maaf terlampau pendek... ikut flow je.. tunggu bab seterusnya
Aku yang sedang bersedia ke kuliah terganggu dengan
bunyi loceng pintu rumah kami. Sejak berkahwin, aku ke kuliah dari rumah dan
tidak lagi tinggal di hostel dan Aimi pula telah berhenti dari belajar, menjadi
suri rumah tangga walaupun kami sekarang sudah berada di semester terakhir.
Yelah, dia tidak perlu memikirkan tentang masa depannya memandangkan suaminya
adalah Managing Director Golden Dreams Construction, salah satu syarikat
terkemuka di negeri Johor ini. Aku? Walaupun bersuamikan orang yang sama, masa
hadapanku masih lagi kelam dan aku memerlukan pendidikan untuk memastikannya
cerah nanti.
Bunyi loceng pintu sekali lagi mengejutkan aku dari
anganku. Dengan cepat namun dengan hati yang berdebar – debar, aku membuka
pintu rumah dan melihat ibu bapaku dengan kedua mentuaku sedang berdiri depan
pintu rumahku.
‘Mama, papa, ayah, ibu, kenapa tiba – tiba ni?
Kerana terkejut dengan kedatangan keluargaku, aku tidak sedar yang soalan saya
utarakan itu seolah – olah tidak mengalukan mereka.
‘Kenapa Qay, kami tak boleh datang ke rumah anak –
anak kami tanpa memberitahu dulu ke? Atau kena bagitahu dulu supaya kamu berdua
boleh menipu kami hidup – hidup? Soalan dari mak long merangkap ibu mertuaku
membuatkan aku terkedu.
‘Mama, apa mama cuba nak cakap ni?’ soalan ibu
mertuaku aku balas dengan soalan juga.
Dengan tidak semena aku menerima tamparan sulung
dari ibuku. Aku terkesima. Tidak pernah ibu mengangkat tangan terhadapku.
Ayahku terus menghalang ibu dari bertindak lebih jauh. Ibuku menangis dalam
pegangan ayahku.
‘Sampai hati Qay... sampai hati kamu menipu kami
begini. Selama ini kami ingat kamu berdua hidup gembira di rumah ini tetapi
baru dapat tahu yang kamu berdua sebenarnya tinggal berasingan. Lebih – lebih
Amril tinggal bersama isteri kedua dia? Ibuku membuka bicara.
‘Ibu..’ aku terkelu, tidak tahu apa yang perlu
diucapkan kepada keluargaku dikala itu. Bagaimana mereka tahu pasal kami?
Jawapannya tak dapat aku proses.
‘Qay, betulke kamu perangkap Ril dalam perkahwinan
ni? Sebab tu dia tinggalkan kamu dan kahwin dengan kekasih dia?’ ibu mertuaku
menyampuk dengan mata yang hangat.
‘Kenapa Qay? Kenapa Qay sanggup buat ibu macam ni.
Ibu malu Qay. Ibu tak pernah mengajar Qay untuk menjadi perampas hak orang Qay.
Sekarang Qay sendiri telah hancurkan hidup Qay, hancurkan kepercayaan kami
terhadap Qay.’ Selar ibuku. Hatiku remuk mendengarnya. Ibu yang sepatutnya
memahami aku turut menyelarku. Keluargaku memandang aku seperti pesalah yang
menunggu hukuman gantung. Salahkah aku ingin mengapai cintaku wahai ahli keluargaku?
Aku hanya tertunduk sambil menerima segala kata –
kata penghinaan yang dilontarkan terhadapku kerana perkahwinan ini tidak
berjaya. Aku dituduh perampas! Pembohong! Penipu! Ingin membantah, menjawab
namun lidahku kelu. Apa yang harus aku jawab? Aku tiada jawapan lain selain
BERDOSAKAH AKU MENCINTAINYA.
Sedangku merawat hatiku yang lara, tiba – tiba
telefon bimbitku berbunyi. Memandangkan suasana ruang tamuku menjadi senyap
mendengar bunyi telefon, aku terus
menjawabnya.
‘Hello’
‘Hello, Rina, tolong aku Rina, Tolong aku. Aku sakit
Rina. Tolong datang cepat’
‘Hello Aimi, Aimi kat mana ni?’
‘Kat rumah aku Rina, tolong aku, tolong selamatkan
anak aku.’
‘Aku datang sekarang Aimi, aku datang’.
sampy hati seorg ibu x mau dengar penjelasan ank dier sendiri...main serang jer....
ReplyDelete