Followers

Monday 4 February 2013

BAB 7 BERDOSAKAH AKU MENCINTAIMU



Aku memandang biasanku di cermin meja solek. Tidak tahu apa yang harus ku luahkan pada masa ini. Sudah tiga hari Abang Ril tidak pulang ke rumah. Papa pun baru balik dari hospital. Nampaknya tiada siapa pun ingin bercakap tentang abang Ril dan ini jelas menunjukkan kemarahan ahli keluargaku kepada Abang Ril belum surut.

Dengan keluhan berat aku mengemaskan lilitan tudung di kepalaku. Ya, sudah tiba masa untuk aku menjaga aurat demi si dia. Biarlah siapapun dia, kalau sudah termaktub namanya di sisiku di lohmafuz, maka aku akan menerimanya dengan seadanya. Aku sudah letih mengejar bayang – bayang. Kalau apa yang ada sekarang bukan milikku maka akan ku lepaskan dengan hati yang rela.
Kini aku ingin menunggu sehingga takdir menemukan jodohku. Buktinya, sudah tiga hari berturut – turut aku mengalami mimpi yang sama dengan permintaan yang sama, cuma mukanya tidak ku dapat lihat dengan jelas. Yang penting aku telah bersedia. Ya aku telah bersedia untuk menemui takdir yang tertulis untukku.

@@@

Aku menuju ke arah bangunan yang tersergah megah itu. Walaupun hatiku berdebar – debar, namun ku tahan sebolehnya. ‘Superior Accounting Firm’, itulah nama firma yang akan ku menjalani latihan praktikal selama 6 bulan sebelum memegang segulung ijazah. Ijazah yang ku perlukan untuk menjamin masa depanku.

‘Aku boleh buat. Aku boleh harunginya.’ Aku terus menerus memberikan semangat kepada diriku sendiri sambil berdiri di hadapan lif bangunan itu.

‘Maaf cik, office Superior Account Firm kat tingkat berapa ye?’ soalan yang tiba – tiba dari arah belakang mengejutkan aku. Aku memusingkan badanku dan melihat seorang lelaki bersut dengan beg bimbit di tangannya sedang tersenyum.

‘Alamak dia ada dengar tak bebelan aku? Hish memalukan betul’. Aku mengumam dalam hati, tidak berani untuk menyuarakan kerana takut didengari. Dia ni senyum ramah ke, senyum ejek? Aku yang tidak dapat memikirkan apa – apa terus melihat papan tanda maklumat di sebelah kanan lif.

‘Tingkat 7’.

‘Terima kasih ye cik’. Lelaki itu masih tersenyum sambil memboloskan dirinya ke dalam lif yang telah terbuka.

‘Cik tak nak masukke?’ soalnya kepadaku dan entah kenapa gelengan yang menjadi jawapan. Lelaki itu hanya menjungkit bahunya sebelum pintu lif tertutup.

Aku yang baru tersedar apabila pintu life tertutup rasa menyesal pula kerana tidak mengikut lelaki tadi kerana jam tanganku hampir menunjukkan pukul 7.55 pagi dan aku perlu mendaftarkan diri kepada MD Superior Account Firm pada pukul 8 pagi. Kalau lambat apa pula difikir oleh bos tentang aku, first day pun datang lambat. Reputasi jatuh menjunam.

Satu lagi perkara tentang lelaki tadi membuatkan aku menggaru kepalaku walaupun tidak gatal. Dah terang – terang ada information board kat tepi lif, kenapa tanya aku pula? Takkan tak tahu baca kut? Tapi nampak macam berpelajaran aje dengan berkot bagai? Mungkin salesman kut, sekarangkan tak kira pangkat dan kerja semua ingin kelihatan smart? Ataupun dia tak perasan board tu. Aku menenangkan hati sendiri. Lagipun ada perkara lebih penting yang memerlukan perhatian aku dari memikirkan tentang lelaki tadi.

@@@

‘Maaf cik, boleh saya bantu?’

Akhirnya dengan penuh debaran, aku tercegat di hadapan reception firma praktikalku tepat pukul 8.00 pagi. Bagus sempat juga aku on time.

‘Ye, nama saya Qayrina Hakim. Saya adalah pelatih yang datang dari UTM untuk tujuan praktikal. Sepatutnya pihak cik dah dapat surat dari fakulti kami’. Aku memperkenalkan diri serba ringkas kepada wanita cantik yang penuh senyuman itu. Mestilah penuh senyuman, nama pun receptionist, orangnya mestilah cantik dan manis seperti wanita di hadapannya itu.

‘Yeke? Cik boleh jalan terus sampai ke hujung dan belok kanan, dan berjumpa dengan setiausaha MD kita dulu. Nanti saya akan inform kat dia tentang kedatangan cik.’ Sungguh peramah wanita itu memberi arahan kepada ku.

Dengan membalas senyuman wanita itu, aku terus melangkah ke arah bilik yang bertanda Managing Director.  Di luar bilik itu ada ruang menunggu dengan sofa dan tepinya ada satu ruang kerja dengan seorang perempuan muda sedang menjawab telefon.

Melihat aku berdiri di hadapannya, perempuan muda itu terus meletak gagang dan memberi senyuman kepadaku. Wah bestnya, semuanya nampak baik dan mesra. Harap 6 bulanku di sini akan berjalan dengan lancar.

‘Selamat datang ye, Cik Qayrina. Saya Wanee, setiausaha MD, bos tengah tunggu cik di bilik dia, jom masuk. Aku yang masih belum menemui kekuatan sepenuhnya hanya melangkah di belakangnya tanpa kata.
Baru ingin melangkah masuk bilik besar dengan perhiasan ekslusif itu, aku terkejut melihatkan kelibat yang menunggu kedatanganku.

‘Takkanlah dia? Tapi kalau dia, kenapa dia buat macam tu?’

Mungkin melihatkan eksperesi mukaku yang terkejut dia memberi senyuman yang sukar diertikan.

‘Masuklah Cik Qayrina. Ingat, anda nak buat latihan praktikal accounting bukan praktikal jaga pintu.’ 
Kelibat yang sedang melihatku sambil duduk di kerusi MD itu, bersuara.

‘Dia sindir aku ke? Sarkastik sungguh lelaki ni. Tadi depan lif, dia mengenakan aku, sekarang dia kenakan aku balik. Tingkat berapa konon. Macamanalah nak berkerja dibawahnya ni.’ Aku mengutuk bos aku dalam hati sambil memberi senyuman sumbang.

‘Duduklah’. Bos aku mempelawaku duduk.

‘Nama saya Muhammad Qayril Danial Asyraff. Saya bos awak di sini.’

‘Huish panjangnya nama’. Aku bergumam dalam hati.

‘Kenapa panjang sangat ke?’soalnya sambil menjungkit kening.
 Soalan bos aku menyentakku. Takkan dengar kut, aku hanya gumam dalam hati. Namun aku hanya senyum sumbing sambil menggeleng kepala.

‘Nama saya ni, ada sejarah tersendiri tau. Sebenarnya datuk dan nenek saya nak letak nama Muhammad Asyaff, mama saya pula nak letak Qayril manakala ayah saya seorang mualaf asal England nak letak nama Danial sebab itu nama ayah dia. So last sekali terciptalah gabungan nama saya.’ 

Aku yang mendengar sejarah namanya tersenyum. Patutlah nampak semacam je. Mat celup rupanya. Namun, penjelasannya cukup menunjukkan dia bangga dengan namanya.

‘Hmm siapa yang bagi nama aku ye?’
‘Tak tahu pula. Sebenarnya tak pernah ingin tahu pun. Takpelah nanti balik akan ku tanya ibu’. Aku melayan diriku tanap menghiraukan manusia yang duduk dihadapanku itu.

‘Nanti saya panggilkan mentor awak selama 6 bulan awak di sini’. Lalu bos aku mengangkat gagang dan menekan sesuatu.

‘Ye, Mariam, tolong masuk sekejap’. Tidak sampai beberapa minit bos aku meletak gagang, seorang wanita dalam lingkungan tiga puluhan masuk ke bilik.

‘Yes bos, boleh saya tolong?’ Wanita yang masuk ke bilik itu terus menanyakan tujuan dia dipanggil dengan muka yang ceria.

‘Yes Mariam, kenalkan ini Cik Qayrina. Seperti yang telah kita bincang, awak akan jadi mentor kepada Cik Qayrina selama dia berada disini’.

Mendengar perkataan mentor aku memberi senyuman manis kepada wanita yang bernama Mariam itu. Harap dia tidak mengganggapku bodeknya sudah.

‘Ok Cik Qayrina, selamat  menjalankan praktikal anda ye. Harap anda dapat menyesuaikan diri anda dengan suasana office kita. Panggil saya kak Mar ye’. Kak Mar yang sungguh ceria itu mengenalkan diri dan aku mengangguk kepala sebagai tanda penerimaan.

‘Sebenarnya Encik.. Encik’. Aku tergagap kerana tidak tahu bagaimana hendak memanggil bos aku itu. Dahlah nama panjang. Takut terpanggil dengan nama yang tak sesuai dan menimbulkan kemarahannya. Naya nanti.

‘Panggil sahaja Encik Qayril’. Ujarannya menghasilkan senyuman di bibirku.

‘Sebenarnya, Encik Qayril, kak Mar, saya Puan Qayrina Hakim bukan Cik lagi.’ Entah kenapa aku teringin menjelaskan kedudukan aku. Mungkin kerana aku tidak mahu terlibat dengan apa – apa masalah selama aku menghabiskan praktikalku di sini.

‘Lah dah berpunya ke? Melepaslah saya’. Suara Encik Qayril seakan sayu dan mukanya sedih.

‘Hah, kan dah aku kata’. Gumamku sendiri.

‘Bossss’, kak Mar meleret sambil memandang geram bos kami itu.

‘Ok .. ok Kak Mar yang tersayang. Jaga adik awak Puan Qayrina ni ye’. Ketawa Encik Qayril jelas kedengaran.

‘Bos…’ sekali lagi suara kak mar meleret geram.

‘Just joking ok. Anyway Puan Qayrina, awak boleh buat. Awak yakinlah dengan diri sendiri yang awak boleh harunginya.’

‘Alamak dia dengar bebelan aku kat tingkat bawah rupanya’. Mukaku membahang. Aku hanya tersengih sebelum keluar dari bilik bos aku tanpa melihat senyuman di muka bos aku itu.

‘So, Puan Qayrina..’

‘Panggil saya Rina kak. Tak payah formal sangat’. Aku menyampuk percakapan kak Mar supaya tiada kejanggalan antara kami.

‘Baguslah. Maaf ye sebab bos menggatal. Dia tu memang begitu, pantang dapat peluang mesti nak jual minyak. Namun hati dia cukup baik’. Kak Mar menyokong Encik Qayril. Mendengar komen kak Mar itu membuahkan senyuman di bibirku. Nampaknya dia memang mesra alam dengan semua.

‘Ye ke. Takpelah dia bukannya tahupun saya dah kahwin kak Mar’.

‘Heh, taklah. Dia dah tahu dah. Kan pihak universiti ada hantar particular Rina kat kita, dia tu saja nak mengenakan kamu tu’.

‘Lah yeke?’ Itu sahaja yang terluah dari mulutku. Hari pertama sendiri dah dikenakan bos dua kali. Aduh apelah nak jadi untuk 6 bulan yang datang.

Hari pertamaku di Superior Account Firm walaupun tidak seperti yang dijangkakan namun aku berasa amat suka dengan suasana kerjanya. Semuanya mesra dan sedia untuk menolong.
Sampai dah pukul 5 petang, aku tak perasan. Sememangnya aku terasa masaku berlalu dengan cepat di sini. Sedang aku mengemas barang, aku menerima panggilan. Melihat paparan di Iphone 4Sku, nama mama terpapar. Lalu aku menjawab panggilan itu.

‘Qay, Amril kemalangan , dia ada kat hospital sekarang.’

Aku yang mendengar berita kemalangan itu, terasa ingin pitam. Baru ingin merasa sedikit kebahagian dan ketenangan namun ia dirampas dengan begitu rakus. Walaupun aku terasa hati dengannya, dia masih suami dan aku masih memerlukan suamiku walaupun aku tidak diiktirafnya.

7 comments:

  1. Salam, dah lama mengunggu sambungan cerita akhirnya dapat. Alhamdulillah si Qayrina boleh menerima apa yang terjadi pada dirinya dan meneruskan kehidupannya. Suka pula Qayrina dengan bosnya macam ada karisma nama bos pun dekat dengan nama suaminya. Adakah Amril akan berucah selepas ditimpa kemalangan? Atau pun sebenarnya Qairil yang dimimpikan oleh Qayrina 3 malam berturut-turut tu...?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Pendek ke Baby Mio? Saya cuba update bab seterusnya secepat mungkin ye

      Delete
  3. Salam satu malyasia....semoga ceria bak pelangii lily...
    akhirnya ada jgk N3 ini dah lama ceq tunggu tau...hahaha tapi kenapa pendek lily baru nak feel...hihi
    nasib qayrina dah bole terima qada dan qadar hidup dia.... lily nak lagiiiii ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih najwa...ye lambat sangat entry ni. maaf ye.. bab 8 on the way.. pendek ke? sorry sebab rasa entry ni melalut sebab tu tak bagi panjang sangat.. apapun sebagai ganti rugi lily bagi bab 8 yang panjang ye..

      Delete
  4. cik Jeeta...pendek tp padat bab bos Qay yg mengancam tu...hehehehe....
    harap2 Amril terima padah akibat aper yg dier dah buat pada Qay....

    ReplyDelete