Followers

Friday, 14 December 2012

BAB 4 BERDOSAKAH AKU MENCINTAIMU



Mataku terasa pedih untuk dibuka. Namun begitu aku cuba untuk membuka mataku. Penglihatan aku yang mulanya kelam bertambah baik dan aku melihat keluargaku sedang  duduk sekelilingku dan ibuku sedang menangis. Aku dapat rasakan yang aku berada di  tempat yang asing. Badanku dan mukaku sakit. Aku menyeringai kesakitan. Ibuku yang melihat aku menahan kesakitan terus menerpaku dan memelukku.

‘Qay ....di...mana... bu?’ tidak ku dapat cakap dengan teratur kerana bibirku terasa sakit. Mesti bibirku pecah.

‘Qay di hospital sayang’ ibu mertuaku menjawab bagi pihak ibuku yang semakin kuat raungnya.

‘Hospital? Tapi’ aku menjadi keliru dengan sekelilingku. Aku ke rumah Aimi tapi kenapa boleh ada kat sini.

‘Ini semua salah Qay. Qay yang menempah semua ini.’ Ibuku mula membalas dalam sendu.

‘Dahlah Mariam, sebenarnya Amril yang melampau sangat. Tak terfikir yang Qay ni isteri dia juga. Seorang perempuan lemah yang dipertanggungjawabkan atas dia. Sanggup dia buat Qay macam ni. Saya malu Mariam, saya malu dengan  perangai macam binatang anak saya tu.’

Mendengar keluahn ibu mertuaku aku mula memproses balik apa yang berlaku sehingga aku terlantar di hospital.

‘Aimi, Aimi awak kat mana ni?’ aku yang memasuki banglo dua tingkat yang tak berkunci  milik suamiku dan Aimi terus mencari kawanku yang satu itu.

‘Aku kat sini Rina’.

Aku yang mendengar suara Aimi dari bilik dapur terus menerpa Aimi yang kelihatan terbaring sambil darah mengalir dari kelangkangnya. Aku mnejadi menjadi takut dengan keadaan Aimi. Mataku dengan sendiri menjadi hangat melihat kawanku dalam keadaan sebegini.

‘Apa dah berlaku Aimi, mana abang Ril?’

‘Aku tergelincir Aimi, aku cuba call Abang Am tapi handset dia tutup. Tolong aku Rina. Tolong selamat aku dan anak aku’. Suara Aimi mendayu sambil menahan sakitnya.

‘kita pergi hospital sekarang Aimi’.

“AIMI....”

Aku yang ingin menolong Aimi untuk bangun dibawa ke hospital terkejut dengan suara garau yang memecah gegendangku. Apabila ditoleh ke belakang, aku nampak Abang Ril sedang mencekak pinggang dengan mata merah menyala. Ya tuhan, tolonglah jangan bagi dia salah anggap dengan niat aku.

‘Apa kau buat dengan isteri aku perempuan jahanam?’ suara memekiknya terasa dekat apabila rambutku ditarik ganas olehnya. Lalu kepalaku dihentak ke dinding dapur mereka. Aku dapat rasakan yang sekelilingku berpusing dengan hentaman kuat oleh suamiku. Rayuanku untuk menghentikan tindakannya tidak diendahkan malah menjadi lebih ganas. Aku ditampar sehingga bibirku pecah, perutku senak disepak berkali – kali. Melihat suamiku yang dikuasai amarah, aku hanya dapat berdoa dalam hati supaya marahnya berkurang dan dapat dia berfikir secara rasional kerana keadaan Aimi yang darurat memerlukan perhatiannya.

‘Abang....’ suara Aimi yang nyaring menghentikan perlakuan suamiku terhadap diriku.

‘Aku akan bunuh kau perempuan sundal, aku akan bunuh kau jika apa – apa berlaku pada isteri aku’.
Aku yang terdampar kesakitan di seluruh badanku hanya dapat melihat suamiku mencempung Aimi sebelum penglihatanku menjadi kabur.

Ia baru aku ingat kenapa aku terlantar di hospital, namun siapa yang membawaku tidak ku ketahui.

‘Nasib baik kita ikut Qay pergi ke rumah perempuan tu, kalau tak entah apa yang akan jadi pada menantu aku Mariam. Sanggup Amril buat macam ni pada isteri dia sendiri’ Ibu mertuaku masih dalam sendu sambil memeluk ibuku.

Oh, maksudnya keluargaku yang membawaku ke sini. Hmm, nak harapkan siapa lagi Qay? Suami kau? Suami yang memukul kau macam binatang kurap? Memikirkan hal itu, mataku bergenang. Melihat keadaanku yang berbalut, aku sudah tahu yang tangan kananku mesti dah patah.

‘Mama, Aimi macamana?’ walaupun sukar untukku bersuara, namun aku tetap gagahkan diriku.

‘Kenapa Qay nak tahu pasal perempuan tu? Sebab dialah Qay jadi macam ni’ bapa mertuaku yang diam sejak semalam mula berbicara.

‘Aimi kawan Qay papa’. Entah kenapa hatiku risaukan Aimi lebih dari diriku.

‘Amril bersamanya sekarang’ ayahku bersuara dingin. Memang siapa suka dengan perempuan yang telah mengakibatkan anak kesayangannya menjadi sebegini.

Tiba – tiba pintu bilikku dibuka dari luar. Abang Ril kelihatan sedih, matanya merah berair. Melihat keadaannya hatiku bertambah risau.

‘Aimi macamana bang?’

‘Dia nak jumpa kau’

Thursday, 13 December 2012

Berdosakah Aku Mencintaimu Bab 3



maaf terlampau pendek... ikut flow je.. tunggu bab seterusnya


Aku yang sedang bersedia ke kuliah terganggu dengan bunyi loceng pintu rumah kami. Sejak berkahwin, aku ke kuliah dari rumah dan tidak lagi tinggal di hostel dan Aimi pula telah berhenti dari belajar, menjadi suri rumah tangga walaupun kami sekarang sudah berada di semester terakhir. Yelah, dia tidak perlu memikirkan tentang masa depannya memandangkan suaminya adalah Managing Director Golden Dreams Construction, salah satu syarikat terkemuka di negeri Johor ini. Aku? Walaupun bersuamikan orang yang sama, masa hadapanku masih lagi kelam dan aku memerlukan pendidikan untuk memastikannya cerah nanti.
Bunyi loceng pintu sekali lagi mengejutkan aku dari anganku. Dengan cepat namun dengan hati yang berdebar – debar, aku membuka pintu rumah dan melihat ibu bapaku dengan kedua mentuaku sedang berdiri depan pintu rumahku.

‘Mama, papa, ayah, ibu, kenapa tiba – tiba ni? Kerana terkejut dengan kedatangan keluargaku, aku tidak sedar yang soalan saya utarakan itu seolah – olah tidak mengalukan mereka.

‘Kenapa Qay, kami tak boleh datang ke rumah anak – anak kami tanpa memberitahu dulu ke? Atau kena bagitahu dulu supaya kamu berdua boleh menipu kami hidup – hidup? Soalan dari mak long merangkap ibu mertuaku membuatkan aku terkedu.

‘Mama, apa mama cuba nak cakap ni?’ soalan ibu mertuaku aku balas dengan soalan juga.

Dengan tidak semena aku menerima tamparan sulung dari ibuku. Aku terkesima. Tidak pernah ibu mengangkat tangan terhadapku. Ayahku terus menghalang ibu dari bertindak lebih jauh. Ibuku menangis dalam pegangan ayahku.

‘Sampai hati Qay... sampai hati kamu menipu kami begini. Selama ini kami ingat kamu berdua hidup gembira di rumah ini tetapi baru dapat tahu yang kamu berdua sebenarnya tinggal berasingan. Lebih – lebih Amril tinggal bersama isteri kedua dia? Ibuku membuka bicara.

‘Ibu..’ aku terkelu, tidak tahu apa yang perlu diucapkan kepada keluargaku dikala itu. Bagaimana mereka tahu pasal kami? Jawapannya tak dapat aku proses.

‘Qay, betulke kamu perangkap Ril dalam perkahwinan ni? Sebab tu dia tinggalkan kamu dan kahwin dengan kekasih dia?’ ibu mertuaku menyampuk dengan mata yang hangat.

‘Kenapa Qay? Kenapa Qay sanggup buat ibu macam ni. Ibu malu Qay. Ibu tak pernah mengajar Qay untuk menjadi perampas hak orang Qay. Sekarang Qay sendiri telah hancurkan hidup Qay, hancurkan kepercayaan kami terhadap Qay.’ Selar ibuku. Hatiku remuk mendengarnya. Ibu yang sepatutnya memahami aku turut menyelarku. Keluargaku memandang aku seperti pesalah yang menunggu hukuman gantung. Salahkah aku ingin mengapai cintaku wahai ahli keluargaku?

Aku hanya tertunduk sambil menerima segala kata – kata penghinaan yang dilontarkan terhadapku kerana perkahwinan ini tidak berjaya. Aku dituduh perampas! Pembohong! Penipu! Ingin membantah, menjawab namun lidahku kelu. Apa yang harus aku jawab? Aku tiada jawapan lain selain BERDOSAKAH AKU MENCINTAINYA.

Sedangku merawat hatiku yang lara, tiba – tiba telefon bimbitku berbunyi. Memandangkan suasana ruang tamuku menjadi senyap mendengar  bunyi telefon, aku terus menjawabnya.

‘Hello’

‘Hello, Rina, tolong aku Rina, Tolong aku. Aku sakit Rina. Tolong datang cepat’

‘Hello Aimi, Aimi kat mana ni?’

‘Kat rumah aku Rina, tolong aku, tolong selamatkan anak aku.’

‘Aku datang sekarang Aimi, aku datang’.

Thursday, 6 December 2012

BERDOSAKAH AKU MENCINTAIMU



Bab 2

Airmataku enggan surut. Walaupun sudah 6 bulan bergelar isteri kepada Amril Zaquan, kenikmatan rumah tangga tak pernah ku kecapi. Abang Ril tak pernah singgah di rumah kami melainkan keluarga kami datang menyinggah. Drama suami isteri bahagia di depan keluarga kami masih berjaya sehingga sekarang tanpa kepincangan.

 Selama ‘berdrama’ bersamaku, telefonnya tidak pernah berenggang dengannya. Malah waktu malamnya juga dihabiskan bersembang dengan isterinya membiarkan diriku berlinangan air mata. Saya pula tidak pernah terima panggilan darinya dan hanya akan menerima SMS darinya dengan panggilan AKU-KAU. Itupun dalam keadaan terdesak.

Aku hanya menjadi perhiasan di rumah itu. Pandangannya terhadapku tak bernyawa langsung. Aku tak bermakna kepadanya. Tetapi kenapa aku sanggup menunggu untuk pandangan itu bertukar rupa. Akan adakah ruang untukku dalam hatinya yang hanya dipenuhi dengan nama Aimi?

Cakap pasal Aimi, selama 6 bulan ini, aku hanya berpeluang berjumpa dengannya 2 kali sahaja. Kali pertama ialah seminggu selepas perkahwinan kami. Aku menghubungi Aimi untuk berjumpa dengannya. Aku ingin merayu kepadanya untuk tidak merampas Abang Ril daripadaku tetapi apa yang berlaku adalah berlainan. Hari itu juga aku mendapat tahu yang Abang Ril telah mengotakan janjinya yang dia akan berkahwin dengan Aimi keesokan hari. Pertemuan itu masih di ingatan aku dimana persahabatan selama 3 tahun aku bersama Aimi berakhir begitu sahaja.

‘Aimi.... awak apa khabar?’ tanyaku dengan gugup. Namun jawapannya tidak seperti yang aku sangkakan apabila Aimi menampar pipi kiriku. Rasa perit bercampur dengan sakit hati mengakibatkan air mataku berlinangan.

‘Eh, khabar aku tak payah kau tanya ye. Perempuan perampas. Pada mulanya aku ingat kau terpaksa menerima Abang Am kerana desakan keluarga. Aku kesian kat kau. Aku paksa Abang Am untuk terima kau. Aku sanggup undur dari kehidupan kalian. Tapi kebenarannya terbalik. Sampai hati kau ye Rina. Sampai hati kau rampas kekasih aku. Kenapa? Kenapa kamu buat kami begini?’ bahuku ditujah tanpa rasa bersalah oleh Aimi.

‘Aimi aku’, hanya gugupan menjadi jawapan untuk soalan – soalan Aimi. Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang dilontarkan oleh kawanku itu. Selebihnya aku kelu dengan gelaran perampas dan tamparan yang diterima.

‘Apa aku.. aku.. Perkahwinan kami yang sepatutnya meriah terpaksa dirahsiakan disebabkan kau. Kami terpaksa berkahwin di sempadan seperti kekasih gelap. Walaupun hakikatnya kami suami isteri, saya tidak ada hak yang sepatutnya dan sebabnya... sebabnya adalah kau? Kenapa Rina? Kenapa kau sanggup buat begini? Kenapa kau cemburu dengan kawan baik kau sendiri? Dengan kebahagiaan sepupu kau sendiri? Sampai awak tergamak  membuat perancangan terkutuk macam ini’.

Suaranya menjadi sayu namun mendengar perkataan ‘hak’, darahku tersirap. Aku mendekat dan memegang bahunya kasar. ‘Tiada hak kau kata?. Kau yang dah rampas hak aku! Cinta aku! Berapa lama kau kenal abang Ril? 6 bulan? Saya mencintainya dari umur 6 tahun Aimi. 6 tahun. Selama 16 tahun aku menyimpan rasa cintaku. Kau merampasnya hanya dalam 6 bulan. Walaupun kahwin secara rahsia, kau memilikinya secara mutlak. Aku? Aku hanya menjadi perhiasan dirumahnya. Isteri yang telah digantung. Isteri yang telah dimadukan tak sampai 24 jam berkahwin. Siapa yang menjadi perampas disini?’ Belum pun aku habiskan luahan hatiku, badan Aimi ditarik jauh dari aku. Sebelum akalku dapat mentafsir langkahku yang seterusnya, aku tersungkur ke tanah dengan pipiku sekali lagi terkena tamparan oleh suamiku.

‘Apa kau buat dengan Aimi ah?’ aku hanya memerhatikan wajah suamiku yang memeluk isteri mudanya tanpa menghiraukan keadaanku yang terduduk di bawah.

‘Sayang tak apa – apa kan. Perempuan tu tak cederakan sayangkan? Nasib baik abang datang, kalau tak macamanalah keadaan sayang nanti. Sayang kenapa jumpa dengan perempuan ni? Lain kali abang tak benarkan sayang berjumpa dengan perempuan ni.’

Abang? Sayang? Memang hatiku cukup pilu apabila Abang Ril bercakap dengan Aimi sebegitu dan mengelarku perempuan. Airmataku bercuraian dengan deras.

‘Hei perempuan sekali lagi aku nampak kau mendekati isteri aku, aku bunuh kau. Faham!’. Lalu mereka meninggalkan aku yang masih terdampar di tanah. Aku malu, malu dengan orang ramai yang menyaksikan drama sebabak kami tadi.

Pertemuan kedua kami berlaku semasa aku demam panas 3 minggu selepas pertemuan sebelum itu. Aku terpaksa minta untuk balik awal dan berkejar ke klinik yang berdekatan dengan office aku. Di sana aku nampak suami aku berpegangan tangan dengan Aimi dan mereka kelihatan sangat gembira. Nampak sangat pasangan romantic dan bahagia. Walaupun Abang Ril nampak saya, dia buat tak endah dan lebih giat memberi perhatian kepada isteri mudanya. Mungkin nak menunjukkan yang dia bahagia bersama Aimi. Sampai hati Abang Ril, Semasa mereka keluar dari klinik itu, Aimi memalingkan mukanya dan memegang erat tangan suamiku yang hanya pandang ke hadapan tanpa memandang ke arahku yang menunggu giliran untuk melihat doktor.

Aku tak harapkan dia menunggu bersama aku berjumpa doctor, namun apa salah menanyakan keadaan aku sebelum keluar dari klinik itu. Tak payahlah tanya sebagai suami, hanya sekadar sebagai saudara pun cukuplah taklah aku terasa diriku terasing. Lagi mengharukan aku mendapat tahu yang Aimi mengandung 4 minggu itupun melalui petugas kaunter klinik yang terlebih ramah bercoleteh tentang pasangan bahagia tadi.
 Hari – hari saya berlalu dengan kesunyian di rumah semi - D 2 tingkat yang sepatutnya didiami oleh kami suami isteri.. Sekarang Aimi sarat mengandung, namun saya? Macamana hendak mengandung kalau tak pernah disentuhnya. Bukan sahaja menyentuhku melihat mukaku juga membuatkan mukanya berubah seperti melihat benda jijik.

Sampai hati abang.

BERDOSAKAH AKU MENCINTAIMU



hai..... lama tak upload n3 dalam blog ini.. kali ni nak cuba mini novel pula... sebenarnya ia cerpen tapi semakin olah semakin panjang pula jadinya. tapi tak panjanglah... mungkin 5 atau 6 bab sahaja. komen anda sangat diperlukan untuk meningkatkan lagi mutu penulisan saya... layan ye... komen ye..



BAB 1
“Abang Ril lepaslah. Sakit tau tak. Dengan pompuan pun main kasar. Tak senonoh betul” membentakku dalam kesakitan.

“Lah lupa pula abang yang Qay ni perempuan. Hehe... yelah dulukan Qay tak serupa perempuan, naik pokok kelapa bersama abang kat rumah toh mah ”. Ketawa Abang Ril menonjolkan lesung pipi di belah kanannya.

Hatiku terguris walaupun tahu Abang Ril sekadar bergurau. Dia masih belum dapat menerima aku sebagai seorang wanita walaupun lama sudah aku berubah. Berubah demi perasaan cinta pada yang tersayang.

“Abang Ril ni kan memang suka sangat memalukan orang. Kalau lah Qay tak sayang abang,  memang Qay back hand cukup – cukup.” sela ku masih enggan mengalah dengan usikan Abang Ril. Perkataan sayang ditekankan agar dia dapat menilik rasa hatiku, namun melihat reaksinya kutahu dia tidak mengerti.

‘Abang Am sudahlah tu, kesian kat Rina” Aimi kawan baikku merangkap teman wanita Abang Ril menyampuk.

“Yelah sayang, sorry ye Qay.” Namun sempat lagi Abang Ril mencubit pipi gebuku.

“Yelah tu sorry – sorry, lama - lama naik lori” mencebikku sambil meraba kesan cubitan Abang Ril.

“Alah abang tak kisah naik lori pun asal dapat naik dengan kekasih hati, pengarang jantung.” Tangannya mencapai tangan Aimi. Jelas kelihatan kasihnya tumpah sepenuh kepada kawanku yang satu tu. Hatiku remuk melihat kemesraan dua sejoli merpati mengguris hatiku. Entah kenapa sampai sekarang aku tak dapat terima yang kekasih hatiku mencintai kawan baikku sendiri.

Sememangnya perkenalan mereka disebabkan oleh aku. Abang Ril bersama keluarganya pernah datang ke hostel aku 6 bulan dahulu untuk melawatku. Aimi telah aku memperkenalkan kepada mereka sebagai teman sebilik. Selepas itu kunjungan solo Abang Ril menjadi kerap. Ingatkan ingin melawatku dan taman dalam hatiku berbunga mekar namun semuanya gugur dilanda taufan apabila Abang Ril memberi lebih perhatian kepada Aimi berbandingku dan perhatiannya diterima baik oleh Aimi.

Hanya dalam beberapa pertemuan mereka telah bertukar nombor telefon dan mula bertemu tanpa pengetahuanku. Hanya beberapa minggu yang lalu, aku mendapat tahu tentang kisah percintaan mereka secara rasmi, itupun setelah terkantoi berjumpa di salah sebuah restoren berdekatan hostel kami.

Pada hari itu, Aimi telah membohongi aku tidak sihat dan tidak dapat mengikuti aku ke kuliah. Aku yang risaukan Aimi ingin membelikan makanan tengah hari selepas kuliah terserempak dengan  Abang Ril dan Aimi sedang seronok berbual di restoren itu. Apabila tertangkap begitu barulah mereka memberitahu kebenaran yang mereka sedang bercinta sejak pertemuan pertama. Aku yang mendengar tidak dapat berbuat apa –apa selain dari memendamkan rasa terkilanku terhadap dua orang yang berada dihadapanku itu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Kenapa abang susah sangat nak terima Rina sebagai isteri abang?”

“Isteri? Kau tak layak jadi isteri aku. Ingat diri kau tu siapa. Perampas. Ikutkan hati, sekarang juga aku ceraikan kau. Aku terpaksa simpan kau sebab keluarga kita. Pandai awak buat plan ni ye. Aimi sanggup undur diri sebab kasihan kat kau kerana ingatkan kau juga tersepit dalam perkahwinan ini. Tapi kau? Sanggup kau rampas aku dari dia. Kau ingat dengan cara terkutuk ni aku akan terima kau sebagai isteri aku? Jangan haraplah perempuan”. Mendengar suara guruh Abang Ril membuatkan hatiku hancur berkecai.

“ Abang Qay minta maaf bang. Qay Cuma....” belum pun aku menyudahkan alasanku suamiku mencelah sambil menujah kepalaku

“ahhh. Aku tak kisah dan tak hairan dengan kata maaf kau. Sama ada kau benarkan atau tak esok aku nak kahwin dengan Aimi. Kalau tak nak bermadu aku boleh ceraikan kau bila – bila masa. Sememangnya talak terletak di tangan suami, tapi saya beri kuasa tu pada kau. Kalau kau rasa tak boleh tahan kau bagitahu aje. Dengan senang hati aku akan buang kau. Sampai masa itu aku gantung perkahwinan tak berguna ini”

‘ Abang......’ jeritan itu sahaja yang keluar dari mulutku melihat suamiku melangkah keluar dari bilik kami. Sampai hati abang buat Rina begini. Namun keluhan itu tidak dapat kuutarakan kepadanya. Rasanya aku tak berhak untuk menanyakan soalan itu. Betul ke aku tak berhak? Aku terjelepuk di tepi katil dengan air mataku bercucuran.

Aku menangisi takdirku. Diriku akan dimadukan dalam masa tak sampai 24 jam bernikah. Salahke Qay cintakan abang setulus hati? Berdosake Qay? Inikah natijahnya kalau jatuh cinta? Kalau tahu ini kesudahannya Qay takkan cintakan abang walaupun dijanjikan syurga’

‘Apa yang kau merepek Qay. Cinta itu perasaan manusia yang hadirnya dengan sendiri tanpa diduga. Siapa kau untuk menentukan sama ada cinta itu perlu hadir atau tidak?’

‘Betul. Perasaan itu hadir dengan sendirinya. Kerana perasaan itulah aku sanggup meminta pertolongan toh mah untuk menyatukan aku dengan Abang Ril. Walaupun diminta berkali - kali oleh Abang Ril untuk hentikan perkahwinan ini, aku enggan dengan alasan takut menderhaka kepada ibu dan ayah kerana membantah arahan mereka padahal perkahwinan ini adalah permintaan aku sendiri.

Hari ini pernikahan dan persandinganku berlangsung dengan penuh gah dengan aku dengan Abang Ril menjadi perhatian ramai. Hatiku berkembang setaman dengan pujian tetamu yang mengatakan kami bagaikan pinang dibelah dua.

Sememangnya pepatah ‘sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’ ada kebenarannya, apabila kebenaran tentang perkahwinan kami diketahui juga oleh suamiku. Bagaimana dan siapa yang membocorkannya tidak aku tahu. Apa yang aku tahu, malam pengantinku di rumah baru kami yang dihadiahkan oleh ayahku kini hanya ditemani oleh tangisanku apabila aku ditinggalkan sendirian oleh suamiku.