. Bagilah masa
untuk dia berseronok dulu. Nanti lambat laun dia sedarlah tanggungjawabnya’. Puan
Sri Zuraida tersepit antara suami tercinta dan anak yang tersayang. Dia tidak
tahu siapa yang dia patut sokong. Akhirnya anak meraih undi sokongannya.
‘Zue, cuba tengok betul –betul anak kesayangan kamu tu.
Sanggup awak kata muda? Nak abang tunjuk sijil lahir dia ke? Dia tu dah nak
masuk 30 tahun Zue. Kawan seuniversity dia tu. Apa nama dia? Azar? Adzfar? Dia tu
dahlah ada anak seorang, dengar kata isteri
dia mengandung lagi. Tahu je tanggungjawab dia. Boleh je dia bahagia tetapi
anak awak ni suruh kahwin tak nak kahwin. Kata tak jumpa yang serasi. Tapi lagaknya
mengalahkan mat saleh pula. Tiap – tiap hari bertukar pasangan. Balik awal
dinihari. Bila tegur buat selamba badak dan awak suruh saya bersabar?’ Kemarahan
Tan Sri Tengku Kamaruzaman telah meledak bah gunung berapi Krakatoa.
‘Tapi papa, Danny tak jumpa jodoh Danny lagi. Walaupun Danny
berjoli sakan kerja Danny tetap tip topkan? Apa salahnya Danny bersuka ria
untuk merehatkan minda Danny selepas penat bekerja?’ Tengku Daniel membela
dirinya. Memang kerjanya sebagai Managing
Director of Falcon Construction Pvt Ltd tidak pernah terjejas kerana
kehidupan peribadinya. Gelaran playboy
yang ditujukan kepadanya tidak pernah diendahkannya malah berasa bangga
dengannya. Dirinya yang mempunyai pakej lengkap menjadikannya ‘chick magnet’. Perempuan yang melintasinya
akan tertoleh untuk kali kedua dan dia bangga dengan itu. Dia tidak pernah
bersusah payah untuk mengurat perempuan, hanya satu senyuman, satu ayat pujian
dan satu jambangan ros, perempuan tersebut sudah dalam dalam dakapannya. As simple as that. Kalau ada yang
menggelarkannya cara playboy dia kisah apa. Baginya dia hanya menjadi lelaki
budiman yang melayan setiap wanita sebagai princess
selagi dia ada disebelahnya.
‘Tengok tu, kita duk nasihat hingga kering air liur dia dah
melayang entah ke mana. Bilalah anak awak nak berubah Zue?’ Tan Sri Tengku
Kamaruzaman geram dengan sikap tidak peduli yang ditunjuk oleh anaknya. Walau
berkali – kali diberi nasihat anaknya itu tetap liat bila datang bab
tanggungjawab dan perkahwinan.
‘Danny tu anak abang juga bukan anak Zue sahaja. Asyik nak
salahkan Zue sahaja kalau buat salah. Kalau baik jadi anak abang. Tak adil
sungguh. Malaslah nak layan anak beranak ni’. Puan Sri Zuraida beredar dari
ruang tamu itu dengan mencebik. Malas hendak melayan kerenah anak beranak awal
pagi begini. Lebih baik dia pergi tidur.
‘Zue , Zue’ panggilan Tan Sri Tengku Kamaruzaman tidak
diendahkan oleh isterinya itu. ‘Lah dah marah pula bini aku ni. Anak dah besar
panjang, tapi sikap cepat merajuk dia ni tak pernah berubah.’ Tan Sri Tengku
Kamaruzamamn mengelengkan kepala seraya bangun dari sofa dan menuju ke bilik
untuk memujuk isterinya yang merajuk.
‘And you young man
this is all your fault’. Sempat Tan Sri Kamaruzaman menyalahkan Danny yang
tersenyum melihat adegan boleh dikatakan romantik antara ibu dan ayahnya itu.‘ And one more thing, petang nanti sepupu
kamu, Mukhlis nak datang rumah. Dia akan tinggal di sini untuk sementara waktu so cancel all your unnecessary appointment
in the evening. I want to see your face at home after we come from office.
Understand Danny?’ Muka tegang Tan Sri Tengku Kamaruzaman.
Mata Daniel yang kuyu dek mengantuk terus celik. ‘Muklis?
Sepupu? Sepupu mana pula ni?’
@@@@@
‘Papa mana sepupu yang papa bagitau pagi tadi. Lambat lagi
ke? Kalau lambat, Danny nak keluar dululah.’
‘Sabarlah Danny, kata mak cik kamu tu Muklis tu datang dari
Penang naik motor. Bukannya dekat jarak Penang dengan KL ni’. Lagi satu,
bukankah papa dah kata batalkan semua appointment kamu tu.’
‘Papa hanya kata batalkan unnecessary appointments papa. Yang Danny nak pergi sekarang adalah
very very important appointment.’
‘Danny ingat papa tak tahu ke yang Danny nak jumpa si Rosie
anak Datuk Ismail tu. Dia kan appointment
penting Danny?’ Tan Sri Tengku Kamaruzaman sememangnya keep on track semua aktiviti anaknya sejak kebelakangan ini. Sikap
Danny yang keterlaluan menyebabkan dia terpaksa membuat begitu untuk
mengelakkan dia membuat sesuatu yang memalukan keluarganya.
‘Papa pasang spy untuk
mengekori Danny? Dia sememangnya terkejut dengan kenyataan ayahnya. Perbuatan
ayahnya seperti membelenggu kebebasannya. Dia bukan budak kecil untuk sentiasa
diperhatikan. Dia ada kehidupan sosialnya yang sendiri.
Sebelum dia membuka mulut untuk bertanya lebih mengenai
perkara tadi, kedengaran bunyi motosikal yang kuat dari luar pagar. Bunyi enjin
motor diselangi dengan bunyi hon yang membingitkan membawa semua penghuni
banglo itu ke perkarangan untuk melihat
gerangan yang datang itu.
Apabila pintu pagar automatic itu terbuka, terpampang sebuah
motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Ninja
hijau memasuki perkarangan banglo itu. Selepas mematikan enjin, empunya motor
itu menurun dan berjalan menuju mereka. ‘Dia ni ke Mukhlis?’ sempat Danny
mengomel.
@@@@@
‘Hei bro, what’s up?
Awat you ni suka sangat mengelat setiap kali kita bertembung ah? You tak suka I
duduk sini ke?. Sememangnya sejak seminggu Muklis datang ke rumahnya, Danny
cuba mengelak dari bersua muka dengan sepupunya itu. Dia tidak berasa selesa
untuk berada dekat dengan sepupunya yang baru berumur 23 tahun itu. Dia sendiri
tidak tahu sebabnya. Mungkin sebab perwatakan lelaki itu lebih jauh ragged daripadanya. Dia merasakan yang dirinya
kelihatan tua bila bersebelahan dengan dia ni. Lebih – lebih mamanya sendiri
memberitahu yang Mukhlis nampak lebih handsome
dan sweet berbandingnya. Ego
lelakinya terasa tercabar. Perkara yang paling dia tidak suka adalah Muklis
kelihatan lebih tinggi berbanding dengannya walaupun lebih kurus berbandingnya.
Sakit hati sungguh.
‘Tak ada apa. Saya busy
sangat sebab tu tak dapat sembang dengan awak.’ Danny memberi alasan.
‘Hmmm, ok. Hari ni Sunday kan. You free tak sekarang?
‘Kenapa?
‘Jom keluar shopping. I bosanlah duduk terperap kat rumah.’
‘Shopping?’ kening Danny terjungkit dengan kenyataan
Mukhlis.
‘Maksud saya lepaklah bro. Sambil – sambil itu kita
shoppinglah. Maybe kita beli sesuatu untuk aunty dan uncle.’ Mukhlis
menjelaskan panjang lebar.
‘Yelah Danny, kesian Mukhlis. Sejak datang sini tak pernah
keluar pun. Bawa dia pergi bersiar- siar. Papa pun ada suruh mama bagitahu
dekat Danny sebelum dia keluar bermain golf tadi’. Puan Sri Zuraida entah dari
mana tiba- tiba menyampuk perbualan mereka.
‘Bestlah auntie ni. Nanti Ilis beli apa- apa untuk aunty ye’.
‘Betulke ni Mukhlis? Wah seronok aunty. Ada juga yang
sanggup belikan untuk aunty. Nak harapkan si Danny ni, kempunanlah aunty’.
Mendengar kat Puan Sri Zuraida, Mukhlis melontarkan senyuman
kepada Danny sambil kenyit mata. Seraya itu Mukhlis mencium pipi Puan Sri
Zuraida.
Melihat adegan itu, Danny berdengus dengan kuat. Dia cemburu
dengan kemesraan Mukhlis dengan ibunya. Mengada betul. Sampai hati ibunya
melebihkan si Mukhlis itu di depannya. Dahlah muka licin macam muka perempuan
ada hati nak lawan macho dengannya. Tetapi arahan papanya memang tidak dapat
ditolaknya. Mahu tak mahu dia terpaksa mengikut ‘mamat gedik’ ni. Semakin hendak
menjauhi semakin dekat pula dia ni.
@@@@@
Mid Valley menjadi tumpuan Danny, itu pun sebab mamat gedik
yang sibuk memasuki setiap butik yang dilihatnya. ‘Dia ni mengalahkan
perempuanlah bab shopping ni’. Danny mengumpat Mukhlis yang sibuk membelek
pakaian wanita.
‘ Hoi Mukhlis yang awak dok belek baju pompuan lagi ni
apahal?’. Hendak kata sedang membeli untuk ibu, tadi dah beli dah. Lagipun
pakaian yang dia sedang belek mana sesuai untuk ibu.
‘Alah rileks lah bro, I nak pilih baju untuk girlfriend dan adik I ni. Mata Mukhlis
masih menscan baju – baju di hadapan di salah sebuah kedai. ‘So kenalah pilih
yang cun – cun’.
‘Adik? Adik mana pula ni? Adik perempuan ke? Dan lagi satu,
dia ada girlfriend? Siapalah perempuan malang dapat lelaki lembut macam dia ni.
Tapi adake perempuan nak kat dia?’ Namun soalannya tidak terluah, hanya
tersimpan di hati.
‘Ok dah beli dah jom bro’.
‘Aik bila masa pula mamat ni membayar? Apa yang dibelinya?’ Danny
hanya bermonolog sambil membuntuti Mukhlis.
‘Bro, I laparlah jom pi makan.’
‘Awak nak makan apa?’
‘Apa – apa aje asalkan you belanja.’ Mukhlis tersengih.
‘Kalau macam jom makan kat Pizza Hut’. Danny yang terlihat
Pizza di hadapannya terus mempelawa Mukhlis ke sana. Malas hendak mencari
restoren eksklusif bagai. Dia bukannya perempuannya pun untuk dia nak tackle
dengan membawa ke restoren mewah.
‘Ok, no probs bro’.
‘Dia ni. Ingat diri dia ni mat salleh ke apa. Tak habis –
habis dengan cakap omputihnya. Jangan ingat aku diam, aku tak tau apa – apa.
Ini Tengku Daniel Asyarafflah graduated
from Oxford University, idiot.' Daniel tak habis – habis mengumpat Mukhlis
dalam hatinya.
Mereka berdua menikmati lunch mereka dengan penuh nikmat.
Sudah 3 keping pizza Masala Chicken masuk ke perut Danial. Ternyata Daniel
turut lapar kerana melayan Mukhlis yang kuat jalan.
‘Adui Danny. Ini baru layan sepupu kau. Apalah nak jadi
dengan kau bila isteri kau nanti. Lagi – lagi dapat isteri yang shopaholic’.
Kena workout ni’. Sempat lagi Danial mengelamun bersendirian. Dia sempat lagi
menilik cara makan si Mukhlis di hadapannya, penuh tertib dan sopan. ‘Macam
perempuan’ Danial mengguman antara dengar dan tak.
Ketenangan mereka berdua terjejas dengan suara seorang
perempuan jerit teruja. Terujahlah sangat. Macam bunyi Pontianak di tengah
malam adalah.
‘Hi sayang. Tak tau pula sayang ada kat sini. Kalau tak,
tentu I dah suruh temankan I shopping. Boleh you pilihkan baju untuk I.’ Seorang
perempuan dengan baju tak cukup kain dengan rambut berkarat peluk bahu Danial
yang masih duduk itu. Walaupun terasa geram dengan perbuatan lepas laku
perempuan itu, lebih – lebih lagi dengan semua mata di Pizza Hut melihat drama
mereka, Danial tetap memberi senyuman kepada perempuan itu.
‘Hi Sally, you shopping sorang dirike?’ membiarkan tangan
Sally merayap di badannya, saja ingin menunjuk kepada lelaki di hadapannya yang
dia sememangnya hot stuff di kalangan perempuan.
‘ Taklah I datang dengan kawan – kawan I sayang. Mereka kat
sana tu’ Sally menunjukkan jari kearah kawan – kawannya yang turut melambaikan
tangan kearahnya.
‘ Baguslah. Takut pula I, bila you shopping sendiri.’ Danial
saja memaniskan lidahnya. Dalam hati entah apa yang dirasanya.
‘You nikan. Takut orang culik I ke? Alah tak de yang berani
cuit I. I kan girl friend you. Siapa berani?’
Mendengar celoteh perempuan di hadapannya, Mukhlis
terketawa.
Mendengar ketawa Mukhlis Sally menoleh ke arahnya. ‘Anyway
siapa handsome guy depan you ni? Adik you ke?’
Soalan Sally menyentap Danial. Depan dia Sally kata Mukhlis
handsome?
Cemburu ye? Sebab?
Kerana Mukhlis dapat perhatian Sally?
Bullshit. I don’t give
a damn to her!
Tercabar?
Ermmm. Ye.
‘Dia sepupu I Tengku Mukhlis.’ Walaupun hatinya tercabar
namun soalan Sally masih dijawabnya.
‘Oh tengku juga ke? Mesti kayakan. Hi I Sally’. Sally
mengunjurkan tangannya untuk bersalam dan salamnya disambut Mukhlis dengan
senyuman.
‘Sally? As in Salmah? Or Salbiah?’ Dengan muka bersahaja
Mukhlis ingin mengenakan si Sally itu.
‘Awak ni. Kelakarlah. Ada orang lagike dengan nama macam tu
sekarang, lagi – lagi perempuan cantik macam I ni, nama I Salena in short,
Sally’. Sally menunjukkan gigi putihnya. Pada hal, sememangya nama dia Salmah
binti Abu Seman.
Terus Sally memanggil kawan – kawannya yang berdiri tidak
jauh dari mereka dan menemu ramah Mukhlis.
Tidak terkecuali ada yang cuba
menggoda Mukhlis. Danial yang terasa tersisih hanya mendengus kuat.
Selepas setengah jam baru Pizza Hut itu menjadi aman semula.
Sally dan kawan- kawannya meminta diri sambil Sally mencium pipi Danial.
‘Bro itu, girlfriend you ke? Dah bawa jumpa uncle dan
auntie? Baguslah macam ni, boleh juga I merasa nasi minyak sebelum I balik.’
Mukhlis menggiat Danial yang jelas menunjukkan rasa lega apabila perempuan –
perempuan berlalu.
‘Awak jangan merepek boleh tak, she just afriend.’ Danial
menjawab sambil lap mulutnya. ‘Ye kawan, kawan yang sepatutnya menghilangkan
bosan tapi sekarang dia sendiri telah menjadi seorang yang membosankan’. Luahan
hati Danial tidak terluah.
‘Lah yeke? Ingatkan you guys couple sebab dia mencium awak
macam tu. Kenapa awak tak suka dia? Atau you ada girl friend lain?’ Mukhlis
ingin mengorek lagi rahsi Danial.
‘Saya memang ada banyak girlfriend tetapi tiada yang
special. Semua adalah kawan biasa aje. Dan pasal cium tu, biasalah bersosial’
Danial masih menjawab soalan Mukhlis dengan tenang.
‘Lah kenapa bro? You bukannya muda macam I ni. Kahwinlah
cepat. Bercinta itu syok bro, rasanya memang lain sangat. Cinta menjadi racun
dan cinta juga menjadi penawar bro’. Mukhlis menerang dengan penuh emosi.
‘Awak ni jangan merepek boleh tak. Saya masih muda lagi.
Baru nak masuk 30, belum lagi 30. Dan cinta? Cinta itu tak wujudlah Ilis. CInta
itu hanya rekaan manusia untuk mengaburi mata kita. Cinta hanya nama yang
diberi untuk hubungan intim pasangan. Bila dah bosan menggunakan, tiada ertinya
lagi cinta itu. Cinta hanya mainan kata. Tiada maksud. Tadenya suci bagai.’
Danial meluahkan isi hatinya tentang cinta.
‘Bro, you ni belum lagi terkena tempias cinta. Sekali awak
terkena, awak akan merasai syurga dan neraka di alam ini juga. I hanya takut
you tak dapat mengapai cinta you apabila you sudah terkena tempiasnya. Dahlah
bro jom balik, I letihlah.’ Mukhlis menutup bicara berkenaan cinta mereka itu.
@@@@@
Di parking lot, Danial masih membuntuti Mukhlis yang menuju
tempat di mana motor hijaunya diparkir. Alamak, terlupa pula yang tadi naik
motor dengan dia ni. Dia ni mat rempit sungguh. Menunggang taak ingat dunia. Naik
dengan dia ni boleh tercabut nyawa. Itu satu hal. Hilang terus machonya kerana
terpaksa membonceng budak hingusan itu.
Keluar dari parking lot, Muklis berhentikan motornya.
‘Bro tunggu saat ye’. Daniel terpinga -pinga dengan perbuatan Mukhlis yang tidak
dijangka. Mukhlis menuju ke arah seorang ibu yang sedang memegang anaknya di
perhentian bas. Tidak semena dia memberi senyuman kepada ibu budak kecil itu
dan senyumannya dibalas oleh ibu itu. Danial melihat Mukhlis sedang bercakap
sesuatu kepada perempuan itu yang menyebabkan perempuan itu tersenyum malu.
‘Adoi, dia ni mat bunga sungguh. Ibu budak pun tak
dilepasnya’. Dia rasa dirinya semakin kerdil dengan Mukhlis yang tak seberapa
itu. Dia melihat Mukhlis mencangkung ke arah budak kecil itu dan mula
mengacahnya. Budak itu pun tergelak dengan layanan Mukhlis.
Danial yang melihat mimik muka Mukhlis tersenyum tanpa
sedar. ‘Comel juga dia ni’. Danny apa yang kamu merepek ni. Dia tu lelakilah. Mana
boleh comel. Sedar sikit Danny.’ Danial berperang dengan perasaannya. Nasib
baik tidak didengari oleh Mukhlis, kalau tak mesti budak itu akan membahannya. Lalu
dia melepaskan nafas lega. Mukhlis yang puas hati, berjalan balik menuju ke
arah Danny sambil tersenyum. Di kala itu, lesung pipi milik Mukhlis kelihatan sungguh
mempersonakan bagi Danial. Mukhlis yang menghampiri Danny terus mencubit kedua
– dua belah pipinya sambil berkata ‘Bro you pun comel macam budak tu jugalah’.
Degupan jantung Danny mula hilang rentaknya.
@@@@@
‘Hello abang, abang kat mana ni?’
‘Adik, abang kat Munich ni.’
‘Bila abang balik?
‘Dalam seminggu lagi.’
‘Abang cepatlah balik. Adik takutlah. Apa akan jadi kalau
mak cik Zue dan pak cik Zam dapat tahu kebenaran?’
‘Adik jangan risau. Biar abang balik dulu. Nanti kita
bincang bersama pak cik dan mak cik.
Kalau adik bercakap sekarang kat mereka tentu mereka akan beritahu papa
dan mama. Adik pun tahu kan papa dan mama tak suka abang buat macam ni’.
‘ Tapi abang’
‘Adik, adik jangan takutlah. Tunggu abang ye. Bye. Abang
sayang adik tau’.
‘Adik pun’.
@@@@@
‘Mama… mama…’ Danial melaung nama mamanya sambil masuk ke
dapur. Perutnya perlu diisi dengan segera sebelum sakit gastriknya datang
menyerang lagi. Walaupun bermuka macho badannya masih lagi dikategorikan kepada
delicate tak boleh menerima dugaan.
‘Hai bro baru balik… Auntie tak delah, dia keluar bersama
uncle. You nak makan apa –apa ke? I boleh masakkan?’
‘Apa? Awak boleh masak? Biar betul.’Danny tersenyum sumbing
dengan bicara Mukhlis.
‘Apa salahnya kalau tahu memasak. Nanti kalau girlfriend
atau isteri I tak boleh memasak I boleh masakkan untuk dia, mesti dia bertambah
sayang kat I. Ok apa…’
Mendengar penjelasan Mukhlis, hati Danial tersentak. Dia
rasa nafasnya tersepit. Hatinya sedih. Kenapa dia pun tidak tahu. Sememangnya
dia cemburu mendengarnya. ‘Ah, lelaki lembut macam awak ada girlfriend ke?’. Dihentamnya
Mukhlis secara depan.
‘Bro, pompuan masa sekarang nak lelaki yang delicate, soft
untuk menjaga mereka, mencintai mereka. Bukannya lelaki kasar macam pengusti
WWF.
‘Yelah tu’. Danial yang ingin melangkah keluar dari dapur
tidak semena – mena tersadung dengan kain pengelap kaki. Dalam usaha memegang
sesuatu, dia tertarik sekali Mukhlis bersamanya dan ‘pomp’.
Danial terjatuh atas Mukhlis dan kerusi kayu jati terjatuh atas
Daniel. Malangnya bukan itu sahaja yang berlaku. Kesakitan yang dialami kerana
terhempap kerusi tidak dapat mengatasi keterharuan kerana Danial sedang mencium
Mukhlis. Mata galak milik Mukhlis memanah tajam Danial sedangkan pipinya sudah
pun merah seperti buah tomato. Walaupun berkali - kali dicubanya untuk bangun,
namun kesakitannya di belakangnya dan berat kerusi itu menyebabkan Danial
terhempap sekali lagi dan mencium Mukhlis. Dengan penuh kesusahan Danial mengalihkan
badannya dari menindih badan Mukhlis. Mukhlis yang terkejut terus berlari ke
biliknya.Hanya Danny yang terkebil – kebil di tempat duduknya sambil memegang
pinggangnya.
@@@@@
‘Tidakkkkkk…. Aku bukan gay… aku tidak akan suka pada
lelaki…. Aku tidak sama sekali akan suka pada Mukhlis. Tidak…’ Danny meraup
mukanya untuk sekian kali. Walau apa pun
dibuatnya wajah itu tetap terbayang di tubir matanya. Dia tidak sanggup lagi
menghadapinya. Dia tidak dapt melupakan seraut wajah yang kini telah memenuhi
ruang hatinya. Dia menyesali hakikat hatinya terpaut kaum sejenisnya. Dia
serabut. Hidupnya serabut sejak kehadiran Mukhlis dalam hidupnya. Air matanya
menitis tanpa berhenti. Dia tidak dapat menghentikannya.
Kenapa? Kenapa? Kenapa bukan Sally? Kenapa bukan Rosie? Kenapa
mesti Mukhlis? Mungkin inilah dimaksudkan Mukhlis sebagai tempias cinta. Dan dirinya
sekarang sedang merana kerana dia tidak dapat mengapai cinta yang bersemi di
hatinya. AHHHH.. Mukhlis lagi.
‘AKu benci kau Mukhlis…..’ dijeritnya kuat – kuat di atas
puncak Cameron Highland yang sunyi itu.
Walaupun dicuba beribu kali untuk melupakan kelembutan bibir
yang diciumnya. Dia masih belum bisa melakukannya. Dia masih dapat merasa lekuk
badan Mukhlis melekat dibadannya semasa menindik badan Mukhlis.
Mama tolong Danny!...Danny dah menjadi gay. Tidak… Mama dan
papanya tidak mungkin akan menerima hakikat yang anak tunggal mereka menyukai
kaum sejenisnya. TIDAK>>>>>
@@@@@
Sudah seminggu lebih Danial cuba mengelak Mukhlis dan
ternyata Mukhlis juga mengelakkan dirinya dari bertembung dengan Danial. Namun
derita di hati Danial masih belum berkurang lagi. Ingin luah perasaannya kepada
Mukhlis, takut tidak diterima. Ingin disimpan sendiri, dia tidak berupaya.
Danial yang melayan perasaan dari balkoni biliknyapada
hujung minggu itu, ternampak sebuah kereta berhenti di hadapan rumah mereka. Dia
yang mulanya tidak mengendahkan kereta itu, tetap memberi perhatian kepada
manusia – manusia yang turun dari kereta BMW 7 series itu. Mereka disambut baik
oleh ibu dan ayahnya. Kelihatan sepasang lelaki perempuan yang mungkin sebaya
dengan ibu dan ayahnya manakala seorang lelaki yang muda mungkin lagi muda dari
dia. Melihat ketibaan mereka dan cara mereka disambut, Danial teringat ketibaan
Mukhlis ke rumahnya sebulan yang lalu.
Sememangnya Mukhlis susah dikeluarkan dari otaknya.
Disebabkan Mukhlislah, Danial yang pernah tip top dalam kerjanya sekarang
semakin merosot. Dia tidak dapat memberi komitmen kepada kerjanya selagi
Mukhlis masih di pemikirannya. Dengan tidak semena, namanya dipanggil oleh
mamanya untuk turun ke bawah untuk menyambut tetamu mereka itu.
Sedang dia menurun, dia mendengar lelaki muda itu sedang
bercakap sesuatu, dan matanya tetap mencari Mukhlis. Walaupun ditegah hatinya
tetap mencari Mukhlis. Parah sungguh.
‘Maaf pak cik Zam, mak cik Zue, Abang Danny, Mukhlis bersalah. Mukhlis yang memintanya mengantikan Mukhlis untuk 2
minggu ini sehingga Mukhlis habis membuat persembahan di Munich. Mak dengan
ayah tidak merestui penglibatan Mukhlis dalam bidang nyanyian sebab itu Mukhlis
terpaksa berbuat begini.
‘Kalau awak Mukhlis, siapa yang ada bersama kami selama
sebulan ini?’ Danny bertanya dengan debaran di hati. Debaran hatinya melebihi
orang yang berlari 100meter.
‘Munira’.
‘Apa?’Jelas kelihatan riak terkejut di muka penghuni banglo
itu.
@@@@@
Perkahwinan Tengku Daniel Asyraff dan Tengku Munira Surihani
berlangsung dengan penuh meriah. Malam itu, di kamar pengantin, Danial
memandang isteri tercintanya dengan penuh kasih.
‘Kenapa abang melihat Ira macam tu? Seramlah Ira’.
‘Seram ye, abang lagi seram tau tak. Abang ingat abang dah
senget suka kepada kaum abang sendiri. Nasib baik Tuhan sangat menyayangi
abang, Ira yang abang anggap lelaki ini sememangnya perempuan yang paling
cantik yang abang pernah jumpa’.Seraya itu tangan Danny mula merayap di pipi
Munira.
‘Mesti abang sedih sangat bila abang fikir abang jatuh cinta
pada lelaki kan?. Seperti dipukau Danial menganggukkan kepalanya.
‘Abang akhirnya terkena tempias cinta, namun menderita
kerana ingatkan ia adalah cinta terlarang. Nasib baik cinta abang diterima oleh
sayang walaupun abang tidak sempurna untuk sayang.’ Ucap Danial dengan penuh
emosi.
‘Bukan sahaja abang, tapi Ira juga terkena tempias cinta
abang, sememangnya Ira ingin memberitahu awal – awal namun melihatkan abang
menjauhkan diri, Ira menjadi sedih dan pendamkan cinta Ira.’ Airmata Munira yang
mengalir terus diseka oleh Danial.
‘ Tetapi abang dah dapat rasakan sesuatu yang pelik tentang
sayang pada hari kita jatuh di dapur, namun abang abaikan sahaja. Tak tahu
kenapa’.
‘Ye ke?Apa dia?’ Munira menunjukkan muka terujanya.
‘Bibir sayang. Ia terlalu lembut dan ranum untuk menjadi
bibir lelaki, dan…’. Sambil itu, jarinya bermain – main dibibir Munira.
‘dan…’
‘dan… sebab sayang ada dua itu..’
‘itu’?
‘itu…’seraya itu mata Danny mencerlung ke arah dada Munira
yang membukit.
‘Abang ni… jahatlah…. ‘ Munira memukul manja dada bidang
Danny.
‘Yeke, abang belum pun tunjuk lagi kejahatan sebenar abang’.
Lalu dia menolak Munira atas katil sambil menindihnya.Tiba – tiba dia
mengangkat mukanya melihat muka Munira.
‘Just three things abang
haramkan untuk sayang
. One, no heels
for you. Nanti
sayang tinggi sangat dari abang.
Two no
motor for you.
three no guys cloths for you. Abang tak suka sayang dingoratoleh perempuan lain. ’
‘yang dua itu Ira terima lah. tapi kenapa tak boleh naik motor?Abang takut naik motor ye’
‘Abang tak takut naik motor. Tapi takut naik motor dengan
sayang. Kalah mat rempit di tangan sayang’.Pengalaman naik motor bersama isterinya
tertayar di tubir matanya. Mati hidup balik pun dia tidak akan membenarkan
isterinya menunggang motor lagi.
Ketawa pengantin baru itu bergema di bilik itu. Danial
gembira, dia bukan gay dan kini dia dapat rasakan kesucian cinta isterinya itu.